Skuad B-22 Malaysia Bawa Balik Piala Emas Bangabandhu 2015

Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, hari ini.


Skuad B-22 Malaysia Bawa Balik Piala Emas Bangabandhu 2015, info, terkini, berita, sukan, bola sepak, harimau muda,

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada aksi hari ini, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.

Enam minit kemudian, Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi Yeasin Khan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh kapten pasukan, Mohd Mamunul Islam.

Mohd Faizat Ghazli, bagaimanapun muncul wira skuad negara apabila menanduk masuk gol kemenangan, hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak pada masa kecederaan, bagi mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Razip Ismail itu.

Kejohanan berkenaan merupakan persediaan Razip bagi menghadapi Liga Singapura 2015, awal bulan depan selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2016, dari 27 hingga 31 Mac ini.

Selain Malaysia dan Bangladesh, Piala Emas Bangabandhu turut disertai Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura. – BERNAMA


Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia

Malaysia menjadi juara saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia (WHL) 2015 selepas menundukkan Poland 8-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam ini.
   

Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia, info sukan, Hoki Dunia, Berita


Penjaring:

Malaysia: Faizal Saari (3', 33'), Muhammad Razie Abdul Rahim (7’, 21’,60'), Nabil Fiqri Mohd Noor (42’), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (48'), Muhammad Haziq Samsul (54')

- Bernama

Pellegrini tolak dakwaan penyokong

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini menolak dakwaan penurunan prestasi The Citizens ketika aksi dimalukan dengan kekalahan 2-0 kepada Middlesbrough dalam perlawanan Piala FA kelmarin disebabkan para pemainnya tidak bersedia menghadapi cuaca sejuk di England selepas pulang dari Abu Dhabi pada Jumaat lalu.


Pellegrini tolak dakwaan penyokong, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Manchester city, Piala FA, Manuel Pellegrini

City kembali ke England yang mengalami musim sejuk pada Jumaat lalu menaiki penerbangan selama tujuh jam selepas menghabiskan lima hari menjalani latihan dalam keadaan cuaca panas di Abu Dhabi sebelum beraksi menentang Middlesbrough di Stadium Etihad.

Sebaik tiba ke England, City hanya mempunyai tempoh 19 jam untuk membuat persediaan kembali membiasakan diri dalam keadaan musim sejuk sebelum menentang Middlesbrough.

Bagaimanapun, Pellegrini enggan mengakui latihan dalam cuaca panas di Abu Dhabi mengakibatkan para pemainnya gagal beraksi di tahap terbaik pada aksi Piala FA itu.

“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak setuju (perubahan cuaca mempengaruhi prestasi). Orang ramai boleh berfikiran seperti itu, tetapi saya ada pendapat berbeza kerana kami mempunyai enam atau tujuh peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya ulangi, terdapat banyak sebab berbeza yang akan mempengaruhi keputusan berlainan. Perlawanan itu perlu dianalisis,” tegas Pellegrini sambil menolak dakwaan para penyokong The Citizens mengenai penurunan prestasi akibat faktor latihan di Abu Dhabi.

“Kami tidak mempunyai masalah motivasi selepas kekalahan itu. Kami akan terus gigih berusaha dan berharap akan memenangi perlawanan di Stamford Bridge selepas ini,” tambah Pellegrini berhubung persiapan menghadapi Chelsea pada hujung minggu ini. – AFP

Pemandu pengsan, gadis maut

Seorang pelajar yang baru seminggu memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke sedar di sini terbunuh, manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah bas ketika mereka berjalan kaki.


Pemandu pengsan, gadis maut, info, terkini,berita, nahas jalan raya, kemalangan jiwa

Dalam kejadian pukul 6.50 petang kelmarin itu, mangsa yang terbunuh ialah Nurkhairunnisa Hamzah, 20, (gambar) berasal dari Rawang, Selangor.

Dua lagi mangsa ce­dera parah ialah Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 18, dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20,

Nor Aina yang cedera parah pada paha serta mengalami pendarahan di kepala dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala Norhasili cedera di tengkuk dan dirawat di Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar di kolej sama iaitu Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, yang semasa kejadian berjalan bersama dengan tiga mangsa itu tidak ce­dera.

Nahas itu berlaku di jalan yang berbukit dan berhampiran perhentian bas di sini.

Sumber : kosmo.com.my

Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar

Seorang peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki didera oleh sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya, dua hari lepas.


Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar, info, terkini, berita, kes dera di pusat asuhan kanak-kanak

Menurut Peneraju Bernama Radio24 itu, Nazira Noran, 35, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, pada mulanya menyedari ada kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan dan kiri, belakang badan serta dari anaknya.

Kesan itu disedari selepas menjemput anaknya itu dari pusat berkenaan pada petang Khamis.

“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya.

Nazira dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin.

“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya.

Nazira berkata, anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan.

Sumber : mynewshub.cc

Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi

Boys Of Straits (B.O.S) mungkin antara kumpulan penyokong bola sepak paling bertuah di negara ini kerana mendapat pengiktirafan cukup hebat daripada persatuan bola sepak yang mereka sokong.


Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi, info sukan, bola sepak, Johor, BOS, Boys Of Straits

Buat julung kali, kumpulan penyokong bola sepak seperti itu akan mempunyai sebuah pusat aktiviti dan bas rasmi yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk kegunaan mereka.

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, pusat aktiviti dikenali sebagai Markaz B.O.S itu akan dirasmikan dengan perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 30 Januari ini.

“Ini bagi memudahkan segala aktiviti melibatkan penyokong seperti pergerakan, jualan barangan atau koleksi ditempatkan di kawasan yang begitu strategik untuk sekalian penyokong.

“Seperkara yang menarik, bas rasmi untuk B.O.S juga akan disediakan oleh pihak pengurusan untuk musim ini dan kemungkinan akan siap untuk perlawanan pertama 31 Januari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ dalam pada itu memaklumkan pelbagai pembaharuan dan penambaikan telah dilakukan ke atas Stadium Larkin bagi memeriahkan lagi Liga Malaysia musim ini.

Sumber : mynewshub.cc

Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas

Seorang pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR di Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, petang semalam


Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas, info, terkini, nahas jalan raya, berita, Nurkharunissa Hamzah

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata siasatan awal pihak polis mendapati ketika tiba di perhentian bas untuk menurunkan penumpang, pemandu bas itu Mohd Rashid Yaacob, 53, tiba-tiba pengsan menyebabkan bas hilang kawalan.

Ia kemudian bergerak sendiri ke hadapan lalu melanggar pelajar itu Nurkhairunnisa Hamzah, 20, yang pulang bersama empat lagi rakan.

Nurkhairunnisa kemudian tercampak berhampiran longkang di perhentian bas berkenaan dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Nurkhairunnisa merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber Manusia di kolej berkenaan.

Dua rakan Allahyarham, Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 20, cedera parah di bahagian paha serta pendarahan di kepala dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20, mengalami kecederaan di tengkuk.

Manakala dua lagi rakannya Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saiful Bahri memaklumkan jenazah Nurkhairunnisa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi untuk dikebumikan di Rawang.

“Pemandu bas yang dilaporkan sakit perut sebelum pengsan kini sedang dirawat di HGM,” katanya.

Ajal Nurkhairunnisa terjadi ketika mereka baru sahaja membeli makanan di sebuah tapak ekspo bersebelahan perhentian bas berkenaan.

Bas berkenaan turut melanggar sebuah kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diparkir berhampiran.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Sumber : mynewshub.cc

Kira-Kira 100 Penduduk Hadir Protes Datum Jelatek Hari Ini

Satu protes membantah pembinaan kondominium Datum Jelatek bersebelahan stesen LRT Jelatek berlaku tengah hari tadi sehingga ada yang bertindak ganas memecahkan tembok tapak projek berkenaan.


100 Penduduk Hadir Protes Datum Jelatek, info, terkini, berita, isu Dattum Jelatek
Kumpulan yang hadir memprotes pembinaan Datum Jelatek bertindak memecahkan tembok zink yang dibina di sekeliling tapak projek berkenaan.

Dalam kejadian itu, kira-kira 100 orang penduduk sekitar Jelatek berarak ke tapak projek berkenaan dan bertindak memecahkan tembok berkenaan yang dipasang dengan menggunakan zink.

Ada juga sesetengah daripada mereka meluru masuk ke dalam tapak projek.

Keadaan yang sedikit kelam-kabut itu akhirnya berjaya dikawal anggota polis yang berada di tempat kejadian yang bertindak meleraikan kumpulan berkenaan.

Dua buah trak polis juga dilihat tiba mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk.

Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ianya bertujuan ‎menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi “Chinese District” apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Perhimpunan yang bermula jam 11 pagi dengan penduduk sekitar berkumpul di salah sebuah rumah penganjur di Taman Keramat bersebelahan tapak projek; orang ramai juga diberikan nasi lemak dan air mineral.

Peserta himpunan juga memakai lilitan di kepala tertulis “Anak Keramat” sebagai simbol penduduk berasal dari kawasan tersebut.

Nyanyian lagu kebangsaan dinyanyikan peserta dan kemudiaan disusuli nyanyian lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang seringkali dimainkan dalam program Biro Tata Negara dan Barisan Kita untuk menaikkan semangat.

Turut kelihatan hadir wakil Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan ahli kumpulan pendesak Melayu, Perkasa Selangor.

Pengerusi BBDJ, Salleh Samad berkata perhimpunan hari ini bertujuan memberikan kata dua kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan projek yang dikatakan akan memberi peluang kepada orang luar masuk ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

“Bila jadi MB (menteri besar), dia sudah masyuk. Saya cabar dia turun bertemu, tapi tidak hadir. Kalau dia hadir saya akan humban dia ke dalam longkang,” kata Salleh.

“Saya cabar beliau supaya hentikan projek ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang wakil penduduk, Ariffin Abu Bakar menggesa supaya Azmin mengutamakan projek rumah mampu milik kepada penduduk sekitar dan bukan projek yang menguntungkan orang luar.

Pemaju projek, DatumCorp, sebelum ini, mengatakan projek terbabit mendapat sambutan dan setakat ini 1,097 pembeli Bumiputera mendaftar dan angka dicatat melebihi daripada 674 unit disediakan.


Sumber : mynewshub.cc

Maut Setelah Dirempuh Pacuan Empat Roda

Matunggong, Kudat - Satu kemalangan ngeri  berlaku sekitar 8 pagi di Matunggong, kudat dimana sebuah motorsikal dirempuh kereta pacuan empat roda. 


info, Maut Setelah Dirempuh Pacuan Empat Roda, terkini,

Penunggang motorsikal dikatakan dari arah bandar kudat menghala ke kota marudu sebelum dilanggar kereta jenis Land Cruiser dari arah kota kinabalu.

Menurut saksi, Penunggang dan motorsikal terpelosok dibawah kereta sebelum diheret beberapa meter dari lokasi kejadian dan penunggang motorsikal meninggal ditempat kejadian sebelum polis dan ambulan sempat sampai ke lokasi kejadian.

Walaubagaimana pun, punca sebenar kejadian masih belum dipastikan dan siasatan masih lagi diteruskan.

'Tangan Baru' Adik Aina Amanda

Ainaa Amanda Shahzali, Seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa telapak tangan kanan, teruja apabila dihadiahkan tangan rektor 3D oleh seorang individu berhati mulia setelah ibunya memuat naik video anaknya itu di laman sosial sehingga menjadi viral, baru-baru ini..

 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Ainaa Amanda Shahzali, 7,  kelihatan riang dan hanya ketawa terus mengenakan ‘tangan baharu’ tersebut sebelum bersalaman dengan ibunya, Habibah Hassan, 42, serta individu yang menyumbangkan hadiah cukup bermakna itu...


“Tak sabar rasanya nak ke sekolah esok, nak tunjuk dekat kawan-kawan dan cikgu. Adik dah dapat tangan baharu,”
 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Menurut Habibah, dia cukup tersentuh apabila anaknya itu membelai pipi dan bersalaman dengannya apabila mengenakan tangan baharu tersebut. Amanda mula dikenali apabila ibunya memuat naik video yang menjadi viral dan menarik perhatian ramai.

“Saya amat bersyukur dengan pemberian ini dan berharap kehidupan Ainaa Amanda akan lebih ceria. Reaksinya memegang dan menangkap bola ketika dibaling ke arahnya amat mengejutkan kami semua kerana dia sudah pantas mengendalikan tangan tersebut,” katanya...

Sementara itu, penyumbang tangan berkenaan, Sujana Mohd. Rejab, 47, berkata, dia segera berhubung dengan Habibah selepas mengetahui keadaan kanak-kanak tersebut di laman sosial.


 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Sujana yang mencipta sendiri tangan mekanikal itu dengan bantuan seorang rakannya selama dua hari berkata, pada kebiasaan, seseorang itu memerlukan masa antara satu hingga ke tiga bulan untuk membiasakan diri menggunakannya.

“Set tangan ini masih di peringkat awal. Apabila adik Ainaa Amanda sudah selesa dan mahir menggunakannya, kami akan membuat penambahbaikan supaya kelihatan lebih kemas dan menarik,” katanya.

Sumber : penmatapena.blogspot.com