Kuala Krai Selepas Banjir Memang Macam Tsunami Melanda!

Kalau sesiapa membaca akhbar Harian Metro hari ini, maka tertera di muka hadapan menceritakan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur terutama Kelantan umpama tsunami.



Kalau dilihat kepada beberapa keping gambar keadaan ketika banjir di Kuala Krai, Kelantan mulai surut yang kami petik dari Facebook Raja Mahizan Tuan Zahid, ternyata tepat sekali apa yang disampaikan akhbar berkenaan.

Nasib baik, jumlah kehilangan nyawa tidak menyamai bencana tsunami yang melanda rantau ini 10 tahun lalu yang membawa kepada kehilangan ratusan ribu nyawa.

Namun, dari segi kemusnahan harta benda, ada persamaan walaupun bukan 100 peratus.

Kejadian tsunami memang layak dijadikan analogi kerana kejadian itu pun berlaku dalam tarikh yang hampir sama

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Melihat kepada gambar-gambar kemusnahan yang ada, maka ia menceritakan satu benda sahaja yakni banjir yang berlaku tahun ini memang luar biasa dan pastinya di luar jangkaan semua pihak.

Mungkin disebabkan itu bantuan agak sukar disampaikan sebelum ini.

Gambar yang diberikan juga dapat menceritakan dengan sendiri apa yang telah dilalui dan sedang dilalui penduduk di kawasan berkenaan.

Masih belum terlambat untuk kita berdoa dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat.

Selanjutnya, lihat gambar-gambar di bawah untuk memahami keadaan di Kuala Krai.



Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,


Sumber : mynewshub.cc

Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas Dungun

Ngeri Bila melihat video kemalangan yang telah mengorbankan pekerja dari Petronas Dungun.

Dua kakitangan Petronas GPP tersebut maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Balai Bomba dan Penyelamat Paka di sini, 10.30 pagi tadi.


Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas, info, terkini, nahas jalanraya, kemalangan ngeri, berita

Eksekutif, Rosli Mahmud, 52, dan juruteknik Nasuki Mohamad, 45, maut dalam kemalangan itu manakala seorang lagi juruteknik Mat Zian Mat Zin, 48, hanya cedera ringan.

Kemalangan berlaku ketika kesemua kakitangan Petronas terbabit dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Kertih. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Nasuki hilang kawasan lalu terbabas di situ yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik dan bergolek beberapa kali di situ.

Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas, info, terkini, nahas jalanraya, kemalangan ngeri, berita


Nasuki yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan Rosli yang parah di kepala dan badan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun manakala Mat Zian yang cedera di kaki kanan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun Asisten Superintendan Alias Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Sumber : hmetro.com.my

Dua beranak mati tertimbus Di Cameron Highlands

Seorang ibu mengandung dan anaknya berusia setahun maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, di sini, pagi tadi.


Dua beranak mati tertimbus Di Cameron Highlands, info, terkini, berita, tanah runtuh di cameron,

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, suami mangsa yang turut tertimbus bagaimanapun terselamat dan berjaya dikeluarkan beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, lelaki terbabit berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 7.13 pagi.

"Mayat kanak-kanak berusia setahun yang tertimbus dikeluarkan pada 8.03 pagi tadi dan mayat ibunya pula dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

Artikel Terdahulu : Seorang Cedera, Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau

Sumber : hmetro.com.my

Seorang Cedera, Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau

BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.


Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau , info, terkini, berita, bencana banjir

Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.
Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau , info, terkini, berita, bencana banjir


Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.

Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya.

Artikel Terdahulu : Pesawat QZ8501 Dijumpai Sistem TV China?

Sumber : BH Online

Padah Bila Gelojoh Kongsi Fitnah Di Facebook

Ketika rakyat di beberapa negeri berdepan dengan musibah banjir, akaun dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp menjadi medium paling penting dalam menyampaikan maklumat terkini.


Padah Bila Gelojoh Kongsi Fitnah Di Facebook, info, terkini, sensasi, berita

Namun, tidak semua maklumat tersebut adalah benar kerana ada di antaranya direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Melucukan kerana pemilik akaun bernama Mohamad Azrani Daud dengan yakinnya mendakwa lori milik syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Dabong, Kota Bharu telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan barang yang dirampas kemudiannya dibungkus dalam plastik yang ditampal dengan logo Barisan Nasional (BN) sebelum diberi kepada mangsa banjir sebagai bantuan.

Menurutnya, maklumat itu diterima daripada peserta konvoi yang merupakan Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus.

Bagaimanapun, Mohamad Azrani Daud akhirnya memohon maaf selepas pemilik syarikat itu sendiri memaklumkan khabar itu tidak benar sama sekali.

Aduhai, sudah-sudahlah! Tidak cukupkah dengan cerita kononnya ramai yang mati kelaparan di atas bukit atau berpuluh-puluh pesakit mati di hospital akibat ketiadaan bantuan oksigen?

Sikap gemar berkongsi maklumat yang tidak sahih ini bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah, tetapi juga menimbulkan suasana panik kepada mangsa.

Senang cerita, kalau tak mahu menghulur bantuan, lebih baik berdiam daripada menambah beban.

Sumber : aans1.blogspot.com

Kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai

 Kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai, info, terkini, berita, mangsa banjir, Kuala Krai


Salam.

Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus. Celcom sikit2 sahaja ada.

Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.

Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.

Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.

Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.

Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.

Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.

Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.

Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai, info, terkini, berita, mangsa banjir, Kuala Krai

Kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai, info, terkini, berita, mangsa banjir, Kuala Krai

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.

Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.

Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.


Kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai, info, terkini, berita, mangsa banjir, Kuala Krai

Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.

Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.

Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.

Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.

Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.

Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis.

Bantulah kuala krai. Saya merayu.

Nazman Che Iberahim
Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Tel : 016-9255445

No Akaun Bank;
Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam

Sumber : tranungkite.net

Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung

Dalam misteri kehilangan pesawat Airasia QZ8501  masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya.


Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Belitung, info, terkini, berita, sensasi, spekulasi QZ8501,

Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas.

Menurut Henry, pesawat itu kini sudah mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung.

Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini. 



Sumber : Siakapkeli.com.my

Pesawat QZ 8501 Sudah Dijumpai Sistem TV China

Agensi Berita Nasional Indonesia Antara melaporkan pesawat AirAsia QZ8501 telah terhempas kira-kira 145 kilometer dari Pulau Belitung.


Pesawat QZ 8501 Sudah Dijumpai Sistem TV China, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

Berita itu memetik pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarmas). Tweet sistem teleisyen China CCTV berkata pesawat dijumai di timur Pulau Belitung.

Penganalisis penerbangan John Brata menyatakan pesawat ini mudah ditemukan kerana ia terbang di atas pulau atau proisi yang banyak radar penerbangannya.

Namun, Kementerian Udara dan Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo tidak mahu membuat sebarang andaian berhubungan nasib pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang dilaporkn hilang sejak pagi tadi.


Bagaimanapun, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat itu dan menegaskan bagawa operasi mencari sedang giat dijalankan.

Meskipun sudah ada berita yang menyebut bahawa pesawat jenis Airbus itu jatuh di Belitung Timur tetapi pihaknya belum memastikan lokasi tersebut.

Artikel Terdahulu : 3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ 8501

Sumber : katakcomel.my

3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ8501

Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.

Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu.

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.

“Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,” kata temannya.

Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut. Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

"Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,” katanya.

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu


3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ 8591, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ 8591, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ 8591, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

Artikel Terdahulu : Aksi Konon Hebat Makan Diri

Sumber : Blog Viralberita

Aksi konon “Hebat” Memakan Diri Sendiri!

Seorang lelaki menerima padah apabila melakukan aksi lagak ngeri yang akhirnya memakan diri kembali.

Dia yang pada awalnya membenarkan rakan membakar dirinya, kelihatan cuba bertenang namun akhirnya mengelupur kepanasan gara-gara dijilat api yang sedang marak.


Aksi konon “Hebat” Memakan Diri Sendiri!, info, terkini, sensasi, berita, viral

Seolah-olah dirasuk histeria, lelaki tersebut menjerit sambil berlari-lari ke arah penonton minta diselamatkan.

Penonton yang pada awalnya kagum melihat aksi tersebut mula bertukar cemas kerana gusar dan takut menjadi mangsa sambaran api yang sedang membakar lelaki tersebut.

Akhirnya, lelaki itu diselamatkan oleh beberapa penonton yang bertindak memadam api menggunakan kain selimut dan gas pemadam api.

Kasihan.. gara-gara terlalu yakin dan ingin menunjukkan kepakaran diri, aksi lagak ngeri bertukar jadi tragedi.



Sumber : mynewshub.cc