Padah Bila Gelojoh Kongsi Fitnah Di Facebook


Ketika rakyat di beberapa negeri berdepan dengan musibah banjir, akaun dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp menjadi medium paling penting dalam menyampaikan maklumat terkini.


Padah Bila Gelojoh Kongsi Fitnah Di Facebook, info, terkini, sensasi, berita

Namun, tidak semua maklumat tersebut adalah benar kerana ada di antaranya direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Melucukan kerana pemilik akaun bernama Mohamad Azrani Daud dengan yakinnya mendakwa lori milik syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Dabong, Kota Bharu telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan barang yang dirampas kemudiannya dibungkus dalam plastik yang ditampal dengan logo Barisan Nasional (BN) sebelum diberi kepada mangsa banjir sebagai bantuan.

Menurutnya, maklumat itu diterima daripada peserta konvoi yang merupakan Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus.

Bagaimanapun, Mohamad Azrani Daud akhirnya memohon maaf selepas pemilik syarikat itu sendiri memaklumkan khabar itu tidak benar sama sekali.

Aduhai, sudah-sudahlah! Tidak cukupkah dengan cerita kononnya ramai yang mati kelaparan di atas bukit atau berpuluh-puluh pesakit mati di hospital akibat ketiadaan bantuan oksigen?

Sikap gemar berkongsi maklumat yang tidak sahih ini bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah, tetapi juga menimbulkan suasana panik kepada mangsa.

Senang cerita, kalau tak mahu menghulur bantuan, lebih baik berdiam daripada menambah beban.

Sumber : aans1.blogspot.com

Filled Under: