Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya


Nampaknya kes membabitkan samseng jalanraya semakin melampau dewasa ini.


Terbaharu, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibantu apabila diserang sekumpulan 13 lelaki, pada malam Jumaat.


Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Perkara ini dikongsikan sendiri mangsa menerusi akaun Facebooknya, Najib Baterin.

Menurut mangsa kejadian berlaku di Sunway Kayangan, jalan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana selepas keretanya terlanggar sebuah Proton Waja yang memasuki laluannya.

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Selepas kereta diberhentikan, pemandu Waja terbabit dikatakan menghubungi rakan-rakannya yang tiba tak lama kemudian lalu menyerang mangsa.

Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.

Lihat sajalah gambar kecederaan dialami mangsa yang dikongsikannya, memang ngeri..

Selepas dibawa ke hospital, luka dialami mangsa hanya selesai dirawat dan dijahit sekitar jam 5 pagi, selepas berada selama 8 jam dalam bilik kecemasan.

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat pada hari ini.

Aduh, mujurlah yang kena ni boleh kira ‘brader kental’, bayangkan kalau perempuan diserang lelaki seramai itu?

Saran kami, kalau dah terlibat dengan kemalangan dan nampak macam pihak lagi satu mencurigakan untuk dibawa berbincang, tak perlulah turun kereta untuk buat penyelesaian tepi jalan.. pecut saja ke balai polis berhampiran untuk buat laporan!


Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya, info, terkini, berita, samseng jalanraya,



Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: