Anak Pesakit Kesal Layanan Biadap Kakitangan Hospital

Acap kali kita mendengar aduan mengenai layanan buruk oleh sesetengah kakitangan hospital kerajaan kepada pesakit.


Anak Pesakit Kesal Layanan Biadap Kakitangan Hospital, sensasi, info, terkini, berita, hospital Alor Setar, kedah

Biarpun tidak semua berperangai begitu, namun tidak salah untuk kita merenung perkongsian cerita oleh Ajeli Anuar di akaun Facebook Penduduk Sungai Petani.

Menurutnya, dia telah menerima layanan yang cukup kasar dan tidak profesional daripada kakitangan Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.

Tulisnya:

“Pagi tadi punya cerita…
Lokasi : Hospital Alor Setar Kedah.
Jam : 11.15am
Tarikh : 18.12.2014
Hari : khamis.

“Kami dtg ke hospital hari kerana ada temujanji dgn doktor syakir. Bila kami smpai d hospital trsebut, Kami tnya staff yg brtugas harini d kaunter servis.. bila Kami tunjuk kad temujanji dgn doktor syakir tu.. tiba2 je, staff tu tggikan suara kat Kami..

: katanya setiap hari rabu dan khamis tiada klinik rawatan berkaitan la.
: Kami pun bgthu la kat staff tu. Kami bkn suka2 je nk datang kesini harini. Kami dtg ni bersebab. Doktor syakir yg suruh Kami dtg ni.

“Lps Kami bgthu kat staff tu… dia terus masuk dalam bilik d blakang kaunter. Kami ingat dia nk kol kat doktor syakir n tnya tntang temujanji Kami ni. Rupa2nya dwg buat x tahu je.

“Kami tahu sebab Kami nampak yg diorang x buat apa2 pn yg berkaitan dgn Kami, walaupn dwang kat dlm bilik.. Tp Kami nampak sbb pntu x tutp.. lbih kurang 20minit Kami mnunggu di kaunter servis trsebut.. Kami Cuba Panggil semula staff yg ambil kad temujanji Kami tu. Bila dia dtg ke kaunter semula. Dia boleh cakap..
: kan saya dah bagithu tadi, hari rabu Dan khamis tiada rawatan klinik!

: Kami pn bgthu lg, saya tahu.. masalah sekarang ni, doktor yg suruh Kami dtg hari ni kul 11.30 pagi. Kalau takde rawatan hari ni, knp suruh Kami dtg?

Anak Pesakit Kesal Layanan Biadap Kakitangan Hospital, sensasi, info, terkini, berita, hospital Alor Setar, kedah


“Pastu, dia trus sembang dgn org lain kat sebelah Kami tnpa hiraukan Kami selepas tu..
Kami ambil semula kad temujanji tu.. lpas tu Kami ambil gambar (di bawah). Terus dia tengking kat Kami..
: kenapa awak pandai2 amik gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?

“Kami jawab..
: saya amik gambar ni, sbb Kami nk bgthu kat umum yg servis Di hospital alor setar ni teruk.. Kami nk, semua org tahu yg staff dlm hospital alor setar ni layan kami mcm haiwan.. Kalau ye pun hari ni takde rawatan klinik.. knp tidak maklumkan kpd Kami trlbih dahulu sblm ni? Mcm hari ni pula.. sepatutnya puan bgthu kat kami tarikh temujanji Kami ni ditunda kepada tarikh lain.. Tp, puan marah pula kat kami.. mcm ni ke cara pekerja kerajaan layan org awam mcm Kami ni?


Anak Pesakit Kesal Layanan Biadap Kakitangan Hospital, sensasi, info, terkini, berita, hospital Alor Setar, kedah

“Lps Kami ckp mcm tu, Kami trus keluar n blik rumah..

SAYA BETUL2 TERASA HATI DGN SIKAP STAFF D HOSPITAL ALOR SETAR TADI TU. SAYA SANGGUP X PERGI MNIAGA DI PASAR SEMATA MATA NAK BAWA MAK SAYA JUMPA DOKTOR HARI NI. TP LAIN PULA YG BERLAKU. DAH LA MAK SAYA NI UZUR, NK JLN PN X LARAT. SAMPAI D HOSPITAL ALOR SETAR. KENA MARAH PULA KAT STAFF. MCM NI KE LAYANAN DIORANG KAT WARGA EMAS??”

Bagi kami, sikap seperti inilah yang mewujudkan persepsi bahawa perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk.

Kasihan pada kakitangan yang bersungguh-sungguh memberi layanan terbaik kepada pesakit kerana secara tak langsung, mereka turut terkena tempiasnya.

Apapun, diharap agar pihak atasan Hospital Alor Setar dapat menyiasat aduan ini agar tidak berlaku lagi di kemudian hari.

Artikel Terdahulu : Andre Villa-Baos Pengganti Brendan Rodgers

Sumber : mynewshub.cc

Andre Villa-Boas Pengganti Brendan Rogers

Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Chelsea, Andre Villas-Boas menolak kemungkinan untuk menggantikan Brendan Rodgers bagi mengemudi skuad Liverpool yang kini kelihatan terumbang-ambing nasibnya.



Andre Villa-Boas Pengganti Brendan Rodger?, info sukan, bola sepak, anfield, jurulatih baru Liverpool, sensasi, gosip,

Kini mengemudi skuad Zenit St Petersburg, Villas-Boas adalah antara nama dikaitkan dengan perpindahan ke kerusi panas di Anfield.

Di sebalik khabar angin itu, Villas-Boas berkata, dia tidak berminat kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas berkhidmat bagi tempoh singkat untuk dua skuad di situ.

“Saya seronok di Russia dan tidak ada sebarang rancangan kembali ke England pada tempoh terdekat. Ia langsung tiada dalam perancangan saya,” katanya.

Menurut Villas-Boas, dia seronok melatih kelab di England kerana ia memberinya pengalaman positif.

“Cuma benda-benda negatif juga berlaku,” katanya.

Villas-Boas meninggalkan Spurs pada Disember 2013 ekoran kekalahan 0 – 5 kepada Liverpool di tempat sendiri.

Namun Villas-Boas bertegas pemergiannya itu bukan disebabkan dia dipecat.

Rodgers pula dilihat berada dalam kedudukan goyang selepas Liverpool hanya bertahan di tangga ke-11 liga dan tersingkir awal daripada saingan kalah mati Liga Juara-Juara.


Artikel Terdahulu : Penumpang Jakun Buka Pintu Pesawat Untuk Ambil Angin

Sumber : mstar.com.my

Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan

Empat DJ di stesen radio BFM 89.9 mungkin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengemudi sebuah rancangan bual bicara yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam.


Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan, info , terkini, berita, sensasi,

Laporan polis terhadap keempat-empat mereka iaitu, Shaarad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh, telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara itu.


Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetui gabungan 9 NGO yang membuat laporan tersebut berkata, stesen radio tersebut menyiarkan program berkenaan pada 12 Disember lalu.

“Kira-kira jam 7 hingga 8 pagi, penyampai radio Shaarad Kuttan telah membincangkan mengenai tajuk Kalimah Allah, isu daging korban dan juga hak orang Melayu.


Empat DJ Radio Mungkin Disiasat Bawah Akta Hasutan, info , terkini, berita, sensasi,

“Dan pada hari yang sama juga kira-kira jam 6 hingga 7 petang, penyampai radio Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh juga telah membincangkan isu agama Islam dan pemakaian tudung,” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Dang Wangi hari ini memetik laporan dari TheRakyatPost.

Menurut Mustafa, terdapat unsur penghinaan dan hasutan yang dibincangkan dalam program terbabit.

“Kita duduk di Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Kami harap agar penerbit dan penyunting stesen radio terbabit lebih menghormati agama rasmi negara dan jangan timbulkan unsur perkauman atas kepentingan kaum. Mereka seharusnya menghormati perlembagaan negara,” ujarnya.

Artikel Terdahulu : Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang

Sumber :  Siakapkeli.com.my

Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang

Dua maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Bulatan Sigar dekat Donggongon di sini, pagi tadi.


 Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang, info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, nahas jalan raya, sabah, penampang

Kemalangan pada kira-kira jam 11.45 pagi itu membabitkan dua motosikal, sebuah pacuan empat roda serta sebuah lori treler.

Difahamkan, dua mangsa yang meninggal dunia adalah penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing lelaki dan wanita.

Tiga mangsa yang cedera termasuk seorang dilaporkan parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.49 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Artikel Terdahulu : Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat

Sumber : bharian.com.my

Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat

Mayat seorang gadis remaja ditemui dalam keadaan ngeri dan amat menyedihkan. Bukan sahaja dibunuh, namun kulitnya disiat-siat hingga pihak polis sendiri tidak dapat mengecam mayat mangsa.

Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat, berita luar negara, sensasi, info, terkini, berita,

Perbuatan terkutuk ini didakwa angkara bapa tirinya sendiri apabila mangsa dikatakan ingin mendedahkan gangguan seksual bapa tirinya selama ini.

Sebelum penemuan mayat gadis ini, Kassandra Bravo, 19, dilaporkan hilang oleh ibunya sejak awal bulan ini hingga notis kehilangannya turut disebarkan oleh pihak polis.


Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat, berita luar negara, sensasi, info, terkini, berita,

Malangnya, berita kehilangannya itu berakhir dengan penemuan mayatnya dalam sebuah parit berdekatan jalan raya di Las Cocinas, Mexico.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa yang merupakan penuntut kejururawatan telah dicekik hingga mati.


Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat, berita luar negara, sensasi, info, terkini, berita,

Pihak polis yang menyiasat kes ini berkata, pada awalnya agak sukar mengecam mayat Kassandra  kerana kulit mukanya habis disiat hingga tidak menampakkan rupa dirinya lagi.

Seorang rakan Kassandra memberitahu, mangsa berniat mendedahkan perangai sebenar bapa tirinya kepada ibunya Angela Bravo, 41, iaitu telah menderanya secara seksual sejak berumur 15 tahun.

Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat, berita luar negara, sensasi, info, terkini, berita,

Bagaimanapun, niatnya tidak kesampaian apabila dilaporkan hilang secara tiba-tiba.

Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, akhirnya mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, namun menolak dakwaan yang dia mendera atau menyiat kulit gadis tersebut.

Artikel Terdahulu : Wanita ‘Gila’ Simbah Cat Pada Kereta, Buang Daging Babi Pada Jiran

Sumber mynewshub.cc

Wanita ‘Gila’ Simbah Cat Pada Kereta, Buang Daging Babi Pada Jiran

Penduduk di kawasan perumahan Taman Wangsa Maju Seksyenn 5 hidup dalam ketakutan sejak tiga bulan lalu berikutan perlakuan salah seorang penduduk wanita di kawasan tersebut yang bertindak ganas dengan menyimbah cat pada kereta, membuang daging babi serta memecahkan lampu dan pasu milik jiran berhampiran kediamannya.


Wanita ‘Gila’ Simbah Cat Pada Kereta, Buang Daging Babi Pada Jiran, info, terkini, sensasi, berita,

Wanita yang berusia 46 tahun itu difahamkan sudah menetap di kawasan perumahan itu beberapa tahun lepas dan sebelum ini, dia juga sering berkelakuan pelik dengan memaki hamun orang ramai yang lalu lalang dan menyimbah air kencing di sebuah rumah penduduk dikawasan tersebut.

S. Ranur Gatheri, 49, yang juga salah seorang penduduk di kawasan itu berkata pebuatan wanita pelik itu semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum ini, kami sudah lali dengan kata-kata kesat yang dilemparkan tetapi apabila dia mula memecahkan pasu bunga dan merosakkan harta benda jiran, kami mulai takut", katanya memetik laporan dari Kosmo!.

Wanita ‘Gila’ Simbah Cat Pada Kereta, Buang Daging Babi Pada Jiran, info, terkini, sensasi, berita,

Salah seorang lagi penduduk kawasan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 58, berkata wanita itu sudah berperangai pelik sejak di berpindah ke kawasan kejiranan ini lebih dari enam tahun yang lalu. Tan berkata wanita pelik itu pernah menyembur air pada kereta mendiang isterinya dan turut meludah pada mendiang isterinya itu. Selain itu wanita tersebut juga turut merosakkan kereta milik Tan.

"Dia memecahkan tingkap kereta saya dengan menggunakan guli dan juga merosakkan dua buah kereta lain yang kepunyaan keluarga saya," katanya, sambil menambah bahawa pada hari Isnin lepas, wanita itu menyimbah cat di sebuah kereta Perodua Myvi milik teman wanita anaknya.


Wanita ‘Gila’ Simbah Cat Pada Kereta, Buang Daging Babi Pada Jiran, info, terkini, sensasi, berita,

Tan turut berkata dia tidak tahu kenapa wanita itu berkelakuan seperti itu. Laporan polis telah dibuat selepas wanita tersebut menyimbah cat di kereta Perodua Myvi berkenaan.

Wanita itu bagaimanapun sudah ditangkap oleh polis. Menurut polis wanita itu tidak ada rekod masalah mental namun dia kini sudah dihantar untuk menjalani ujian psikologi.

Artikel Terdahulu : Penumpang Cetus Panik, Buka Pintu Pesawat Untuk ‘Ambil Angin’

Sumber : siakapkeli.com.my

Penumpang Jakun Buka Pintu Pesawat Untuk ‘Ambil Angin’

Seorang penumpang yang dalam pesawat penerbangan domestik di China mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang lain apabila tiba-tiba membuka pintu kecemasan pesawat dengan alasan, mahu ambil udara segar.


Penumpang Jakun Buka Pintu Pesawat Untuk ‘Ambil Angin’, info, terkini, berita, sensasi,

Ketika itu, pesawat dinaikinya sedang bergerak atas landasan bagi mengambil posisi untuk berlepas.

Menurut laporan akhar South China Moring Post, penumpang-penumpang lain di dalam pesawat Xiamen Air dari Hangzhou ke Chengdu yang terkejut sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.
MENARIK – Syabas Kru MH2 Ke London, Berjaya Kawal Penumpang Ganas

Pasukan penyelenggaraan kemudiannya bergegas membaiki pintu kecemasan selepas insiden itu dan pesawat dapat berlepas mengikut jadual, menurut kakitangan Lapangan Terbang Hangzhou.

Dalam gambar yang dikongsikan penumpang, lelaki berusia kira-kira 40-an yang pertama kali menaiki pesawat dilihat meletakkan kepalanya keluar dari pintu kecemasan yang terbuka, dan para kru hanya mampu melihat perbuatannya itu.

Peristiwa Ahad lepas itu mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial dengan blogger berkata lelaki itu patut didenda, tetapi syarikat penerbangan tidak bercadang berbuat demikian.

Artikel Terdahulu : Belon Udara Di Turki Jatuh, Rakyat Malaysia Parah

Sumber : mynewshub.cc

Zalif urus sendiri

Memulakan langkah di persada seni sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PR) di KRU Studios, Zalif Sidek akhirnya mengubah haluan untuk membina nama dalam bidang lakonan.


Zalif urus sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon zalif Sidek

Apatah lagi, bersandarkan bakat lakonan dimiliki dia berjaya menerima pelbagai tawaran. Kini, Zalif sudah mampu tersenyum apabila namanya makin dikenali.

Bersua Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar, 29, baru-baru ini, pelakon filem Papa I Love You itu berkata, dia merancang untuk bergerak sendiri selepas kontraknya dengan pihak pengurusan sekarang akan berakhir tidak lama lagi.

"Tempoh empat tahun aktiviti lakonan diselia syarikat pengurusan sudah cukup bagi saya menimba pelbagai pengalaman terutama peluang membina nama sebagai pelakon.

"Kini, saya yakin sudah mampu berdikari dan mengorak langkah sendiri dalam bidang lakonan di negara ini. Saya akan berusaha gigih mencari peluang.

"Meskipun selepas ini tidak bernaung lagi di bawah pengurusan lama, namun saya tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan mereka. Itu pun jika masih ada tawaran dan peluang," katanya.

Mengakui tiada sebarang konflik dengan majikannya, Zalif berkata, pengunduran itu diambil kerana percaya peluang untuknya lebih besar apabila bergerak sendiri.

"Jika ketika bersama KRU Studios dulu pun saya boleh mara membina nama dengan usaha sendiri, kali ini saya yakin masih lagi mampu melakukannya.

"Saya sudah sedia untuk turun padang sendiri menguruskan segala agenda promosi dan publisiti kerjaya lakonan diceburi.

Saya yakin dengan kemampuan diri," katanya.

Berbicara sama ada dia juga akan cuba membabitkan diri dalam bidang penulisan skrip seperti rakan baik, Epy Kodiang, pastinya Zalif dengan pantas mengakui dia tiada bakat menulis.

Katanya, buat masa ini dia mungkin hanya berbakat dalam bidang lakonan. Namun, untuk cuba menulis skrip memang dia tidak mampu melainkan menyumbang idea.

Mengulas juga soal impian untuk duduk di kerusi pengarahan, Zalif berkata, dia masih baru dalam lakonan dan banyak perkara yang kurang dan perlu diperbaikinya.

"Apapun, saya fikir sekarang lebih baik berlakon saja kerana masih banyak kelemahan dan kekurangan perlu diperbaiki. Jadi, jika mahu duduk di kerusi pengarah memang saya belum layak.

"Saya hanya yakin melakukannya (mengarah) jika sudah cukup ilmu di dada.

Namun, sekarang agak terlalu awal untuk saya mencuba," katanya.

Mengenai perkembangan kariernya, Zalif berkata dia sudah tiga bulan menjalani penggambaran drama Selipar Jepun Stiletto Merah arahan Hashim Rejab.

Katanya, drama 13 episod itu menggandingkannya dengan barisan pelakon lain seperti Ryzal Jaafar, Shima Anuar, Delimawati dan Mahmud Ali Basha.

Artikel Terdahulu : Primadona Neng Yatimah koma

Sumber : hmetro.com.my