Peneroka Haram Cameron Highlands Masih Cuba Runding Dengan Pihak Berkuasa

Walaupun operasi menggempur tanah pertanian yang dibuka secara haram di sini telah diuar-uarkan melalui notis, pengumuman dan kenyataan akhbar namun ada peneroka haram yang masih mahu berunding dengan pihak berkuasa.


Peneroka Haram Cameron Highlands Masih Cuba Runding, info, terkini, berita, sensasi, Cameron Highlands,

Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands, ACP Mohd Shaharuddin Baharom berkata, ketika pihaknya mahu menjalankan pembersihan kebun haram dan meroboh struktur binaan serta aset, peneroka terlibat berjumpa mereka untuk berunding.

"Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan," katanya ketika ditemui pemberita ketika pelaksanaan Ops Gading fasa kedua di kebun bunga haram di Blue Valley di sini.

"Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau nak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.

Mohd Shaharuddin berkata, operasi menggempur kebun yang dibuka secara haram sini diteruskan lagi melalui 'Ops Gading' fasa kedua selama seminggu bermula Selasa.

Beliau berkata, seluas hampir 20 hektar kebun bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan dibersihkan di tiga kawasan iaitu di Kampung Raja, Tringkap dan Blue Valley pada Selasa.

"Semua struktur binaan dan aset di kebun haram tersebut juga dirobohkan. Kebun berkenaan dikesan telah beroperasi lebih daripada setahun. Kita meroboh secara serentak di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Operasi ini digerakkan seperti arahan Kabinet dan inilah yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membersihkan dan merobohkan seluruh kebun-kebun haram di seluruh Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Ops Gading.

Katanya, terdapat sebuah kebun haram seluas 28 hektar yang berada di pendalaman Cameron Highlands juga akan digempur dalam masa terdekat namun pihaknya masih membuat penandaan.

"Ops Gading fasa dua ini akan berjalan sehingga hujung minggu dan berharap ia berjalan lancar dengan bekalan jentera berat. Kalau sempat dan cuaca baik, kebun seluas 28 hektar tersebut juga kita akan bersih dan robohkan dalam minggu ini," katanya.

Mohd Shaharuddin berkata, sebanyak 17 hektar kebun haram telah digempur dalam Ops Gading fasa satu sebelum ini dan dianggarkan terdapat 7,000 hektar kebun haram di seluruh Cameron Highlands mengikut data Agensi Remote Sensing Malaysia.

Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh menggempur dan merobohkan kebun haram berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengambil kira pengiraan serta penandaan dengan teliti supaya kebun yang mendapat lesen secara sah tidak terjejas melalui operasi berkenaan, katanya.

"Kita mendapat nasihat dan panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara mengenai tatacara melaksanakan operasi berkenaan. Kita juga perlu pastikan tanah-tanah yang dimiliki secara sah," katanya.

Ops Gading fasa dua diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara yang digerakkan secara bersepadu membabitkan 532 anggota dari 16 agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Rela, pasukan polis dan tentera.

Sumber : mstar.com.my

Majikan Dan Ejen Bersubahat Isu Pati Perlu Diambil Tindakan

Dalam usaha menyelamatkan Cameron Highlands daripada dicerobohi pendatang asing, pihak berkuasa perlu memberi perhatian secara holistik termasuk mengambil tindakan terhadap majikan atau ejen yang bersubahat dalam isu itu.


Bersubahat Isu Pati Perlu Diambil Tindakan, info, terkini, berita, sensasi, Pendatang Tanpa Izin, Pati

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, insiden di tanah tinggi itu bukan hanya difokuskan terhadap pendatang asing tanpa izin, malah majikan dan ejen yang membawa mereka masuk secara haram ke negara ini.

"Majikan yang membawa pekerja asing secara haram iaitu dengan melanggar undang-undang negara ini, akan diambil tindakan tegas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan resolusi persidangan 'Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia' anjuran Majlis Profesor Negara di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian di Cameron Highlands pada 5 November lepas, lima orang terkorban dan lima lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh.

Wan Junaidi juga berkata selain itu, kerajaan negeri berkenaan juga perlu mengenal pasti ladang yang sah dan tidak sah, iaitu diterokai secara haram oleh pihak-pihak tertentu, bagi memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak lanjut.

Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid menyerah resolusi yang mengandungi 13 perkara pokok yang dibincangkan pada persidangan itu kepada Wan Junaidi.

Persidangan dua hari itu bermula Isnin dan dianjurkan Majlis Profesor Negara.

Sumber : mstar.com.my

Thierry Henry Sah Gantung Kasut

Pemain lagenda Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry mengumumkan persaraan dari karier bola sepak pada Selasa.


Thierry Henry Sah Gantung Kasut, info, terkini, berita, sukan bola sepak, Thierry Henry, legenda bola sepak,

Henry membuat pengumuman tersebut di laman Facebook miliknya sekaligus mengakhiri kariernya selama 20 tahun yang menjadi tumpuan sebagai penyerang kesayangan peminat-peminat bola sepak dunia.

Sepanjang kariernya, Thierry Henry merupakan salah seorang bintang bagi pasukan Perancis pada aksi Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah dengan menjuarainya pada tahun 1998, 2000 serta menjulang gelaran juara ketika bersama Arsenal, Monaco dan Barcelona.


Thierry Henry Sah Gantung Kasut, info, terkini, berita, sukan bola sepak, Thierry Henry, legenda bola sepak,

Malah pemain berusia 37 tahun ini juga pernah meraih trofi Piala FA (3 kali) bersama The Gunners dan Liga Juara-Juara ketika menyarung jersi Barcelona.

Aksi terakhir Henry bersama kelab New York Bulls yang disertainya pada tahun 2010 dan turut membantu pasukan itu menjulang gelaran MLS Eastern Conference sebanyak dua kali.

Pada Isnin, Henry mengesahkan dia tidak akan beraksi dengan mana-mana pasukan pada musim baharu ini, sebelum mengumumkan persaraannya.

“Selepas 20 tahun beraksi, saya mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional,” jelasnya dalam kenyataan.

Pemain itu dikatakan bakal menceburi bidang baharu sebagai perunding untuk saluran Sky Sports.

Sumber : mstar.com.my

Peraturan 'Bodoh' Mengenakan Lesen Memancing

Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya cadangan mengenakan lesen memancing yang didakwa akan dilaksanakan mulai awal tahun 2015.


Peraturan 'Bodoh' Mengenakan Lesen Memancing, info, terkini, berita, sensasi, Jabatan Perikanan

Cadangan yang tidak masuk akal itu telah membangkitkan kemarahan kaki-kaki pancing seluruh negara.

Ini berikutan tersebarnya surat dari Jabatan Perikanan kepada persatuan-persatuan pemancing di negeri-negeri ke taklimat cadangan perlesenan penangkapan ikan pantai dan laut terbuka di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia pada 11 Disember yang lalu.

Majoriti kaki pancing berpendapat bahawa cadangan mengenakan lesen itu seolah-olah menyekat hobi dan menimbulkan serta menambahkan lagi kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Lebih teruk lagi, cadangan tidak masuk akal berkenaan tidak diketahui oleh menterinya sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya tidak tahu pun tentang cadangan peraturan ini. Saya hanya baca dalam Facebook. Saya telah arahkan supaya dibatalkan cadangan peraturan yang tidak masuk akal ini," katanya melalui Facebook.

Katanya lagi, dia juga turut marah dengan cadangan yang tidak masuk akal ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun, tidak menafikan bahawa ada aktiviti haram mengebom ikan, tuba, malah menggunakan racun sebagai jalan mudah untuk meraih hasil laut.

Namun, adalah tidak wajar membabitkan para pemancing dalam hal ini.

"Ada peraturan dan undang-undang untuk menghukum mereka ini. Tak perlu orang memancing pun dikaitkan dan dimangsakan.

"Don't worry semua. Saya beri jaminan cadangan ini akan saya arahkan batal serta merta," katanya.

Sumber : mymediahubonline.blogspot.com

Kolej Paling 'Bangang' & Jahanam Di Malaysia

Salam semua... Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.


Kolej Paling 'Bangang' & Jahanam Di Malaysia, info, terkini, berita, sensasi,

Lokasi Kolej

Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul2 tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).

Masalah

Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah.  Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.

Memanglah tak semua perangai mcm tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Anda secara automatis dan terjelopok sb seminggu sahaja saya berada disana saya dapat lihat perangai sekor2. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sape2 yang tak paham, maksudnye, kalau course tu tak dapat akreditasi, student yang dah habis belajar tak boleh graduate lah senang cerita.

Saya skipkan dulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.

Masalah HR

HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia je tuka SOP. Kalau anda nak tahu, SOP akan berubah IKUT KEJADAH mak bapak die. tapi ini semua hasil ehsan DATIN PALING BANGANG seantero dunia. Kalau dalam kepala otak die, die nak tuka cuti... secara automatik, semua akan dpt emel perubahan sop. Sebab masa mula2 saya masuk, sy under kontrak, kalau kami nak berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu mcm tu, dtg orang HR suruh sign je surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru die kasi salinan.. bile bace balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation dah berubah... 'under contract, nk berhenti kena kasi 2 bulan notis'....

Saya dah rasa pelik dah tapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.

Bebanan Kerja

Setahu saya, semua lecturer tak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 4 subject. Ini pun saya baru tau (sebab saya tak pernah masuk education line). Waktu saya dekat kolej tu. Saya mengajar 8 subject. Best tak. Dengan masa nak makan nya, dengan nk solatnye. Memang terkejar2. Management tutup mate je sebb pada die, semua orang banyak keje.. Eh mampos la kau orang management. Bukan setakat itu je, kami lecturer kne cari sndiri material nak mengajar/ kena potostet yang jauhnya mcm hanjing/ kena mengadap student yang rata-rata dari kalangan pendidikan yang rendah.

Pelajar

Rata-rata pelajar merupakan pelajar dikalangan India yang saya lihat dari segi akademik..... minta maaf tapi ini kebenarannya HARAAAAAAAAAAAAMMMM!!!!!... sumpah jenis yang tak mahu belajar. Bukan takde yang bagus.. tapi setakat yg saya mengajar ade lah 2 orang dari 190 student yang saya mengajar. yang lain hanyalah... yang mahu datang kolej, lepak, nak bersosial.

Pelajar cina pula, ada tapi dari Sabah n Sarawak which, penggunaan bahasa inggeris yang sangat lah terhad. Saya kena guna full bahasa melayu sebab mereka ini lemah sangat bahasa inggeris.. Menangis lahhhhhh~~~~ ammaaa appaaa....

Pelajar Melayu - rata-rata ynag datang dari Felda, dari pantai timur yang semuanya bukan bagus dari segi akademik. Mereka dilihat tidak agresif dalam menuntut ilmu, kerana mereka sedar mereka lemah dan terus mengalah. Puas saya suruh mereka ni betul2 belajar.. majukan bangsa..

DIBERHENTIKAN KERJA

Part ni paling sedihhhh........tragikkk....paling rase nk bakar kolej bodoh tu. Saya diberhentikan ngam-ngam lepas MQA. Gila!!!!! Sangat GILA TAK ADIL!!!TAK MASUK AKAL!!!! Kalau siapa nk tau.. persediaan mqa ni memang teruk. Dari dokumen sampai lah hari pembentangan tu. Bayangkan saya masuk2 je dokumen terdahulu takde. Memang mangkok ayun betul,. Jadi Saya dengan lagi 2 lecturer kne siapkan file untuk 40 subject. Renyahnya kena bukak balik kotak2 di stor, cari balik assignment student, exam paper, segala bentuk dokumen lah.. Dah la style lecturer dulu lain. Meninggaaalll sangat rase time tu.

Kami bertiga ni la berhempas pulas. Bila dah lepas MQA tu, kami diburuk2kan oleh Dean KIMAK, mintak maaf saya tak boleh tolerate disini. Kenapa saya kata begitu?? Sebab dia memang perempuan tua yang tak kawin yang duduk oversie 30 tahun tapi balik mengkimakkan orang lain. Dia yang mencanagkan dekat semua orang yang kami ni tak buat kerja. Yang kami ni serba serbi buruk la. Padahal semua lecturer di situ dah tau dah perangainya memang kimak. semua buat pekak telinga. Saya terus terang cakap, saya memang tak layan pun perempuan tu. Sebab perangai PHD tinggi sangat.


Ada hati suh orang panggil die dengan panggilan Dr. kateeeenyeee... orang patut panggil die Prof. Tapi bile tanye ape journal yang di publish?? die boleh jawab tak tau?? bahkan nak buat table dlm microsoft word pun xtau.... Saya memang dah lame syak, something wrong perempuan tua ni. Mungkin dia beli je qualification die.

Culture dekat situ, semua kne kipas Datin, mcm kami ni yang marhain ni, memang tidak la nk kipas2. saya pun pk cukup hanya saya buat kerja saya. Bukannye saya gila kuasa pun. Dan itu lah yang terjadi, Dean Kimak tu tadi setiap hari canang cerita buruk dekat Datin. So Datin ni kan IQ die tinggi, tanpa usul periksa ni.. Dia terus berhentikan saya tanpa notis. The best part is................ KAWAN SAYA LAGI 2 ORANG PUN SEKALI KNE BERHENTI.

GIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIILLLLLLLLLLLLLLLLLLLAAAA BABI punye datin (fyi: dapat title datin pun sb di ngorat laki die, die ni bini ke 2)

Kami pun terpinga2... malas nk argue.. angkat kaki.

Pengajaran

Pengajaran buat saya, orang MELAYU sendiri yang MAKAN Melayu. Saya sendiri rasa betapa peritnye kena. Seolah-olah kami ni cuci taik orang. Yang saya dapat tahu, lepas kami berhenti, ade 3 orang masuk menggantikan tempat kami yang merupakan anak buah kepada dean KIMAK itu tadi. Saya cakap terus terang, apa yang diorang buat langsung tak boleh diterima akal. dan saya tak boleh maaffkan sampai mati. Kawan saya tu dah ade keluarga kne tanggung. Hangus begitu je periuk nasi. Mungkin datin tu kaya, pakai aston martin, tapi kekayaan tak mencerminkan kebodohan seseorang tu. terpancar jelas kebodohan dan kebangangan.

Satu sudut saya bersyukur, Allah tutup reseki saya dekat situ supaya saya boleh tengok ade jugak orang islam yang gila mengejar harta, dunia, pangkat. Dulu dengar ingat cerita lawak je. Now kene sendiri... memang baru percaya. Memang slot akasia sangat.

Untuk Ibu Bapa/Yang ingin Sambung Belajar

Sila Jauhi KOLEEEEJ ini. Saya cakap bukan atas dasar saya benci dan dah kena macam2 dekat kolej ini. Tapi kerana kolej ini mengamalkan sistem 'jual sijil' je. Sedih bila orang melayu sendiri yang makan masa depan anak-anak melayu. Jangan lah kasi sapa-sapa masuk sini sebb akademik teruk. Student saya, saya tak pernah jumpa dlm kelas, mid term xdatang, bila meeting saya failkan budak ni (SELAYAKNYAALAH), oh management marah saya, sebab katenye STUDENT NI PTPTN, WALAU MCM MANA PUN KENA LULUSKAN SEBAB INI SUMBER DUIT KOLEJ saya rasa mcm nk hantuk kepala dekat dinding. Padan la student anggap kita lecturer mcm sampah je. Kalau mcm ni, dorang ni hisap duit student je.. So lagi 20 tahun, student baru akan menyesal pk ape yang die dapat masa belajar dulu. Nothing!!.. Dapat hutang ade. Kalau nk masuk kolej private, lebih baik masuk yang ternama skit dan ade student cina. Sya bukan racist, tapi kite bole compare student ni, cara mereka belajar.

p/s: Saya dapat tahu ade lagi ramai lecturer kene berhenti, cuma lain school dari saya... harap lingkup lah suatu masa nanti.

Yang benar,
Belajar dari Pengalaman

Sumber : mymediahubonline.blogspot.com

Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?

Peribahasa ada menyatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, akhirnya mengaku bersalah mencuri wang berjumlah  RM80,850 dari sebuah mesin ATM.


Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?, info, terkini, berita, sensasi, jenayah, ATM Maybank

Tertuduh, Hamdan Abu Hussin, 27, dijatuhkan hukuman didenda sebanyak  RM20,000 dan dipenjarakan seminggu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Keputusan perbicaraan tersebut dibacakan oleh Hakim Nor Sharidah Awang, hari ini.

Menurut Nor Shahridah, keputusan mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.

Bagaimanapun, tertuduh boleh dihukum penjara selama enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.

Hamdan dikatakan melakukan kesalahan tersebut pukul 3.20 petang di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada  7 Mac lalu.

Bercerita lanjut mengenai kes kecurian ini, pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank berkenaan pada 9 Mac lalu.



Sumber : mynewshub.cc

Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah

Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.

Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.

Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.

Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi

3 Terbunuh Dalam Insiden Tebusan Kafe Sydney

Dua orang mangsa tebusan sebuah kafe di tengah-tengah bandar ini yang terbunuh dalam insiden yang mengemparkan Australia dan dunia pada Isnin telah dikenalpasti sebagai pengurus kafe berkenaan, Tori Johnson dan Katrina Dawson, seorang pekerja di blok berhampiran dengan tempat kejadian.

Portal berita Britain, Mail Online dalam laporan mereka menyatakan yang Johnson,34, terbunuh ketika dia cuba menyelamatkan mangsa-mangsa tebusan dengan merampas senjata daripada lelaki yang menahan mereka di dalam Lindt cafe di kawasan perniagaan popular, Martin Place itu.


Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

The Mail melaporkan yang pergelutan antara mangsa dengan penculik mereka itu berlaku sejurus selepas jam 2 pagi, Selasa.

Dawson pula yang berusia 38 tahun adalah seorang ibu kepada tiga orang anak dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan kecemasan selepas dia juga terkena tembakan.


Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Kesemua mereka adalah mangsa tahanan selama lebih 16 jam selepas seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pelarian Iran bertindak memasuki kafe berkenaan dan menahan para pelanggan dan kesemua pekerja yang berada di dalamnya.

Mangsa cuba untuk berlawan dengan lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Man Haron Monis selepas mendapati dia tertidur selepas 16 jam menahan mangsa-mangsanya yang berjumlah 17 orang kesemuanya.

Lelaki bersenjata yang berusia 50 tahun itu bagaimanapun tersedar dan melepaskan tembakan ke arah Johnson.

Ketika itulah pihak polis mengambil kesempatan dan menyerbu masuk ke dalam kafe itu lalu menamatkan drama tebusan yang disiarkan ke seluruh dunia oleh pelbagai agensi berita antarabangsa yang berkampung di sini sejak ia berlaku ada awal pagi Isnin.

Man Haron Monis dilaporkan turut terkorban dalam insiden itu.Dia dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan akibat luka tembakan ketika serbuan dilakukan.


Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan, info, terkini, sensasi, berita, kes tebusan di sydney

Sumber : mstar.com.my