Video Ibu Lahirkan Bayi Semasa Banjir Di Kelantan


Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Rakaman video ini adalah antara situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir pada ketika ini iaitu melahirkan anak di rumah.


Video Ibu Lahirkan Bayi Semasa Banjir Di Kelantan, info, terkini, berita mangsa banjir, mangsa banjir lahirkan anak

Pada hemat kami, mungkin si ibu tidak dapat dibawa ke hospital kerana jalan sudah ditenggelami air. Namun, mujurlah ada jururawat yang membantu proses kelahiran itu.

Pada masa yang sama, kedengaran juga bunyi hujan atau arus air yang deras dalam rakaman itu. Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan melahirkan bayi dalam keadaan yang cukup menakutkan itu.

Apapun, diharapkan agar si ibu dan bayinya berada dalam keadaan yang selamat pada saat ini



Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: