Chelsea Jual Kembali Filipe Luis Kepada Atletico Madrid

Dalam satu tindakan yang agak mengejutkan, Chelsea telah membuat keputusan untuk menjual pemain pertahanan mereka, Filipe Luis kepada Atletico Madrid semula - genap setahun selepas dia dibeli dari kelab Sepanyol itu.


Chelsea Jual Kembali Filipe Luis Kepada Atletico Madrid

Pemain antarabangsa Brazil berusia 29 tahun itu hanya sempat bermain sebanyak 26 kali mewakili Chelsea tetapi berjaya merangkul Liga Perdana Inggeris dan Piala Carling. Dia juga telah bermain 18 kali mewakili skuad kebangsaan Brazil termasuk di Temasya Piala Dunia tahun lalu.

Bagaimanapun dia kini menandantangani kontrak empat tahun untuk kembali bersama kelab lamanya semula. Jumlah yuran perpindahannya tidak diumumkan oleh kedua-dua buah kelab.

Chelsea membayar Atletico £15.8 juta untuk mendapatkan pemain itu musim lalu.

Pengarah Bolasepak Atletico, Jose Luis Perez Caminero ketika membuat pengumuman mengenai pembelian semula Luis berkata, semua peminat kelab itu mengetahui yang Filipe Luis adalah merupakan pemain pertahanan terbaik dunia.

"Pasukan kita akan diperkukuhkan dengan kehadirannya semula pada musim baru nanti. Dia sudah sedia maklum mengenai gaya permainan kita dan akan menyesuaikan diri semula dengan pantas," ujarnya lagi.-mstar

Jurulatih Bola Sepak Mexico Dipecat Selepas Tumbuk Wartawan

Jurulatih bola sepak kebangsaan Mexico, Miguel Herrera dipecat, sehari selepas menumbuk seorang wartawan di lapangan terbang Philadelphia.


Jurulatih Bola Sepak Mexico Dipecat Selepas Tumbuk Wartawan

Pemecatan Herrera itu diumumkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Mexico, Decio de Maria.

Wartawan sukan dari stesen televisyen Azteca, Christian Martinoli, itu berkata Herrera cuba mengugut serta menumbuk di lehernya ketika di lapangan terbang berkenaan.

Semasa kejadian, pasukan bola sepak Mexico sedang dalam perjalanan pulang sehari selepas memenangi Piala Emas CONCACAF.-mstar

Van Persie Buat Penampilan Sulung Bersama Fenerbahce

Robin van Persie melakukan penampilan pertama bersama Fenerbahce tetapi gagal membantu pasukan itu mencipta sebarang keajaiban apabila terikat seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk pada aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.


Van Persie Buat Penampilan Sulung Bersama Fenerbahce

Penyerang kebangsaan Belanda yang meninggalkan Manchester United pada musim panas ini diturunkan pada minit ke-68 tetapi masih belum menemui sentuhan berbisanya.

Van Persie menggantikan Moussa Sow.

Bekas rakan pasukan Van Persie di United, Nani turut beraksi pada perlawanan tersebut tetapi masih gagal membantu Fenerbahce untuk bangkit melakar kemenangan.

Nani bermula dengan bergaya apabila memaksa penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov melakukan penyelamatan menerusi rembatan bola rendahnya pada minit keenam.

Shakhtar mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi Alex Teixeira dan Taison pada babak pertama, tetapi percubaan tersebut tersasar.

Fenerbahce terus memberi tekanan kepada Shakhtar yang nyaris menerjah gawang menerusi percubaan Taison tetapi berjaya diselamatkan.

Dalam perlawanan berasingan, Monaco menewaskan Young Boys 3-1 di Switzerland.

Panathinaikos pula bangkit dengan kemenangan 2-1 selepas ketinggalan di belakang Club Brugge menerusi jaringan Marcus Berg dan Nikos Karelis.

Sementara itu, CSKA Moscow terikat 2-2 dengan Sparta Prague di gelanggang sendiri manakala Apoel menang 2-1 ke atas Midtjylland.-mstar

Nubhan Nikah Doktor Gigi 29 Ogos Depan

Penyanyi Nubhan mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Ogos depan bersama bakal doktor gigi, Afifah Hidayah Taufek, 26, dalam satu majlis di kediaman wanita itu di Seremban.


Nubhan Nikah Doktor Gigi 29 Ogos Depan

Nubhan, 29, berkata, majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat, rakan-rakan termasuk pihak media.

Majlis akad nikah akan diadakan selepas Zuhur, manakala majlis resepsi pihak perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Ogos dan pihak lelaki pada 31 Ogos di sebuah dewan di Kuala Pilah.

"Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban.

"Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.

Nubhan berkata, persiapan perkahwinannya sudah 80 peratus siap dan dilakukannya secara sendiri tanpa menggunakan khidmat perunding perkahwinan.

Dia juga menerima beberapa penaja yang mahu menaja perkahwinannya secara ikhlas dan mudah untuk berurusan.

"Saya dan keluarga buat sendiri perkahwinan ini, memang pada asalnya kami ambil perunding perkahwinan tetapi banyak sangat hal, jadi saya buat sendiri sahaja.

"Penaja pun banyak yang saya terpaksa tolak kerana susah nak berurusan, saya tidak kisah sangat siapa yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi biarlah orang itu ikhlas dan tidak banyak masalah.

"Saya akui ada penaja yang nama-nama besar dalam industri ingin taja tetapi susah betul untuk berurusan dengan mereka, jadi saya batalkan dan bagi sahaja pada orang yang tidak ada nama," ujarnya.

Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia akan memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pihak perempuan, dengan lima dulang hantaran.

Nubhan mengikat tali pertunangan dengan Afifah Hidayah dalam satu majlis di kediaman wanita itu pada 7 Oktober 2014.-mstar

Edry Bakal Buat Perubahan Dalam AF 2015

Pengetua baharu program Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Edry Abdul Halim akan membuat beberapa perubahan dalam pertandingan tersebut agar ia dilihat masih relevan dengan perkembangan semasa.


Edry Bakal Buat Perubahan Dalam AF 2015

Edry berkata, dia enggan mengikut konsep lama di mana tenaga pengajar akan membuat keputusan untuk setiap tugasan pelajar-pelajar sebaliknya mahu mereka mengeluarkan idea dan berkarya dalam setiap persembahan yang dibuat.

"Kali ini saya mahu pelajar-pelajar AF 2015 berkarya sendiri daripada segi pemilihan lagu sehinggalah kePADA persembahan.

"Mereka diberi kebebasan, tetapi dengan bantuan tenaga pengajar yang disediakan.

"Saya mahu mengangkat tema 'berkarya' mengikut imej masing-masing. Bagi saya, cara ini kita akan melihat kelainan dalam AF 2015," katanya kepada mStarOnline.

Edry memberi pandangan tersebut selepas diumumkan sebagai pengetua AF 2015 di First Avenue, di Bandar Utama di sini pada petang Selasa.

Masih mengekalkan format asal, AF 2015 bakal menyaksikan gabungan semula barisan tenaga pengajar sebekum ini iaitu Acis sebagai pengarah muzik konsert, Shahrol (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (guru motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (guru tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (guru seni persembahan) manakala Que Haidar sebagai guru pementasan.

Selain itu, seramai 16 orang pelajar AF 2015 turut diperkenalkan secara rasmi yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki dan lapan perempuan.


Edry Bakal Buat Perubahan Dalam AF 2015

Pelajar lelaki ialah Sharul [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan], Iqwan [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak] dan Syamel [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur].

Turut terpilih  Openg [Anthonasius Jadil, 23, Sabah] dan Faroq [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], Sufi [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], Syahid [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan Wili [Suili George, 28, Sabah].

Manakala lapan orang pelajar perempuan pula ialah Bila [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], Ziqa [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], Arisa [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor] dan Aziah [Aziah Awang, 21, Sabah].

Pelajar lain ialah Ifa [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], Lisa [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan Dalila [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].

Sementara itu, Edry yang sebelum ini kurang bersetuju dengan konsep undian masuk pelajar tekeluar iaitu AF Masuk bagaimanapun terpaksa akur bahawa ia sangat diperlukan dalam sesebuah program realiti.

"Saya ada bertanya kepada pihak produksi apakah relevannya AF Masuk dan mereka ada jawapannya yang tersendiri.

"Dan saya terima konsep ini perlu ada pendekatan itu. Mungkin ia boleh diaplikasikan dengan cara yang berbeza.

"Sebagai contoh, ia akan dipilih sendiri oleh pihak juri. Saya tidak mahu jika ada peserta yang bagus, tetapi tersingkir tidak diberi peluang kedua," tegasnya.

AF2015 akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Program pengenalan Tirai AF 2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 hingga 2 Ogos depan pukul 9 malam.

Selain itu, rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi juga dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF 2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 3 Ogos depan.

Manakala konsert mingguan AF 2015 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 9 Ogos depan.

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF 2015 bakal membuat kejutan sewaktu konsert penentuan di minggu pertama kelak.

Seratus peratus keputusan dan kuasa penghakiman adalah berdasarkan pemilihan oleh pengetua dan barisan tenaga pengajar AF 2015.

Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF 2015 hanya akan terjawab pada malam konsert penentuan itu nanti.

Selain itu, AF 2015 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak dan Faizal Ismail untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mingguan.-mstar

Pengawal Keselamatan Dakwa Berjaya Rakam UFO di Kedah

Seorang pengawal keselamatan mendakwa berjaya merakamkan satu objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum objek terbabit hilang.


Pengawal Keselamatan Dakwa Berjaya Rakam UFO di Kedah

Pengawal keselamatan tersebut, Mahmood Hamid, 65, berkata dia ternampak pemandangan matahari terbenam luar biasa ketika melalui jambatan yang menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dan Pulau Pinang kira-kira jam 7 malam kelmarin.

"Cahaya itu nampak cantik, jadi saya rakamkan gambarnya. Lepas itu, bila dongak semula, saya nampak ada objek macam piring terbang di lokasi sama," katanya memetik laporan Sinar Harian.


Pengawal Keselamatan Dakwa Berjaya Rakam UFO di Kedah

Tambahnya lagi, kerana tidak bersedia menerima kejutan itu, dia hanya dapat mengambil gambar bahagian sisi objek itu.

"Objek ini sangat besar, menutupi jambatan dan sungai. Seakan tak percaya dengan apa yang saya nampak.

"Saya pernah dengar cerita mengenai UFO dan sangka ia sekadar dongeng atau rekaan fiksyen. Tapi, bila lihat dua gambar yang saya ambil, objek itu memang wujud," katanya.

Memperincikan apa yang dilihatnya, dia menyatakan objek itu mempunyai dua corong udara.

"Satu daripada corong itu hasilkan kabus warna ungu yang sangat cantik," katanya.

Seorang lagi lelaki, Arifin Azin, 53, turut mendakwa dia pernah melihat objek yang sama ketika dia berusia lima tahun di Kampung Pengkalan Semeling.

"Objek setinggi 0.5 meter itu datang dekat hingga saya cuba untuk tangkap. Tapi tak berjaya dan ia hilang di kawasan hutan," katanya.

Pengawal Keselamatan Dakwa Berjaya Rakam UFO di Kedah

Ingin mencari kesahihan apa yang dilihat, rakan mereka, Md Shah Ismail, 59 cuba melihat beberapa contoh rujukan maklumat seperti UFO yang dipaparkan.

“Berdasarkan bahan bacaan yang ditemui, lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun sekitar 1981 hingga 2008.

"Tanjung Sepat dan Sungai Petani antara lokasi paling kerap ia muncul,” katanya - Siakapkeli

"Insiden Maki Wanita Kerana Maruah" - Zul (2 By 2)

Penyanyi dan komposer Zul (2 By 2) menjelaskan tindakan memarahi seorang wanita di sebuah restoran pada bulan Ramadan lalu disebabkan perkara tertentu yang melibatkan maruah keluarganya.


"Insiden Maki Wanita Kerana Maruah" - Zul (2 By 2)

Bagaimanapun, Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 42, berkata, kejadian tersebut berlaku tidak seperti yang digambarkan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

"Apa yang berlaku ketika itu ialah saya dan isteri, Isma bercakap tegas meminta penjelasan kepada mereka yang terlibat menabur fitnah kepada kami, kami dianiaya dan mereka menuduh kami tanpa bukti sehingga menjejaskan maruah kami.

"Saya malas nak besarkan lagi perkara itu, tetapi kejadian itu tidaklah sampai mengamuk seperti yang ditulis dalam akhbar tersebut. Kami masih sedar itu tempat awam dan kami juga masih lagi waras," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Ahad.

Zul berkata demikian ketika diminta mengulas laporan di ruangan pojok akhbar mingguan tentang tindakan dia dan isterinya penyanyi Ismaliza Ismail memaki hamun seorang wanita di sebuah restoran pada Ramadan lalu.

Tambah Zul, dia dan isterinya enggan mengulas kejadian yang berlaku antara dia dengan wanita tersebut dan menganggap ia sudah pun diselesaikan secara baik.

"Saya malas nak ungkit dan besarkan fitnah yang dibuat terhadap kami walaupun ramai yang menyuruh kami saman malu terhadapnya.

"Saya dan isteri sudah buat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan, cukuplah mereka mengaku kesilapan dan meminta maaf," ujarnya. -mstar

Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini

Sebagai negara yang mengamalkan adat timur, isu melibatkan selebriti wanita berpakaian seksi dan berbikini sememangnya cukup sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi tertentu.


Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini

Namun, dalam banyak-banyak selebriti tempatan, tidak sangka pula kami pelakon cilik Puteri Balqis turut terpalit sama.

Hanya gara-gara berkongsi gambar berbikini ketika bermandi di laut, Puteri Balqis dikritik dan dikecam teruk kerana ada yang menganggap ianya terlampau seksi.


Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini

Malah, ada yang menyifatkan gambar tersebut boleh mengundang kegiatan pedofilia yang pernah berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal sebelum ini.

Berikutan, ramai peminat berbalah dan memohon agar Puteri Balqis memadam gambarnya yang memakai bikini.


Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini

Namun, tidak kurang yang berpendapat tidak salah jika Puteri Balqis berpakaian sebegitu kerana usianya yang masih muda.

Apa-apa pun, bagi kami Islam tidak mengajar untuk bergaduh sesama sendiri apatah lagi menghina seseorang. Peminat sepatutnya memberi nasihat dengan cara betul dan lebih berhikmah kerana manusia sememangnya tidak lari daripada melakukan kesalahan.-mynewshub

Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah… Tolonglah”

Apabila melihat peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai bedarah-darah, memang kesian tapi itulah hakikatnya sekiranya profesyen anda adalah seorang peragut.


Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah… Tolonglah”

Sebagai contoh, peragut di Kelantan ini dibelasah tanpa belas kasihan oleh penduduk akibat cuba mencuri rantai emas daripada seorang warga emas di Kubur Maras Langgar, kelmarin.

Sebelum meragut, dikatakan suspek telah menyamar sebagai seorang pembeli serunding di kedai mangsa dalam kejadian kira-kira pada 2.30 petang itu.

Dia cuba bertanyakan harga serunding pada mulanya dan kemudian secara tiba-tiba cuba merentap rantai dari leher mangsa.


Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah… Tolonglah”

Namun cubaannya gagal lantas membuatkan mangsa menjerit yang kemudiannya telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kedai tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Setapa Yusoff, mangsa telah cuba merentap rantai penjual berusia 68 tahun itu.

“Mangsa menjerit minta tolong sebelum cucunya yang berusia 11 tahun tampil membantu.

“Suspek yang cuba melarikan diri dikejar penduduk sebelum dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya yang dipetik akhbar Harian Metro.



Dia cuba bertanyakan harga serunding pada mulanya dan kemudian secara tiba-tiba cuba merentap rantai dari leher mangsa.

Namun cubaannya gagal lantas membuatkan mangsa menjerit yang kemudiannya telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kedai tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Setapa Yusoff, mangsa telah cuba merentap rantai penjual berusia 68 tahun itu.

“Mangsa menjerit minta tolong sebelum cucunya yang berusia 11 tahun tampil membantu.

“Suspek yang cuba melarikan diri dikejar penduduk sebelum dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya yang dipetik akhbar Harian Metro.-mynewshub

Zahida Rafik Dan Rakan Dikecam, Berpakaian ‘Terlampau’

Boleh gugur jantung melihat gambar terbaharu dimuat naik bekas pelakon, Zahida Rafik yang tampil cukup seksi pada satu majlis yang diadakan malam semalam.


Zahida Rafik Dan Rakan Dikecam, Berpakaian ‘Terlampau’

Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Zahida menyarungkan persalinan gaun yang menampilkan belahan di paras atas peha hingga ke bawah.

Bertambah haru, bila seorang individu yang dikatakan isteri kepada seorang kerabat diraja memakai pakaian yang lebih provokatif dengan menonjolkan hampir keseluruhan payu daranya. Naik terbeliak biji mata tengok foto itu!

Macam sengaja mencurah minyak ke api, gambar tersebut terus menerima kecaman rata-rata pengguna laman Instagram. Ramai mengkritik ‘kebijaksanaan’ Zahida mengenakan pakaian tersebut ketika Ramadan baru berlalu dan Syawal menjelma.


Zahida Rafik Dan Rakan Dikecam, Berpakaian ‘Terlampau’

Turut terkena tempias adalah individu yang menampakkan susuk asetnya dengan jelas apabila beliau turut ditarbiah netizen.

Yang kelakar, dalam pada keghairahan ramai pihak mengutuk pakaian kedua-dua mereka, ada juga yang perasan sesuatu yang pelik pada pinggang Zahida.

Jika diteliti, imej pada pinggang ramping Zahida seolah-olah telah disunting secara ‘belasah asalkan jadi’ sehingga ramai menyifatkan ia nampak pelik dan tak kena.

Justeru ada yang beri komen, kalau Zahida pakai pakaian longgar dan lebih menutup aurat, rasanya tak payah nak edit untuk nampak lebih kurus bukan? -mynewshub