Memaparkan catatan dengan label nahas pesawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nahas pesawat. Papar semua catatan

Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings

Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.


Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.-mstar

Krew Germanwings Enggan Terbang

Kesemua 150 penumpang dan anak kapal mati apabila pesawat Germanwings itu terhempas di kawasan pedalaman.


Krew Germanwings Enggan Terbang, info, terkini, berita, nahas pesawat, nahas penerbangan 4U 9525,

Mangsa termasuklah 16 remaja Jerman yang menyertai rombongan sekolah.

"Ia amat menyedihkan kerana nahas ini turut melibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak, sesetengah daripada mereka adalah bayi," kata Obama, sambil menambah beliau telah menghubungi Canselor Jerman Angela Merkel.

"Pasukan kami berhubung rapat, dan kami sedang berusaha untuk mengesahkan berapa ramai rakyat Amerika yang mungkin berada di dalam pesawat. Jerman dan Sepanyol adalah antara sekutu kuat kami di dunia."

Krew Germanwings Enggan Terbang, info, terkini, berita, nahas pesawat, nahas penerbangan 4U 9525,

Obama juga menghubungi Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy bagi menawarkan bantuan AS.

"Presiden menyampaikan ucapan takziah beliau dan kepada rakyat Amerika, Sepanyol dan kepada keluarga mangsa nahas penerbangan itu," kata satu kenyataan White House.

Sementara itu dailymail.co.uk melaporkan bahawa beberapa rakyat Britain mungkin menjadi mangsa nahas penerbangan 4U 9525 itu, memetik Setiausaha Luar Pjilip Hammond sebagai berkata.

Krew Germanwings Enggan Terbang, info, terkini, berita, nahas pesawat, nahas penerbangan 4U 9525,


Selain 16 pelajar Jerman dan dua guru, dua warga Australia, enam anak kapal dan seorang penyanyi opera Maria Radner bersama seorang bayinya turut berada di atas pesawat.

Turut terkorban adalah seorang wanita Sepanyol berusia 37 tahun, Marina Bandres Lopez-Belio yang tinggal di Manchester, dan anaknya berusia tujuh bulan, Julian.

Laporan Jerman mencadangkan pesawat tidak dibenarkan membuat penerbangan 24 jam sebelum berlepas dari Barcelona ke Dusseldorf. Pesawat itu telah mengalami isu-isu teknikal, termasuk masalah gear pendaratan.
Krew Germanwings Enggan Terbang, info, terkini, berita, nahas pesawat, nahas penerbangan 4U 9525,

Pendedahan itu akan memberikan tekanan kepada Germanwings untuk menjelaskan mengapa pesawat itu dibenarkan untuk terbang.

Pemeriksaan keselamatan segera kini sedang dijalankan ke atas pesawat A320 yang lain, yang popular dengan syarikat penerbangan bajet.

Sementara itu, penumpang masih terkandas di lapangan terbang Heathrow, Stansted dan Manchester selepas beberapa krew Germanwings, termasuk juruterbang enggan bekerja berikutan kemalangan itu atas kebimbangan keselamatan.

Malam tadi, salah satu kotak hitam perakam penerbangan yang mungkin boleh menjawab punca nahas telah ditemui selepas 500 anggota pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi nahas di perkampungan terpencil.

Krew Germanwings Enggan Terbang, info, terkini, berita, nahas pesawat, nahas penerbangan 4U 9525,

Gambar di lokasi kemalangan menunjukkan serpihan, tanpa ada satu pun kepingan bersaiz lebih besar daripada sebuah kereta kecil dan bangkai bertaburan di atas kawasan pergunungan suram di kawasan yang dikatakan berukuran lebih dari satu batu persegi.


Sumber : mstar online

Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15

Sebelum ini, Mynewshub telah melaporkan berita tentang dua pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika sedang melakukan latihan aerobatik sempena LIMA’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi.


Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15, info, terkini, sensasi, berita, nahas pesawat


Nahas berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi.

Detik cemas sebelum pesawat sebelum terhempas, telah berjaya dirakamkan saksi di tempat kejadian yang kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut di laman sosial.

Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15, info, terkini, sensasi, berita, nahas pesawat

Dapat dilihat, kedua-dua pesawat menjunam disusuli dengan api dan kepulan asap tebal sebelum terhempas.

Bagaimanapun, beberapa saksi di tempat kejadian dikatakan melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun.

Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15, info, terkini, sensasi, berita, nahas pesawat


Menerusi gambar yang dikongsikan, kedua-dua juruterbang dilihat selamat namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka mendapat lain-lain kecederaan yang hanya dapat dipastikan selepas diperiksa doktor.


Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15, info, terkini, sensasi, berita, nahas pesawat

Insiden ini turut mengakibatkan sebuah rumah terbakar di Kampung Kedawang, Langkawi.


Sumber : mynewshub