Memaparkan catatan dengan label filem hollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem hollywood. Papar semua catatan

Fast & Furious 8 Bakal Ke Pawagam Seluruh Dunia April 2017

Bercakap kepada lebih 4,000 pemilik panggung wayang di Amerika Syarikat pada acara tahunan CinemaCon, Vin Diesel mengumumkan yang filem seterusnya dalam siri Fast & Furious akan menerjah pagawam seluruh dunia pada tahun 2017.

Fast & Furious 8 Bakal Ke Pawagam Seluruh Dunia April 2017, info, terkini, hiburan, sensasi, filem hollywood, FAst & Furious 8, Vin Diesel

Lebih tepat, Fast & Furious 8 akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat (dan harapnya serentak ke seluruh dunia) pada 14 April 2017 nanti — namun tajuk masih belum diputuskan.

Sebelum ini Vin Diesel turut memberikan bayangan yang filem seterusnya untuk Fast & Furious akan menjalani penggambaran penuh di kota New York selain pengenalan Kurt Russell dalam filem ketujuh baru baru ini merupakan permulaan untuk kesinambungan lebih hebat.

Jadi anda ada masa kurang lebih dua tahun untuk menunggu filem kelapan Fast & Furious, agak lama tetapi harapnya berbaloi buat peminat tegar siri filem ini.

Sumber : rotikaya

230 Kereta Musnah Untuk Jayakan Furious 7

Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.

230 Kereta Musnah Untuk Jayakan Furious 7, info, terkini, hiburan, sensasi, filem hollywood, Fast & Furious 7

Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.

Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.

Tidak cukup dengan itu, terdapat dua lagi orang yang diminta untuk menjadikan Brian O’Connor masih lagi ada dan tidak meninggalkan kumpulan yang menggilakan dunia automobil dan permotoran itu. Teknik CGI turut membantu merealisasikan Fast Furious 7 dengan kehadiran Brian O'Connor.

230 Kereta Musnah Untuk Jayakan Furious 7, info, terkini, hiburan, sensasi, filem hollywood, Fast & Furious 7

Dalam pada itu, filem berkisarkan dunia automobile yang juga mengikuti trend semasa permotoran dunia ini juga menampilkan Vin Diesel yang bertindak sebagai penggerak utama kepada kumpulan ini.

Difahamkan untuk filem ketujuh ini sahaja sebanyak 230 buah kereta telah musnah atau tidak boleh diselamatkan lagi. Ia lebih banyak khabarnya daripada siri sebelumnya diaman mereka telah menghancurkan sebanyak 25 kereta setiap hari penggambaran.

Namun tidak dinyatakan pula jumlah yang terpaksa ditanggung pembikin filem ini mengenai kos mereka untuk memusnahkan sebanyak 230 buah kereta demi menjayakan filem ini.

Vin Diesel dalam sebuah temuramah berkata bahawa dia berharap filem ini akan tercalon untuk kategori Filem Terbaik atau Best Picture di Oscars akan datang. Tetapi jika ia tidak berlaku, Fast & Furious & pasti akan menjadi filem yang paling mengharukan untuk cerita bergenre aksi sebegini.

Sumber : murai

Hunny Madu Kongsi Gambarnya Bersama Bintang Furious 7 Di LA

Seronok dan cemburu tengok salah seorang pengacara tempatan kita, Hunny Madu yang berpeluang ke Los Angeles dan dapat menemubual barisan pelakon utama filem hebat, Furious 7.

Hunny Madu Kongsi Gambarnya Bersama Bintang Furious 7 Di LA, info, terkini, hiburan, sensasi, Hunny Madu, Fast adn farious 7, filem hollywood

Menerusi foto-foto yang dimuatnaik menerusi Facebook dan Instagram milik pengacara `Nasi Lemak Kopi O` ini, Hunny Madu dilihat berpeluang bersemuka dengan nama-nama besar Hollywood seperti Vin Diesel, Jason Statham, Ludacris, Tyrese Gibson dan ramai lagi.

Jelas keterujaan kelihatan di wajah Hunny Madu yang turut berkongsi pelbagai lagi foto menarik sepanjang dia berada di Los Angeles

Filem Furious 7 akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 2 April ini.

Filem tersebut sepatutnya ditayangkan tahun lalu, namun kematian mengejut salah satu pelakon utamanya iaitu Paul Walker pada penghujung 2013 telah menyebabkan penggambaan filem ini ditangguhkan.

Jom kita tengok foto-foto Hunny Madu sepanjang berada di sana.