Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly


Chelsea telah membuat tawaran bernilai €45 juta bagi mendapatkan khidmat pemain Napoli, Kalidou Koulibaly, menurut laporan.

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Pemain pertahanan itu adalah salah seorang daripada tulang belakang kelab dengan gelaran Partenopei yang menduduki tempat kedua saingan Serie A musim lalu tetapi mahu meninggalkan kelabnya musim panas ini.

Kini, laman web Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Chelsea telah membuat tawaran baharu bernilai €45 juta (£37.7 juta) untuk membawa Koulibaly ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun Napoli belum memberikan sebarang tindak balas terhadap tawaran itu, di mana mereka mungkin sedang melihat beberapa alternatif lain.

Urusan perpindahan musim panas di Naples nampaknya menjadi sibuk kerana Gonzalo Higuain telah berlepas ke Juventus, manakala Arkadiusz Milik dan Corentin Tolisso sedang menghampiri perjanjian perpindahan ke San Paolo.-mstar

Filled Under: