Memaparkan catatan dengan label artis hollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis hollywood. Papar semua catatan

Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande

Penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bierber beri kejutan kepada peminat-peminat selepas dia membuat penampilan khas di konsert Honeymoon Tour Ariana Grande malam semalam.


Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande


Penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu mendendangkan tiga buah lagu bersama Ariana Grande iaitu lagu As Long As You Love Me, All That Matters dan Love Me Harder.



Dia turut mengucapkan terima kasih di laman sosial twitternya dan berharap akan dapat membuat persembahan di situ lagi.

Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande

Ariana turut tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih di laman itu kepada Justin Bieber kerana turut hadir membuat persembahan di konsertnya itu.


Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande





Sumber : mynewshub

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?

Memang sesuatu yang amat mengejutkan apabila salah seorang anggota One Direction yang popular, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu selepas lima tahun mereka bersama.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Siapa tak terkejut? Rasanya nama Zayn Malik memang dah cukup signifikan dengan kumpulan tersebut, malah kebanyakan peminat lebih mengenali Zayn berbanding ahli-ahli yang lain.

Tapi apa yang membuatkan Zayn berundur? Tak takut populariti jatuh ke?

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood


    Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini.

    Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.

    Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

    Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia.

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Menurut laporan BBC, Zayn telah meninggalkan kawan-kawannya dan tak jadi membuat persembahan pada konsert jelajah di Thailand kerana tertekan dengan masalah percintaan bersama tunangnya, Perrie Edwards.

Difahamkan, Zayn terpaksa pulang ke UK serta merta selepas dipaksa untuk memulihkan hubungannya dengan Perrie.

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Terdahulu, dua keping foto telah tersebar menunjukkan Zayn sedang berpeluk dan berpegangan tangan dengan gadis lain di Phuket, Thailand.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Menerusi laporan Hollywood Life pula, Zayn kini dikatakan mahu mempercepatkan perkahwinannya dengan Perrie untuk membuktikan komitmen dan kesetiaan terhadap tunangnya itu.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Agak-agaknya para gadis yang meminati Zayn akan bergembira atau sedih jika Zayn berkahwin dalam usia yang muda?

Zayn Punca Ramai Gadis Meraung




Selepas berita mengenai pengunduran Zayn dari One Direction tersebar, ramai gadis yang tak dapat menahan kesedihan mereka. Wow! 



Bertabahlah adik-adik. Buat peminat Zayn di Malaysia, jangan bersedih, Zain Saidin dan Anuar Zain kan masih ada. Hehe!

Sumber : ohbulan

Gaun 40 Kaki Jennifer Lopez Jadi Perhatian

Penyanyi dan juri American Idol, Jennifer Lopez tidak pernah kalah dalam mengena busana ketika membuat persembahan di atas pentas. Terbaru, penyanyi ini mengejutkan penonton rancangan realiti popular itu apabila membuat persembahan dengan mengenakan gaun sepanjang 40 kaki!

Gaun 40 Kaki Jennifer Lopez Jadi Perhatian, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Jennifer Lopes, JLo

Gaun putih yang digayakan ketika menyanyikan lagu tema filem Home, 'Feel the Light' bukanlah gaun biasa kerana ianya juga bertindak sebagai layar bagi menayangkan sedutan filem animasi itu.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana pakaian dan teknologi boleh disatukan bagi menghasilkan persembahan yang menarik sekali, jangan lepaskan peluang menonton klip video di bawah.

Tenyata JLo sentiasa berjaya membawa kelainan dalam setiap persembahannya walaupun hanya sekadar berdiri tegak di atas pentas!


Kes baling telur, Bieber disaman RM3.7 juta

Penyanyi pop, Justin Bieber yang sering mencetuskan masalah, berdepan saman sebanyak sejuta dolar (RM3.7 juta) oleh jirannya semalam, berikutan tindakannya membaling telur kepada mangsa dalam satu pergaduhan tahun lalu.


Kes baling telur, Bieber disaman RM3.7 j, justin beiber, info, hiburan, sensasi, gosip, artis hollywood

Menurut portal Mail Online, jirannya yang dikenali Jeff Schwartz mendakwa, insiden pergaduhan di kawasan perumahan mewah di Calabasas, California itu telah menjejaskan reputasinya, menyebabkan dia meminta ganti rugi.

Akibat insiden itu, Bieber, 21, sebelum ini telah membayar sebanyak AS$80,000 (RM296,800) sebagai kos ganti rugi selain terpaksa melalui tempoh pengawasan selama dua tahun.

Bagaimanapun, Schwartz masih belum berpuas hati de­ngan keputusan itu dan mengancam untuk menyaman penyanyi Kanada tersebut.

Lelaki itu mendakwa, bayaran pampasan tersebut adalah ganti rugi kepada tekanan emosi yang dialaminya selepas pergaduhan dengan Bieber itu tercetus Januari tahun lalu.

Pergaduhan itu tercetus susulan tindakan Schwartz menegur Bieber kerana berlumba di kawasan perumahan berkenaan dengan kereta Ferrarinya yang disifatkan boleh membahayakan nyawa penduduk.

Schwartz dalam pa­da itu mendakwa, dia turut diludah oleh pe­nyanyi tersebut, malah Bieber juga dilapor mengeluarkan kata-kata lucah kepada isteri dan anak pe­rempuannya.

Sumber : utusan

Zayn Malik (One Direction) Curang Di Phuket

Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik menimbulkan kemarahan peminat kerana dikatakan curang selepas tersebar gambar kemesraannya dengan seorang wanita berambut perang di Phuket, Thailand.


Zayn Malik (One Direction) Curang Di Phuket, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, artis hollywood,

Zayn Malik, 22, sudah bertunang dengan Perrie Edwards.

Menurut hollywoodLife.com, rahsia berkenaan terbongkar apabila wanita misteri yang dikenali sebagai Lauren Rich itu telah berkongsi  gambarnya bersama Zayn di Instagram ketika mereka berada dalam sebuah kelab di Phuket.

Gambar berkenaan memaparkan Zayn memegang tangan wanita itu dari belakang dalam keadaan perut terdedah.


artis hollywood, gosip, hiburan, info, sensasi, terkini, Zayn Malik (One Direction) Curang Di Phuket,

Malah Lauren turut menulis kapsyen dia bersosial dengan Zayn di Patong, sebuah pantai terkenal di pusat peranginan itu.

Dalam pada itu tersebar gosip terbaharu kononnya Zayn telah memutuskan pertunangannya dengan Perrie, 21, kira-kira dua minggu lalu apabila wanita itu dilihat tidak lagi memakai cincin berlian di jarinya.

Zayn Malik (One Direction) Curang Di Phuket, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, artis hollywood,

Bagaimanapun cincin pertunangan itu dipakai Perrie semula pada minggu lalu.

Sumber : mstar Online

Leonardo DiCaprio Ajak Kekasihnya Rihanna Main Filem Sama-Sama!

Hubungan intim di antara aktor Leonardo DiCaprio,40, dengan penyanyi Rihanna,27, bukanlah satu kejutan lagi di kalangan warga Hollywood.


Leonardo DiCaprio Ajak Kekasihnya Rihanna Main Filem Sama-Sama!, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, leonardo dicaprio, rihanna

Namun, tindakan Leonardo yang mahukan Rihanna berlakon bersama dalam filem terbaru, The Crowded Room dilihat sebagai suatu perkembangan yang lebih menarik.

Dalam filem yang berkonsep dark itu, Leonardo akan membawakan watak penyangak schizophrenic bernama Billy Milligan dan Rihanna adalah antara pilihannya untuk watak yang bakal menjadi salah seorang mangsanya dalam filem tersebut.

Sumber memberitahu, Leo benar-benar bekerja keras untuk projek ini dan dia turut menyatakan hasratnya kepada Rihanna untuk mengambil penyanyi itu berlakon.

"Kedua-dua mereka mahu menghabiskan masa bersama sebanyak mana yang boleh. Dan, menjayakan projek ini bersama-sama mampu merapatkan lagi hubungan mereka.

"Ketika ini pun, Rihanna sudah pun mula membantu Leonardo yang tengah membuat kajian tentang karektor," kata sumber itu lagi.

Leonardo DiCaprio,40, dengan penyanyi Rihanna,27, dikatakan sedang berpacaran dan mereka dilihat cukup mesra dan intim bersama sepanjang beberapa minggu.

Sumber tersebut menambah bahawa Rihanna bukan saja akan berlakon sebagai mangsa di dalam filem itu tetapi dia juga sudah bercadang unyuk menulis lagu untuk soundtrack filem.

Sumber : murai

Polis Serbu Majlis Sambutan Hari Jadi Justin Bieber

Sambutan ulang tahun kelahiran Justin Bieber kali ke-21 terganggu selepas diserbu oleh pihak polis di Hotel Miami Beach Edition di Miami.

Polis Serbu Majlis Sambutan Hari Jadi Justin Bieber, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip antarabangsa, artis hollywood

Polis dilaporkan membuat serbuan selepas menerima laporan daripada beberapa gadis yang dihalang oleh pegawal peribadi Justin untuk menyertai majlis tersebut.

Menurut laporan TMZ, kehadiran polis bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkenaan supaya tidak tercetus kontroversi kerana ia sekadar salah faham.

Selain itu, majlis tersebut merupakan sambutan hari jadi Justin yang kedua kali diadakan pada tahun ini.


Sumber : mstar

Emma Watson Tak Gentar Ancaman Gambar Bogel

Pelakon Emma Watson tidak gentar dengan ancaman penyebaran gambar-gambar bogel miliknya oleh sebuah lama web penggodam terkenal 4chan.


Emma Watson Tak Gentar Ancaman Gambar Bogel, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, antarabangsa, artis hollywood, emma watson

Emma berkata, khabar angina tentang gambar bogelnya akan disebarkan oleh web tersebut adalah tidak benar.

“Saya tidak takut tentang perkara itu kerana ianya tidak benar dan saya tahu foto itu tidak ada. Orang yang dekat dengan saya juga tahu tentang hal itu.

“Perkara ini terjadi kerana mereka tahu bahawa saya kini giat dalam menjaga hak-hak wanita dan menentang keganasan terhadap kaum wanita,” ujarnya.

Bukan sahaja tidak takut, malah Emma berkata perkara tersebut lebih memberi semangat kepadanya untuk terus membela nasib wanita.

“Ketika ini wanita mendapat ancaman berbeza-beza. Apa yang saya lalui hanyalah salah satunya. Hal ini membuatkan saya marah dan semakin bersemangat untuk memperjuangkan hak wanita,” katanya.

Sumber : mstar.com.my