Kes baling telur, Bieber disaman RM3.7 juta


Penyanyi pop, Justin Bieber yang sering mencetuskan masalah, berdepan saman sebanyak sejuta dolar (RM3.7 juta) oleh jirannya semalam, berikutan tindakannya membaling telur kepada mangsa dalam satu pergaduhan tahun lalu.


Kes baling telur, Bieber disaman RM3.7 j, justin beiber, info, hiburan, sensasi, gosip, artis hollywood

Menurut portal Mail Online, jirannya yang dikenali Jeff Schwartz mendakwa, insiden pergaduhan di kawasan perumahan mewah di Calabasas, California itu telah menjejaskan reputasinya, menyebabkan dia meminta ganti rugi.

Akibat insiden itu, Bieber, 21, sebelum ini telah membayar sebanyak AS$80,000 (RM296,800) sebagai kos ganti rugi selain terpaksa melalui tempoh pengawasan selama dua tahun.

Bagaimanapun, Schwartz masih belum berpuas hati de­ngan keputusan itu dan mengancam untuk menyaman penyanyi Kanada tersebut.

Lelaki itu mendakwa, bayaran pampasan tersebut adalah ganti rugi kepada tekanan emosi yang dialaminya selepas pergaduhan dengan Bieber itu tercetus Januari tahun lalu.

Pergaduhan itu tercetus susulan tindakan Schwartz menegur Bieber kerana berlumba di kawasan perumahan berkenaan dengan kereta Ferrarinya yang disifatkan boleh membahayakan nyawa penduduk.

Schwartz dalam pa­da itu mendakwa, dia turut diludah oleh pe­nyanyi tersebut, malah Bieber juga dilapor mengeluarkan kata-kata lucah kepada isteri dan anak pe­rempuannya.

Sumber : utusan

Filled Under: