Gaun 40 Kaki Jennifer Lopez Jadi Perhatian


Penyanyi dan juri American Idol, Jennifer Lopez tidak pernah kalah dalam mengena busana ketika membuat persembahan di atas pentas. Terbaru, penyanyi ini mengejutkan penonton rancangan realiti popular itu apabila membuat persembahan dengan mengenakan gaun sepanjang 40 kaki!

Gaun 40 Kaki Jennifer Lopez Jadi Perhatian, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Jennifer Lopes, JLo

Gaun putih yang digayakan ketika menyanyikan lagu tema filem Home, 'Feel the Light' bukanlah gaun biasa kerana ianya juga bertindak sebagai layar bagi menayangkan sedutan filem animasi itu.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana pakaian dan teknologi boleh disatukan bagi menghasilkan persembahan yang menarik sekali, jangan lepaskan peluang menonton klip video di bawah.

Tenyata JLo sentiasa berjaya membawa kelainan dalam setiap persembahannya walaupun hanya sekadar berdiri tegak di atas pentas!


Filled Under: