Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah

Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.


Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah, info, terkini, berita, pelik

Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.

Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.

Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.

Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.

Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi


Sumber : mynewshub

2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling

Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita.


2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling, info, terkini,berita, china, sensasi, pelik

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.


2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling, info, terkini,berita, china, sensasi, pelik

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

Artikel Terdahulu : Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api

Sumber : hmetro.com.my

Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah bercadang untuk mewujudkan sebuah akademi untuk melatih beruk memetik buah kelapa di negeri tersebut pada tahun hadapan.


Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan, INFO, TERKINI, BERITA, PELIK, KELANTAN,


Cadangan ini dalah kerana untuk memperbanyakkan beruk terlatih untuk memetik kelapa kerana ia akan menarik minat pelancong untuk datang ke negeri Kelantan.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Azri Adzhar, Jajahan Bachok merupakan kawasan  yang mrmpunyai banyak pokok kelapa. Untuk tujuan ini jurulatih berpengalaman akan menyertai program ini bagi menjayakan rancangan tersebut.


Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan, INFO, TERKINI, BERITA, PELIK, KELANTAN,


"Penubuhan akademi ini akan mendapat kerjasama dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan jabatan kerajaan berkaitan" katanya.

Sumber : Siakapkeli.com.my