Memaparkan catatan dengan label Mats Hummels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mats Hummels. Papar semua catatan

Perpindahan Hummels Ke Old Trafford Hampir Pasti

Mats Hummels memberitahu rakan pasukannya di Borussia Dortmund bahawa perpindahannya ke Manchester United hampir menjadi kenyataan.


Perpindahan Hummels Ke Old Trafford Hampir Pasti, info sukan, bola sepak, dortmund, old trafford, M United, Mats Hummels

Pemain pertahan kelab Jerman itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu.

Dan kini, menurut laporan The Mirror, Hummels membayangkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan tersebut.

Sumber terdekat dengan kelab tersebut berkata Hummels sudah bersedia untuk meninggalkan Dortmund kerana proses perpindahannya hampir dimuktamadkan.

"Saya berpendapat berhijrah ke kelab lain baik untuk karier dan peribadi saya. Akhirnya saya ingin meninggalkan kelab ini.

"Saya bersikap terbuka mengenainya kerana saya tidak suka berbohong dengan mendakwa anda akan kekal tetapi dalam diam menandatangani perjanjian dengan kelab baharu," katanya.

Terdahulu, Pengurus United, Louis Van Gaal diberi lampu hijau oleh lembaga pengarah kelab tersebut untuk memantapkan skuad berkenaan dengan menyediakan dana lebih besar untuk membeli pemain baharu.

Justeru, pemain berusia 26 tahun itu menjadi buruan Van Gaal bagi menggantikan barisan pertahanan United yang ditinggalkan Rio Ferdinand dan Vidic.


Sumber : mstar online

Man United Terus Buru Mats Hummels

MANCHESTER UNITED berharap kejatuhan Borussia Dortmund pada pusingan pertama Bundesliga akan memberi peluang kepada kelab itu untuk mendapatkan Mats Hummels.

Man United Terus Buru Mats Hummels, info, terkini, sukan, bola sepak, Man United, Mats Hummels

Hal ini kerana, tawaran United sebanyak £35 juta untuk mendapatkan Hummels pada Julai lalu telah ditolak oleh Dortmund.

Berikutan itu, United kembali berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan Jerman itu pada tingkap pemindahan bulan ini.

Man United Terus Buru Mats Hummels, info, terkini, sukan, bola sepak, Man United, Mats Hummels

Hummels merupakan pemain pertahanan pilihan utama Louis van Gaal sejak jurulatih kelahiran Belanda itu tiba di Old Trafford.

Dalam pusingan pertama Bundesliga, Dortmund hanya memenangi empat daripada 17 perlawanan dan berada di kedudukan kedua terbawah liga iaitu di atas Freiburg.

Sumber : mstar.com.my