Memaparkan catatan dengan label Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun. Papar semua catatan

Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun

Sebagai usaha mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi, sebuah pesawat berusia 20 tahun milik kerajaan kini digantikan dengan pembelian sebuah jet jenis A320.


Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun, info, terkini,berita, sensasi,

Jet tersebut merupakan kenderaan rasmi bagi Yang DiPertuan Agong, Sultan-Sultan dan Perdana Menteri Malaysia untuk digunakan bagi perjalanan jarak jauh.

Memetik laporan blog mykmu.net, satu sumber kerajaan memberitahu, jet baru itu menggantikan pesawat jenis BBJ737-700NG kerana faktor usia.

Menurut sumber itu lagi, amalan tersebut merupakan perkara biasa dalam mana-mana kerajaan dan ia tidak dilihat sebagai satu pembaziran kerana bakal digunakan oleh VVIP negara bagi tujuan rasmi.


Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun, info, terkini,berita, sensasi,

Laporan sama turut menepis dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa tindakan tersebut tidak menguntungkan kerana pembelian pesawat baru bakal menjimatkan kos penyelenggaraan yang digunakan pesawat terdahulu.

Difahamkan, pembelian jet tersebut diberi secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd kerana syarikat tersebut turut memiliki kontrak menyelenggara dan mengendalikan pesawat kerajaan jenis ACJ 319.

Selain itu, ciri-ciri spesifik dan khas juga membuatkan pembelian jet ini tidak sesuai dibuat secara tender.

Mengenai cakap-cakap segelintir pihak bahawa tindakan tersebut tidak patut dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membazir, sumber itu menegaskan dakwaan itu tidak sepatutnya wujud kerana sepanjang pemerintahan beliau selama enam tahun, ini merupakan kali pertama Najib menukar pesawat VVIP.

Sumber : mynewshub