Memaparkan catatan dengan label Chelsea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chelsea. Papar semua catatan

Chelsea Sedang Bawa N'Golo Kante Ke Stamford Bridge

Chelsea dijangka mengikat pemain Leicester, N'golo Kante bernilai £30 juta dalam tempoh terdekat.

Chelsea Sedang Bawa N'Golo Kante Ke Stamford Bridge

Daily Mirror melaporkan, Kante kini sedang melengkapkan pemeriksaan perubatan selepas Chelsea bersetuju membayar gaji sebanyak £120,000 seminggu.

Berikutan itu, pengumuman rasmi mengenai kehadiran pemain tengah tersebut ke Stamford Bridge akan dibuat dalam tempoh 24 jam.

Perpindahan itu selesai selepas pengendali Leicester, Claudio Ranieri meminta Kante memustuskan sendiri keputusan untuk berhijrah atau kekal.

Pemain Perancis berusia 25 tahun itu kemudian memberitahu jurulatihnya untuk menyertai Chelsea walaupun terlepas beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali Chelsea, Antonio Conte pada Khamis mendedahan bahawa pihaknya sedang berusaha membawa masuk pemain baharu musim ini selepas Michy Batshuayi dari Marseille.-mstar

Eden Hazard Dipilih Sebagai Pemain Terbaik PFA

Bintang Chelsea, Eden Hazard dipilih sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional(PFA) manakala Harry Kane memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Eden Hazard Dipilih Sebagai Pemain Terbaik PFA, info, terkini, sukan, bola sepak, eden hazard, chelsea

Hazard menjadi pilihan utama bagi anugerah ini selepas menunjukkan prestasi terbaik dalam membantu Chelsea yang semakin hampir untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Pada musim lalu pemain kelahiran Belgium itu dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan musim ini prestasinya berada di kemuncak dengan menjaringkan 13 gol dan turut menjadi pembantu jaringan gol.

Hazard,24, mengetepikan saingan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane manakala penjaga gol Manchester United, David De Gea berada di tempat ketiga.

Kemenangan Hazard itu tidak menjadi kejutan apabila pihak media sudah menjangkakan kemenangan penyerang The Blues itu sebelum keputusan diumumkan, malah dia menjadi pemain pertama Belgium meraih gelaran ini.

Dalam pada itu, bintang muda England, Kane mengetepikan saingan penyerang Liverpool, Philippe Coutinho untuk menerima anugerah Pemain Muda Terbaik PFA selepas turut tersenarai dalam Kesebelasan Utama Terbaik PFA.

Kane dipilih sebagai pemain muda terbaik apabila mengumpul 20 gol musim ini dan merupakan pemain Spurs ketiga dalam masa empat tahun menerima anugerah tersebut selepas Kyle Walker pada 2012, dan Gareth Bale pada 2013.

Sementara itu, kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard dan bekas rakan sepasukannya di England, Frank Lampard yang akan berhijrah Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) menerima Anugerah Merit PFA.

Senarai Pemenang:

Pemain Terbaik: Eden Hazard (Chelsea)

Pemain Muda Terbaik: Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Pemain Wanita Terbaik: Ji So-yun (Chelsea)

Pemain Muda Wanira Terbaik: Leah Williamson (Arsenal)

Sumber : mstar online

Chelsea Memperkenalkan Penyerang Muda Baru

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilapor akan memperkenalkan pemain muda Brazil, Nathan yang baru ditandatangani pada Rabu.


Chelsea Memperkenalkan Penyerang Muda Baru , info sukan, bola sepak, chelsea,

Pengenalan pemain tengah serangan yang licik itu bukan sahaja satu pengumuman buat Chelsea tetapi ia juga kejayaan dalam persaingan dengan Menchester City bagi  mendapatkan bintang yang bakal menyinar.

Pemain berusia 19 tahun dan bernilai £4.5 juta itu mula diminati Chelsea sejak dua tahun lalu ketika dia beraksi pada Kejuaraan Dunia B-17.

Dengan pengenalan tersebut, Nathan merupakan pemain warga Brazil kelima yang berada di bawah kendalian Jose Mourinho selepas Willian, Ramires, Filipe Luis dan Oscar.

Dia juga dilapor akan diberi posisi tanggungjawab sebagai penyerang kedua oleh Mourinho pada musim depan selepas diadaptasikan dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

Sumber : mstar online

Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale

Gareth Bale dilapor telah memberitahu rakan sepasukan negaranya, Wales bahawa dia ingin kekal di Real Madrid untuk semusim lagi walaupun Chelsea telah bersedia untuk mendapatkan pemain sayap itu pada musim panas ini.


Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale, info sukan, bola sepak, Gareth Bale, chelsea, real madrid

Hasrat Chelsea juga bakal menjadi mudah apabila Real Madrid kini telah sedia untuk melepaskan Bale menerusi penebusan kontrak bernilai £75 juta sebagai usaha mengekalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad berkenaan.

Selain itu, Manchester United juga dilapor mahu membawa pulang Ronaldo tetapi skuad gergasi England berkenaan dikatakan lebih mengutamakan usaha bagi mendapatkan Mats Hummels, Paul Pogba dan Dani Alves untuk musim depan.

Chelsea yang sedang bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Bale dikatakan akan mendapat jalan mudah kerana skuad Manuel Pellegrini berdepan dengan undang-undang kewangan Fifa (FFP) untuk membeli bintang terbabit.

Sementara itu, Real Madrid pula dilapor akan memenangi saingan mendapatkan Marco Reus dari Borussia Dortmund kerana Arsenal tidak mempunyai kelebihan seperti kelab Sepanyol itu.

Sumber : mstar online

Chelsea Sambung Kontrak John Terry

Kapten John Terry sah menyambung kontraknya bersama Chelsea sehingga tamat kempen 2015/16. Kontrak semasa pemain veteran berusia 34 tahun itu akan tamat musim ini berdasarkan polisi kelab yang menawarkan perjanjian hanya satu tahun kepada pemain yang berusia 30 tahun ke atas.


Chelsea Sambung Kontrak John Terry, info sukan, bola sepak, John Terry, Chelsea

Terry mempamerkan aksi cemerlang membantu Chelsea mengukuhkan dengan kelebihan enam mata sekaligus menguasai kedudukan Liga Perdana Inggeris.

“John meneruskan prestasi yang baik sebab itu kontrak baharu itu disambung.

“Dia pemain pertahanan terbaik. Saya gembira dia menyempurnakan tugasnya dan layak dengan kontrak baharu ini, malah dan dia bakal beraksi 40 perlawanan tamat musim ini,” jelas pengurus pasukan Jose Mourinho.

Sebelum ini jurulatih Portugis itu memberi bayangan untuk terus menggunakan khidmat Terry untuk musim depan.

“Saya teruja menyambung satu musim lagi bersama Chelsea. Saya sangat berbangga dapat terus bermain dengan kelab ini dan terima kasih kepada semua penyokong kerana terus memberi sokongan kepada saya,” jelas Terry.

Terry mula menyertai Chelsea sebagai pelapis muda pada tahun 1995 dan mencatat 661 penampilan keseluruhan sekaligus menjadikan dia pemain London ketiga tertinggi beraksi di belakang Ron Harris (795) dan Peter Bonetti (729).

Walaupun bermain di bahagian pertahanan, Terry turut melakar rekod jaringan dengan 63 gol untuk Chelsea.


Sumber : mstar online

Chelsea Terselamat, Terus Ungguli Liga Perdana Inggeris

Chelsea terselamat daripada detik cemas untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemanangan 3-2 ke atas Hull City.


Chelsea Terselamat, Terus Ungguli Liga Perdana Inggeris, info sukan, bola sepak, EPL, Chelsea

Pendahulu liga itu memulakan permainan dengan cemerlang selepas Eden Hazard mengawal bola dengan baik melepasi beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor untuk membolehkan Chelsea mendahului seawal minit ke dua.

Diego Costa meletakkan Chelsea dalam keadaan selesa apabila menjaringkan gol tujuh minit kemudian.

Bagaimanapun, dua gol dalam tempoh 74 saat, mengimbangi semula perlawanan dan mengejutkan pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Ahmed Elmohamady menolak masuk bola ke gawang gol setelah menerima hantaran cantik daripada Andrew Robertson sebelum penjaga gol, Thirbaut Courtois melakukan kesilapan, sekali gus memberi peluang kepada Abel Hernandez untuk menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh lima bulan.

Rentak permainan menjadi perlahan pada separuh masa kedua dengan Chelsea mengawal permainan tetapi Courtois terpaksa bekerja keras menyelamatkan tiga percubaan dari pasukan Hull untuk mengekalkan kedudukan jaringan 2-2.

Pasukan Hull terus mengasak pasukan lawan tetapi pemain gantian, Loic Remy merembat masuk jaringan kemenangan melepasi McGregor untuk memberikan pasukan bimbingan Mourinho tiga mata penting dan mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga dengan enam mata dan kelebihan satu perlawanan.


Sumnber : mstar online

Jose Mourinho Idam Dapatkan Koke

Chelsea dilapor akan menandatangani pemain tengah Atletico Madrid, Koke untuk musim depan dan Filipe Luis dijangka dijadikan pertukaran.


Jose Mourinho Idam Dapatkan Koke, info sukan, chelsea, atletico madrid

Sebuah akhbar sukan eropah melaporkan, Jose Mourinho masih menaruh minat yang tinggi terhadap pemain itu yang telah melanjutkan kontrak bersama kelabnya.

Bagi mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol berusia 23 tahun itu, Chelsea perlu mengeluarkan belanja sebanyak £48 juta bagi menebus kontraknya.

Bagaimanapun, hubungan baik antara kedua-dua kelab mampu menurunkan harga itu dan persetujuan dicapai dengan mudah.

Walaupun begitu, Chelsea perlu bersaing dengan Manchester United, Barcelona dan Manchester City jika benar mahukan pemain terbabit.

Sumber : mstar online

Liga Juara-Juara Eropah: Chelsea Tersingkir, PSG Ke Suku Akhir

Chelsea tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara Eropah selepas tewas mengikut jaringan tempat lawan kepada Paris Saint-German (PSG) yang hanya beraksi dengan 10 pemain.


Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea Tersingkir, PSG Ke Suku Akhir, info sukan, bola sepak, PSG, Chelsea

Dalam pertemuan pertama di Paris, PSG bermain dengan skor terikat 1-1 ketika melawan Chelsea. Oleh itu, perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis menjadi penentu yang layak ke suku akhir.

Di awal pertandingan, PSG dilihat tampil secara agresif dalam melakukan serangan.

Bagaimanapun pada masa separuh kedua, pasukan The Blues mendominasi pertandingan, namun PSG tetap berupaya untuk memberikan serangan balas.

Permainan mula panas apabila masuk minit ke-81 menerusi jaringan Gary Cahill. Namun lima minit selepas itu PSG berjaya memaksa The Blues memanjangkan masa sebaik sahaja tandukan bekas pertahanan Chelsea, David Luiz menyamai kedudukan 1-1, menerusi umpan sepakan Ezequiel Lavezzi.

Thiago Silva melakukan kesilapan apabila bola terkena tangannya di dalam kotak penalti pada minit ke-96. Hasilnya, Chelsea mendapat 'imbuhan' tendangan penalti dan Eden Hazard tampil sebagai jaguh dengan mengembalikan keunggulan jaringan dengan 2-1.

Namun Silva berjaya membayar kesilapannya itu dengan melakukan tandukan pada minit ke-114.

Permainan berakhir dengan seri 2-2. Namun mengikut jaringan di tempat lawan, PSG berjaya melangkah ke  suku akhir Liga Juara-juara Eropah.

Sumber : mstar

Punca Chelsea Tak Dapat Lionel Messi

Undang-undang kewangan berkaitan pembelian pemain menjadi faktor penghalang buat Blues untuk menandatangani pemain handalan dunia, Lionel Messi.


Punca Chelsea Tak Dapat Lionel Messi, info. terkini, berita sukan, Lionel Messi, barcelona, chelsea

Perkara itu dijelaskan Jose Mourinho yang sekali lagi menolak khabar mengenai tindakan Chelsea menandatangani pemain itu untuk mewakili pasukannya.

Bulan lepas DirectTV dari Argentina melaporkan bahawa Mourinho telah bersetuju untuk menandatangani Messi yang berharga mencecah 200 juta pound (RM1.08 bilion), namun pengendali skuad Blues memaklumkan, berita itu tidak benar.

Tambah Mourinho lagi, pihaknya mematuhi undang-undang kewangan pembelian pemain yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Bolasepak Negara-Negara Eropah (UEFA).

“Ketika ini UEFA menetapkan peraturan yang wajar diikuti bagi menandatangani seseorang pemain iaitu tidak boleh mendapatkan pemain yang terlalu mahal, malahan kelab juga tidak bersetuju untuk berbelanja terlalu besar.

“Saya juga rasa Barcelona tidak akan menjual pemain kesayangan mereka,” kata Mourinho.

Selain itu, bagi pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas pula, dia ingin beraksi bersama bekas rakan sepasukannya Messi di Stamford Bridge.

“Saya harap ia akan berlaku, namun saya percaya Messi pastinya ingin bersara bersama Barcelona kerana terlalu banyak kelab itu berjasa kepadanya.
“Dia adalah legenda yang mengubah sejarah Barcelona, namun sebagai bekas rakan sepasukan dan kawan baik, sudah tentu saya mahu Messi bersama saya di sini,” kata Fabregas.

 Artikel Terdahulu : C Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid

Sumber : mstar.com.my

Chelsea Menang Ke Atas Stoke City

Chelsea berjaya meraih tiga mata menjadikannya terus kukuh pada kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas menang ke atas Stoke City menerusi jaringan 2-0.


Chelsea Kemenangan Ke Atas Stoke City, info sukan, bola sepak, epl, liga perdana inggeris, chelsea, stoke city

Walaupun sebagai pasukan tetamu di Stadium Britannia di Stoke, Britain pada awal pagi Selasa, Chelsea terus mendominasi permainan.

The Blues mengungguli jaringan pembukaan ketika perlawanan baharu sahaja berlangsung dua minit.

John Terry berjaya menjaringkan gol tanpa dapat dihalang oleh penjaga gawang Stoke City, Asmir Begovic.

Bagaimanapun, Stoke sebenarnya bukannya tidak mempunyai peluang kerana mereka mampu mengancam pertahanan Chelsea beberapa kali. Namun barisan belakang The Blues tampil sempurna.

Keunggulan Chelsea bertambah pada minit ke-78 apabila Cesc Fabregas meskipun membuat jaringan agak lewat.

Kemenangan ini menjadikan Chelsea kukuh pada kedudukan teratas dengan memperoleh 42 mata menerusi 17 perlawanan. Sementara itu, Stoke jatuh pada kedudukan ke-13 dengan 19 mata.

Artikel Terdahulu : Jadual Liga Perdana Inggeris

Sumber : mstar.com.my

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mungkin akan berhijrah ke Liverpool atau Arsenal pada musim depan, lapor ejennya, Vitor Kolar.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

Penghijrahan penjaga gol berpengalaman itu bakal berlaku apabila pengendali Chelsea, Jose Mourinho enggan menawarkan sebarang kontrak baharu terhadapnya.

Berikutan itu, ejen Cech membuka peluang kepada Arsenal dan  Liverpool untuk membuat tawaran kepada pemain berkenaan.

Kolar memberitahu, Cech selain itu turut ditawarkan kepada Real Madrid pada musim depan.

"Petr Cech sepatutnya berhijrah pada tingkap pemindahan Januari ini, tetapi kelab mahu dia membantu memenangi gelaran juara pada musim ini dahulu.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

"Saya percaya Arsenal akan membuat tawaran untuk mendapatkan Cech dan penjaga gol itu akan menerimanya," katanya.

Petr Cech kini hanya memanaskan bangku pemain simpanan apabila posisi utama tersebut diberikan kepada penjaga gol muda Thibaut Courtois.

Artikel Terdahulu : Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Sumber : mstar.com.my

Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik

Suasana cemas menyelebungi pemain Chelsea apabila rakan sepasukan mereka Kurt Zouma mengalami kecederaan serius akibat perlanggaran dengan Petr Cech dalam saingan suku akhir Piala Capital One menentang Derby County.


Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik, info, terkini, berita sukan, chelsea, zouma, Piala Capital One

Dalam kejadian itu, Zouma terlantar di atas padang untuk menerima rawatan selama tujuh minit kerana kecederaan.


Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik, info, terkini, berita sukan, chelsea, zouma, Piala Capital One

Akibat panik dan bimbang dengan keadaan Zouma, Cesc Fabregas dan Cezar Azpilicueta membantu membawa pengusung Zouma ke luar padang supaya dia menerima rawatan lebiuh lanjut.


Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik, info, terkini, berita sukan, chelsea, zouma, Piala Capital One

Zouma dilapor telah mengalami pendarahan di dalam mulut selain tengkuknya turut terkesan.

Keadaan itu kemudian memaksa pengendali Chelsea, Jose Mourinho membawa masuk Branislav Ivanovic untuk mengambil tempat Zouma.

Kecederaan Zouma Buat Pemain Chelsea Panik, info, terkini, berita sukan, chelsea, zouma, Piala Capital One

Bagaimanapun Mourinho memberitahu, Zouma tidak dibawa ke hospital dan hanya di rawat di stadium.

"Ia hanya berlaku pendarahan dalam mulut akibat luka. Tetapi dia akan menerima pemeriksaan oleh doktor," katanya.

Artikel Terdahulu : VISUAL SUARA SEBENAR KOTAK HITAM MH17 DIDEDAH

Sumber : mstar.com.my

Chelsea, Sheffield Masuk Separuh Akhir Piala Liga

Chelsea berjaya meraih kemenangan di markas Derby County pada perlawanan suku akhir Piala Liga pada awal pagi Rabu.


Chelsea, Sheffield Masuk Separuh Akhir Piala Liga, info sukan, bola sepak, Piala Liga,

Kemenangan dengan jaringan 3-1 itu membawa Chelsea mara ke separuh akhir.

Gol pembukaan bermula agak lewat pada minit ke-23 oleh Eden Hazard. The Blues kemudiannya menggandakan jaringan mereka menerusi aksi Filipe Luis pada minit ke-56.

Pada minit ke-71, Derby berupaya memperkecilkan kedudukan mata menjadikan 1-2 hasil jaringan Craig Bryson. Bagaimanapun, gol Andre Schurrie pada minit ke-82 menjadikan skor 3-1.

Sementara itu, dalam perlawanan suku akhir lain, Sheffield United berjaya menundukkan Southampton dengan skor tipis 1-0. Chelsea dan Sheffield perlu menantikan perlawanan lain bagi mengetahui lawan di separuh akhir.

Tottenham Hotspur akan bertemu dengan Newcastle United, manakala Bounemouth bakal menentang Liverpool, pada Khamis ini. Undian bagi gelaran separuh akhir akan ditentukan selepas tamat kedua-dua perlawanan itu.

Sumber : mstar.com.my