Memaparkan catatan dengan label BPL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BPL. Papar semua catatan

Ejen Mula Bincang Perpindahan Yaya Toure Dengan Kelab Lain

Merasakan kliennya tidak dihargai oleh Manchester City seperti yang sepatutnya, ejen kepada pemain Yaya Toure memulakan langkah dengan berkomunikasi dengan beberapa kelab untuk berbincang tentang kemungkinan perpindahan.


Ejen Mula Bincang Perpindahan Yaya Toure Dengan Kelab Lain

Ejen Toure, Dimitri Seluk, sebelum ini pernah memberi peringatan kepada City bahawa jika kontrak baharu untuk Toure tidak disepakati secepat mungkin, Seluk akan mula berbincang dengan kelab lain.

Kontrak Yaya Toure dengan City berbaki setahun lagi dan masa depan pemanin itu menjadi tanda tanya kerana bermula musim depan, City akan dilatih oleh Pep Guardiola, orang yang pernah melepaskannya dari Barcelona.

Setakat ini City masih belum memberikan tawaran kontrak baharu untuk Toure. Tidak mahu menunggu, Seluk memilih untuk mencari kelab baharu untuk kliennya.

"Mulai sekarang kami mula berbincang dengan beberapa kelab lain tentang kepindahan Yaya pada musim panas," kata Seluk memetik The Sun.

"City tidak melakukan apa-apa yang wajar. Yaya telah memberikan segala-galanya untuk mereka dan kami tidak merasakan situasi ini adalah cara yang tepat untuk menunjukkan betapa mereka menghargai dirinya," kata Seluk.

Toure, 32 tahun, musim ini telah tampil dalam 39 perlawanan bersama City dan menyumbang lapan gol.-mstar

Mourinho Enggan Terima Hakikat Aksi Hambar The Blues

Jose Mourinho enggan bertanggungjawab di atas kekalahan Chelsea 3-1 kepada Everton di Goodison Park pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.


Mourinho Enggan Terima Hakikat Aksi Hambar The Blues

Bagaimanapun Mourinho mengakui ia satu keputusan teruk sepanjang kariernya.

The Blues  tampil  aksi hambar sejak pembukaan musim ini apabila hanya mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, satu seri, manakala selebihnya tewas.

"Keputusan tidak setaraf dengan kualiti dan status kami malah skuad lebih layak daripada ini.

"Semua orang mengkritik bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya dan pemain, namun saya tidak bersetuju.

"Saya adalah juara, pemain-pemain adalah juara. Cara kami bermain tidaklah seteruk berbanding dengan keputusan kerana semuanya dilihat menentang kami.

"Tetapi saya tidak menyalahkan diri sendiri dan juga pemain walaupun keputusan yang dicatat adalah paling teruk sepanjang karier. Pun begitu saya masih selesa dengan situasi ini," ujar Mourinho kepada BT Sport.

Malah Mourinho juga masih yakin kariernya di Stamford Bridge masih selamat walaupun ketinggalan jauh daripada pendahulu liga, Manchester City.

"Saya tidak fikir ada pengurus lain yang layak selain daripada saya untuk berada di sini. Sayalah yang paling sesuai di Chelsea.

"Saya telah banyak melakukan perkara yang luar biasa dengan pasukan ini, tetapi kini saya menghadapi keputusan teruk sekaligus saya perlu mencari punca kepada masalah itu," jelas Mourinho.-mstar

Keputusan Chelsea sepanjang musim ini:

Arsenal 1-0 Chelsea (Community Shield) - kalah

Chelsea 2-2 Swansea (Liga Perdana) - seri

Manchester City 3-0 Chelsea (Liga Perdana) -kalah

West Brom 2-3 Chelsea (Liga Perdana) - menang

Chelsea 1-2 Crystal Palace (Liga Perdana) - kalah 

Everton 3-1 Chelsea (Liga Perdana) - kalah

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu Dan Ahad Ini

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini:


Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu Dan Ahad Ini , info sukan, bola sepak, BPL, EPL


Manchester City lwn West Bromwich Albion (8.45mlm)

Aston Villa lwn Swansea City (11mlm)

Newcastle United lwn Arsenal (11mlm)

Southampton lwn Burnley (11mlm)

Tottenham Hotspur lwn Leicester City (11mlm)

Stoke City lwn Crystal Palace (11mlm)

AHAD

West Ham lwn Sunderland (1.30 pagi)

Liverpool lwn Manchester United (9.30mlm)


Sumber : mstar online