TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM


Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan pemain JDT — Safiq Rahim, Aidil Safuan, Kunanlah Subramanian dan Amirulhadi Zainal dari pasukan negara.


TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Sebelum ini TMJ telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan perkara sebenar iaitu ianya merupakan pilihan yang dilakukan oleh para pemain tersebut, tetapi langkah persaraan  itu tetap mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, kesemua pemain tersebut membuat keputusan untuk bersara bukan kerana tidak sayangkan Malaysia tetapi sudah letih menyertai kem latihan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukan negara.

TMJ juga mendedahkan bahawa terdapat lebih ramai lagi pemain kebangsaan yang mahu mengambil keputusan yang sama untuk bersara, tetapi tidak berani kerana terlalu takut dengan pengurusan.

Kenyataan itu kemudian menerima kritikan pelbagai pihak yang menyoal tindakan beberapa pemain skuad kebangsaan kerana mengumumkan persaraan dalam masa yang sangat singkat.

Susulan kritikan yang dilemparkan, TMJ meminta pilihan pemain dihormati selain mengeluarkan satu kenyataan yang kini mencetuskan tanda tanya kepada semua pihak.

Bagi TMJ, pihak pengurusan seharusnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain tersebut dan menghargai segala penat lelah dan sumbangan yang telah dilakukan oleh mereka, bukannya memberikan kritikan dan hentaman.

TMJ juga mendakwa baginda memiliki pendrive yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalaman Football Association of Malaysia (FAM), ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Pendrive itu dikatakan telah diberi oleh rakan-rakan TMJ yang mempunyai kedudukan tertinggi di Kuala Lumpur dan maklumat tersebut sekaligus akan menamatkan korupsi yang telah dilakukan sepanjang 30 tahun yang lalu.

Baginda juga memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membunuh korupsi dalam FAM kerana Malaysia memerlukan jurulatih profesional, bukannya ahli perniagaan

Menurut TMJ, dia juga mempunyai senarai orang-orang media yang selalu digunakan oleh FAM termasuk bekas-bekas pemain Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.


Tambah TMJ, mungkin kini sudah tiba masanya untuk penyokong bola sepak melihat dan menilai sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di bawah pengurusan FAM.

– MYNEWSHUB

Filled Under: