Surat Terbuka Kepada Tan Sri Tony Fernandes


Kepada Tan Sri Tony,

Saya telah mengikuti perkembangan isu tikam lidah anda dengan Malaysia Airport (MAHB) dengan penuh minat. Walaupun perjuangan berterusan anda bagi golongan kebanyakan adalah sesuatu yang terpuji, namun pelan usahasama global yang terlalu banyak anda rancangkan ketika ini dilihat tidak begitu sesuai dengan realiti keadaan di negara kita. Di sini saya akan beri beberapa penekanan:

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Tony Fernandes

1. Saya ingin tahu bagaimana anda bercadang untuk mengubah KLIA2 menjadi ‘Dubai’. Anda menuduh Malaysia Airports membina terminal secara “besar-besaran” tetapi anda terlepas pandang dalam rujukan anda, bahawa lapangan terbang Dubai adalah contoh terbaik pemborosan wang yang melampau-lampau. Anda mahu KLIA untuk setanding dengan lapangan-lapangan terbang di seluruh dunia yang menyamai Dubai, Changi dan Bangkok tetapi tidak membenarkan pembinaan infrastruktur untuk diadakan. Anda juga tidak bahawa lapangan terbang Dubai mengenakan bayaran RM85 sejak tahun 2009 dan tambahan RM38 sejak Jun tahun ini. Ianya tidak pernah percuma sepertimana yang anda nyatakan.

2. Untuk ‘menjadi Dubai’ anda perlu dirikan sebuah ‘Dubai’. Tidak kisahlah atau berapa kos yang diambil untuk membinanya, KL dan Negeri Sembilan akan tetap menjadi KL dan Negeri Sembilan tanpa Burj Khalifa, The Palm dan sebagainya. Ya, dahulunya Dubai hanya “sebuah padang pasir” seperti yang anda katakan tetapi bandar raya Dubai dibina sebelum lapangan terbangnya (berubah menjadi seperti yang kita ketahui hari ini), yang hanya didirikan pada penghujung tahun 2008. Membina lapangan terbang berskala rendah dan menggugurkan caj lapangan terbang kepada sifar tidak akan menjadikan Port Dickson setanding dengan Dubai.

3. Adakah Dubai satu hab kos rendah? Bagaimana pula dengan Singapura dan Bangkok? Ya, mereka mempunyai angka trafik yang besar tetapi 75% daripadanya ditampung oleh penerbangan perkhidmatan penuh dan mendapat keuntungan daripada kompaun perhubungan luas. Di Malaysia, kita perlu mengambil kira bahawa dengan perkhidmatan tempatan yang semakin mengecil akibat caj lapangan terbang yang rendah di KLIA2, congakan insentif yang tidak tepat serta caj yang tidak dibayar, kedudukan trafik KLIA akan terus mengalami penurunan mendadak. AirAsia menawarkan khidmat penerbangan hanya ke 100 destinasi. Bagaimana agaknya anda boleh bantu untuk membangunkan sebuah lagi ‘Dubai’ yang mempunyai perhubungan meluas dengan 1000 buah destinasi melalui penerbangan dalaman? Sebenarnya, anda menghalang KLIA daripada menjadi sebuah hab dengan meminta bantuan untuk menyokong perniagaan kos rendah anda. Membangunkan KL sebagai satu hab kos rendah tidak akan menjadikan KL sebagai destinasi hab pelancongan,

4. Anda juga bercita-cita untuk Malaysia mencontohi Singapura. Lapangan terbang Changi, seperti Dubai, mengenakan pelbagai bayaran kepada penumpang penerbangan pindahannya. Meskipun terdapat pengenaan caj (lebih tinggi daripada KLIA), trafik mereka terus berkembang. Jadi mengapkah anda mempertikaikan bahawa ianya akan memberi kesan yang berlawanan di Malaysia? Adakah mereka juga turut memberi kelebihan kepada penerbangan kos rendah lain seperti yang dilakukan oleh Malaysia Airports yang mudah sangat diperdayakan itu?

5. Dan berkenaan minat mendalam anda terhadap jumlah RM4 bilion yang digunakan untuk membina KLIA2, anda tidak habis-habis mengatakan bahawa anda mampu membina sebuah lapangan terbang dengan kos RM2 bilion. Saya pernah terbaca bahawa terminal berkapasiti 30 juta penumpang ini (KLIA2 boleh memuatkan 45 juta penumpang) tidak termasuk kos tanah yang anda perlukan daripada Sime, infrastruktur sekeliling dan bukit-bakau di KLIA East yang anda terpaksa ‘buang’ bagi membolehkan jet anda terbang dengan selamat. Dengan kos RM4 bilion, MAHB beri kepada anda kawasan terminal seluas 360,000 meter persegi. Nilai RM2 bilion yang anda war-warkan di dalam laman web anda itu hanya mampu membeli tanah seluar 85,000 meter persegi sahaja. Ikan sardin pun perlukan lebih ruang untuk bergerak!

6. Saya lihat pelanggan anda majoritinya warga Malaysia yang mahu terbang ke luar negara dan buruh daripada Indonesia dan India yang mahu masuk ke negara kita. Malaysia Airports mungkin tidak terlalu terganggu akan hal ini tetapi sebagai ahli ekonomi, bagaimanakah AirAsia menyumbang terhadap pelancongan dalam negeri?

7. Bukankah banyak lagi kapal terbang anda yang belum lagi siap dihantar, jadi mengapa perlu belanjakan tambahan RM61 bilion? Bukankah itu hanya akan melemahkan ekonomi Malaysia berbanding Perancis? Sekurang-kurangnya nilai RM4 bilion untuk KLIA2 itu dapat bantu memperkasakan ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan di sini. Lebih teruk lagi, kesemua kapal terbang yang akan digunakan untuk usahasama antarabangsa anda itu hanya akan menguntungkan negara luar.

Saya turut mempunyai satu perkara emosional untuk ditekankan. Dengan membiarkan vaj klia2 pada kadar yang rendah, pihak kerajaan pasti akan menanggung kos pemajuan lapangan terbang, bukan sahaja untuk KLIA tetapi lapangan-lapangan terbang yang lain juga. Saya hanya mampu membayangkan wang hasil daripada pungutan cukai GST yang dibayar oleh nenek yang tidak bekerja di kampung, yang tidak pernah melihat kapal terbang daripada jarak dekat. Dia tidak kisah membantu menyokong pembangunan hospital ataupun sekolah tetapi tidak untuk memberikan subsidi kepada ahli perniagaan swasta. Come on Tony. masa untuk membuang tongkat anda dan berdiri di atas kaki sendiri.-mynewshub

Filled Under: