Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua


Viral di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hangat diperkatakan netizen.

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif tempatan dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan, kini Perodua tampil pula dengan model sedan.


Menerusi pencarian di laman sosial, model baharu itu diberi nama Perodua Bezza merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu gabungan manual dan auto.

Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

PERODUA Sedan 1.0 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Premium X (manual dan auto)
Advance (auto sahaja)

Bagaimanapun, anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.


Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu itu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar daripada boot Toyota Vios dan Nissan Almera. – MYNEWSHUB

Filled Under: