Giliran Alvaro Morata Jadi Rebutan Kelab Gergasi


Chelsea tetap mahu mendapatkan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata walaupun pemain tersebut mungkin akan pulang ke pangkuan bekas kelabnya, Real Madrid, lapor Daily Mail.


Giliran Alvaro Morata Jadi Rebutan Kelab Gergasi

Real sebelum ini dilapor sedia membeli kontrak Morata bernilai £23 juta untuk memastikan pemain berusia 23 tahun itu kembali ke Bernabeu.

Bagaimanapun jika menjualnya kepada kelab lain Juventus akan menerima bayaran perpindahan setinggi £45 juta.

Chelsea dan Arsenal sebelum ini berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun yang menjaringkan dua gol dalam saingan Euro.

Ejen Morata iaitu Juanma Lopez turut mengesahkan bahawa pemain berkenaan telah menerima tawaran dari England.

Morata juga dilaporkan enggan pulang ke Real Madrid kerana tidak mahu sekadar memanaskan bangku simpanan.

"Saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya pemain bekas Real Madrid dan mereka boleh pilih untuk menerima saya atau tidak. Selebihnya saya akan cari penyelesaian lain.

Chelsea ingin mendapatkan Morata untuk digandingkan bersama Romelu Lukaku di bawah kendalian Antonio Conte yang akan menyertai Chelsea selepas saingan Euro berakhir.-mstar

Filled Under: