Punca Oscar Gaduh Dengan Costa


Pemain tengah Chelsea, Oscar menafikan bergaduh dengan rakan pasukan, Diego Costa semasa sesi latihan sedang berlangsung.


Punca Oscar Gaduh Dengan Costa

Menurut laporan The Telegraph, kedua-dua pemain bintang itu terpaksa ditenangkan berikutan tindakan 'keterlaluan' Oscar terhadap Costa.

Sesi latihan antara Oscar dan Costa di pusat latihan Chelsea di Cobham dilaporkan berlaku dalam keadaan tenang.

Difahamkan pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink berjaya meleraikan keadaan dan kedua-dua pemain dilihat meninggalkan padang.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu dalam laman Twitternya memberitahu tiada berlaku sebarang pergaduhan dengan Coasta.

Sebaliknya, Oscar menyifatkan penyerang Sepanyol berusia 27 tahun itu sebagai 'salah seorang teman baiknya.'

Chelsea akan menentang Scunthorpe pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA, Ahad ini.-mstar

Filled Under: