Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW


Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan pendapatnya mengenai tajaan sesetengah pihak terhadap sesebuah pasukan bola sepak.


Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW

Afdlin berkata pihak penaja tidak seharusnya berhak untuk mengubah budaya dan integriti sesebuah pasukan yang ditaja mereka.

Bersama nukilannya Afdlin mengepilkan gambar pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) bersama penaja utama mereka, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggayakan aksi meletak dua jari di bahagian pipi.


Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW

Jumaat lalu, satu perjanjian kontrak penajaan pasukan bola sepak Kelantan sebanyak RM16 juta telah dimeterai antara Datuk Seri Vida dan Tan Sri Annuar di Bangunan Mara, Kuala Lumpur.

Datuk Seri Vida akan menjana sumber kewangan buat KAFA selama dua musim.

Ekoran tajaan tersebut pasukan PQP TRW dikatakan bakal mengenakan jersi warna pink sementara Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu telah pun dicat merah jambu seperti mana syarat ditetapkan pihak penaja. – MYNEWSHUB

Filled Under: