10 Detik Menarik Oscars 2015 Yang Tidak Dapat Anda Saksi Di Kaca TV!

Sosial media sudah semestinya merupakan keperluan asas yang perlu dan kini ditampilkan hasil siasatan semalaman membelek Instagram dan medium laman sosial yang lain mengenai Anugerah Academy Awards yang telah berlangsung semalam, Isnin di Hollywood, Los Angeles.

 
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Gambar posing Jennifer Lopez yang telah diphotobombed oleh pelakon terkenal Jennifer Aniston dan Justin Theroux.

10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Apabila pelakon hebat yang juga calon, Meryl Streep mengacukan kasut tumit tingginya dengan bintang Dreamgirls, Jennifer Hudson.
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Lady Gaga yang tampil dengan persembahan mantap Sound of Music  segmen tribute untuk Julie Andrews terbaring akibat pengambilan martini yang berlebihan,LOL.


10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Bila adik Queen Bey menjadi DJ, Solange tampil cool di acara post party Governors Ball.


10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Adik kepada Lupita Nyong’O yang mencuri perhatian tahun lalu menerusi ‘selfie’ tidak melepaskan peluang bergambar bersama Beyonce!


10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Bila si adik bertemu kakaknya, seorang ratu pujaan, Solange bangga dengan Beyonce.
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Trofi saduran emas milik Aktres Terbaik Julianne Moore jadi kebanggaannya manakala Emma Stone hanya mampu memegang Oscars ‘Lego’.
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Miley Cyrus, Dita von Teese dan Lil Kim, 3 jelitawan yang hadir di acara post party Elton John.
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Glory nyanyian John Legend tidak cukup manis, kekasihnya Chrissy Teigen mahukan sebakul ros untuk dibawa pulang.
10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Siapakan selebriti di belakang topeng maskot itu?


10 Detik Menarik Oscars 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood artis,

Sumber : murai.com.my

Gambar Lelaki Tua Ditarik Kerbau Ke Hospital Dorong Jalan Raya Dibina Segera

Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk.


Gambar Lelaki Tua Ditarik Kerbau Ke Hospital Dorong Jalan Raya Dibina Segera, info, terkini, berita, sensasi, pitas, sabah
Bojong Mokiling diangkut oleh 'kereta kerbau' dari Kampung Niatang menuju ke jalan utama di Pitas.
 
 
Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama.

Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas.

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya.

Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas.

"Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah.

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya.

Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat.

Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu.

Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral.

Sumber : mstar.com.my

Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia

Penyerang Luis Suarez menyumbatkan dua gol ketika membuat penampilan semula di England buat pertama kalinya sejak berhijrah ke Sepanyol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.


Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia, info, terkini, berita sukan, sensasi, UEFA Champion League, Man City, BArcelona,

Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-30 bagi memberikan kelebihan buat Barcelona menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan.

Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal untuk City pada minit ke-69.

Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang.

Penjaga gawang City, Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi.

City perlu melakar keajaiban pada aksi kedua di Nou Camp bulan depan sekiranya mahu menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan pasukan terakhir.

Suarez kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 penampilannya.

Dia mengakui kecekapan Hart menyelamatkan penalti menjadikan saingan masih getir.

"Saya fikir ini adalah sesuatu yang positif buat mereka. Jika penalti itu membolosi gawang, maka senario berbeza akan berlaku. Tapi keputusan 2-1, mereka masih ada peluang," kata Suarez.

Sehubungan itu, pengurus City, Manuel Pellegrini mengakui bahawa anak buahnya bangkit mempamerkan persembahan terbaik pada separuh masa kedua.

"Kami lepaskan gol awal dan beraksi hambar. Pada babak kedua, kami bangkit dan berjaya membolosi gawang lawan.

"Kami ada peluang. Kami mesti cuba untuk melakukannya pada perlawanan kedua nanti," kata Pellegrini.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, Juventus menundukkan Borussia Dortmund 2-1 di Turin.

Suarez Jaring Dua Gol, Juventus Atasi Borussia, info, terkini, berita sukan, sensasi, UEFA Champion League, Man City, BArcelona,
Teves menjaringkan gol awal untuk Juventus pada minit ke-18.


Pertemuan itu adalah yang pertama bagi kedua-dua kelab sejak Borussia menundukkan Juventus pada final Liga Juara-Juara Eropah pada 1997.


Juventus membuka jaringan awal menerusi percubaan Carlos Teves pada minit ke-18 sebelum Marco Reus menjaringkan gol penyamaan untuk Borussia pada minit ke-18.

Pasukan tuan rumah menarik nafas lega apabila sentuhan Alvaro Morata pada minit ke-42 memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


Sumber : mstar.com.my

Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga

Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.


 Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrversi, kes artis bercerai


Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan.

"Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu.

"Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad  membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula.

Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014.


 Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrversi, kes artis bercerai
Saat-saat indah Syura bersama Mohd Fadhly.

Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam.

"Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang.

"Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini.

Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata.

"Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun.

"Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.

Sumber : mstar.com.my

Fesyen Belahan Dada Jue Evans Yang Mengancam

Walaupun baharu sahaja pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana Evans masih lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan.


Fesyen Belahan Dada Jue Evans Yang Mengancam, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Juliana Evans

Buktinya, dia terus disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya dioles indah untuk diabadikan di majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca untuk membeli naskhah tersebut.

Baru-baru ini juga Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.


Fesyen Belahan Dada Jue Evans Yang Mengancam, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Juliana Evans

Yang menariknya, menerusi gambar yang diambil itu menampakkan sisi nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.

Mungkin Jue teruja mahu menggayakan persalinan yang unik dan lain daripada lain bagi memberikan satu kelainan buat imej dirinya agar selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak produksi majalah tersebut.

Apa-apa pun penampilan Jue dan Kaka dalam majalah itu memang vass dan hot bagi kami!

Sumber : mynewshub.cc

Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?

Cuma beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal National Geograpic bakal tampil dengan pendedahan fakta-fakta yang mengejutkan.


Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?, info, terkini, sensasi,berita, MH370, spekulasi MH370

Antaranya, pesawat tersebut dipercayai diterbangkan menuju Antartika secara sengaja.

Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?, info, terkini, sensasi,berita, MH370, spekulasi MH370


Selain itu berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan turut disyaki terbang selama beberapa jam selepas terputus hubungan dengan radar

Menerusi laporan akhbar United Kingdom iaitu The Mirror pula, seorang pakar penerbangan percaya, pesawat itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.

Pusingan pertama ujarnya, menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.

Dalam pada itu seorang pakar berkaitan bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan itu dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, sekaligus membawa MH370 tersasar dari laluan asalnya.


Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?, info, terkini, sensasi,berita, MH370, spekulasi MH370

Brenner memberitahu The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”

Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan ke udara pada Ahad, 8 Mac sempena genap setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.

MH370 hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.


Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?, info, terkini, sensasi,berita, MH370, spekulasi MH370

Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari akhirnya membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan kesemua individu di dalamnya.

Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu yang boleh terkait dengan kehilangan MH370 gagal ditemui apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat berkenaan.

Misi mencari dan menyelamat MH370 dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.


Sumber : mynewshub.cc

Mayat Remaja Ditemui Tertanam Di Hutan Simpan Pedu

Sekumpulan penduduk kampung yang tinggal berdekatan Charuk Temingat, Padang Terap gempar dengan penemuan mayat seorang remaja perempuan di pinggir kawasan Hutan Simpan Pedu bersebelahan Jalan Durian Burung, malam tadi.


Mayat Remaja Ditemui Tertanam Di Hutan Simpan Pedu, info, terkini, berita, sensasi

Penemuan kira-kira pukul 7 malam itu disedari oleh beberapa individu yang sedang mencari madu dalam hutan berkenaan.

Mayat yang ditanam dalam keadaan mengiring itu dikaitkan dengan kes kehilangan dua wanita sebulan lalu, daripada daerah tersebut dan Sik.

Memetik laporan Berita Harian, seorang saksi yang enggan dikenali berkata seorang lelaki yang juga bapa saudara salah seorang remaja yang dilaporkan hilang itu datang menemuinya lantas meminta pertolongan menggali kawasan tempat mayat itu ditemui dengan kawalan beberapa anggota polis.

Katanya, kerja menggali yang dibantu beberapa orang kampung dan anggota polis itu diberhentikan selepas ternampak tangan manusia untuk tindakan lanjut pihak forensik.

“Kami hanya menggali sampai nampak lengan dan bahagian lutut kiri mangsa,” katanya yang percaya, mayat tersebut baru beberapa hari ditanam di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, polis mendapat laporan kira-kira jam 7 petang semalam dan kini menunggu laporan unit forensik.

Nashir berkata, beberapa penduduk kampung yang sedang mencari madu menemui satu kawasan seperti baru digali dan ditutup dengan ranting kayu.

“Lelaki itu curiga bila ternampak kawasan itu seolah-olah baru digali lalu terus melaporkannya kepada pihak polis.

“Kita tidak dapat menentukan identiti mangsa setakat ini kerana belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

“Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal kita percaya mangsa adalah seorang perempuan,” katanya.

Sumber : mynewshub.cc

Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?

Terkejut mendengar khabar mengenai pelakon Yatt Hamzah yang dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Muthalib Abdul Shukor di Mahkamah Syariah, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, hari ini.


Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Untuk makluman, pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 29 Mac 2009 dan mempunyai seorang anak, Suci Malika Hanania, 5.

Setakat ini tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.


Yatt Hamzah Failkan Cerai Terhadap Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Berita tersebut nyata mengejutkan peminat Yatt kerana sebelum ini tidak ada sebarang gosip atau desas-desus mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Apapun, selagi ada penyelesaian yang lebih baik, usahakanlah kerana kami yakin peminat pun tidak mahu melihat satu lagi episod perceraian di kalangan artis tempatan.


Sumber : mynewshub.cc

Ekori Sejak Keluarkan Duit Di ATM, Penyangak Ragut 2 Gadis

Tak berhati perut! Demi mendapatkan sumber duit dengan cara mudah, dua individu sanggup memperlakukan tindakan kejam terhadap dua gadis dengan meragut wang milik mangsa yang sedang menaiki motosikal.


Ekori Sejak Keluarkan Duit Di ATM, Penyangak Ragut 2 Gadis, info, terkini, berita, jenayah ragut,

Akibat dari insiden tersebut, si pembonceng mengalami patah tangan manakala si penunggang cedera ringan.

Memetik laporan akaun Sukan Star TV di laman Facebook, kejadian yang berlaku petang semalam (Isnin) di Taman Guru, Kuantan, Pahang itu menimpa dua pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Aksi kedua-dua peragut tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV milik salah sebuah kediaman di situ yang kemudiannya disebarkan di laman media sosial dan Youtube.


Video berdurasi lapan saat itu memaparkan motosikal si penjenayah memecut laju sebelum menyambar beg kepunyaan si pembonceng, lantas menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

Mungkin kerana rentapan yang kuat, si pembonceng terpelanting sedikit jauh manakala si penunggang ditimpa kenderaan yang dinaikinya.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa telah diekori penjenayah terbabit semenjak mereka berada di mesin ATM ketika transaksi mengeluarkan sejumlah wang.

Senang cakap, peragut tersebut memang telah mensasarkan kedua-dua gadis itu sebagai mangsanya dan menunggu saat sesuai untuk meragut.

Buat para gadis mahupun mana-mana individu, anda harus menggandakan kepekaan anda terhadap persekitaran kerana kejadian sebegini tak boleh dijangka dan mampu menimpa sesiapa sahaja.

Tak apa, sepandai-pandai tupai melompat pun, akhirnya pasti jatuh ke tanah juga! Buat si peragut, awas!

Sumber : mynewshub.cc

Ibu, Anak Ditembak Di Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam

Seorang lelaki dan ibunya cedera akibat ditembak ketika kereta mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Keng di sini tengah hari kelmarin.


Ibu, Anak Ditembak Di Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam, info, terkini, berita, jenayah berat

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, pemuda tersebut yang berumur 21 tahun baru selesai menghadiri perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam bersama ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek dilapor terdiri daripada empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal yang berhenti di kiri dan kanan kereta itu sebelum melepaskan tembakan.

“Tembakan jarak dekat itu mengenai leher dan lengan wanita berumur 43 tahun berkenaan manakala anaknya cedera di dada sebelah kiri.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati 10 das tembakan mengenai kereta Subaru Impreza mangsa,” katanya di tempat kejadian.

Mazlan berkata pihak polis percaya kejadian bermotifkan dendam.

Siasatan awal mendapati pemuda tersebut pernah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan, katanya.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar kejadian dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya agar tampil membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber : mynewshub.cc

Puteri Balqis Warning Minah K-Pop Gaduh Di Instagramnya

Tak faham sungguh kami mengapa akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis dijadikan ‘medan peperangan’ oleh gadis-gadis peminat muzik K-Pop.


Puteri Balqis Warning Minah K-Pop Gaduh Di Instagramnya, info, terkini, hiburan, sensasi, puteri balqis,

Dek kerana rimas dengan perangai mereka, kanak-kanak berbakat besar yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 itu telah memuatnaik status berikut:


Puteri Balqis Warning Minah K-Pop Gaduh Di Instagramnya, info, terkini, hiburan, sensasi, puteri balqis,

Kalau nak berdebat sekalipun, apa kata minah-minah K-Pop sekalian wujudkan akaun Instagram yang khas untuk isu itu dan bukannya menumpang laman sosial orang, betul tak?

Namun tak dinafikan, perkara ini mungkin terjadi sebab ramai pengikut Balqis terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang mungkin masih belum matang.

Tu tak mengapalah. Tapi, kalau yang dah tua bangka pun nak bergaduh pasal K-Pop, tak tahulah kami nak kata apa…

Sumber : mynewshub.cc

Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik

Siapa tidak kenal dengan Yasiin yang pernah popular dengan kumpulan Senario suatu ketika dahulu, beliau yang kini merupakan salah seorang ahli kumpulan SYJ.


Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ


Dengan reaksi dan muka selamba, lawak Yassin Yahya sememangnya mudah disenangi dan diterima orang ramai.

Untuk pengetahuan Yassin SYJ dah berkahwin dengan pilihan hati iaitu Farrah Waheeda. Memang cantik orangnya. Mereka berkahwin sekitar tahun 2011.

Baru-baru ini, Yassin telah diberi perhatian ekoran kisah berhutang rumah sewa sehingga barang di lelong. Baca berita DI SINI:

Namun, isterinya tetap setia menyayanginya, ini luahan rasa sayang isteri Yassin:

    dia insan yg ku ada.. die insan yg kusayang… die yg bsama saat ssh sngku… die tmptku mgadu.. bahu die kupnjm utkku luahkan masalah… die tmptku bgdh.. tmptku mbebel.. bile die dlm masalah aku jg bsamanye… tabahkan ati,tenangkn jiwa kami Ya Allah… kerana kami bdua yang tau susah sng kami bsama… limpahkan kebhgian bt kami bdua… dan limpahkan rezeki bt suamiku yassin yahya ksilapan dan khilaf byk mgajar kami erti mneruskan hidup… insyallah kami tempuh dgn sabar …. dia sahabat,teman,phibur hati,musuh dan juga suamiku…. kerana itu aku sntiasa disisinye …. wlupn mlt aku ni pot pet pot pet..

Beberapa keping gambar isteri Yassin yang sempat di rakam untuk tatapan semua peminat beliau di luar sana.


Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ

Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ

Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ

Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ

Gambar Terkini Isteri Yassin SYJ Yang Cantik, info, terkini, hiburan, sensasi, Yassin SYJ

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?

Manchester City memberi bayangan akan memecat Manuel Pellegrini pada hujung musim ini berikutan prestasi tidak menentu pasukan berkenaan walaupun bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim lalu.


Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?, info sukan, bola sepak, manchester city, manuel pellegrini, sensasi, gosip

Media Sepanyol melaporkan, bayangan itu jelas apabila City didakwa telah mendapatkan persetujuan  daripada pengganti Pellegrini.


Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?, info sukan, bola sepak, manchester city, manuel pellegrini, sensasi, gosip

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone merupakan sasaran utama City bagi menggantikan Pellegrini.

Malah, Simeone juga dilaporkan semakin hampir untuk disahkan sebagai pengganti Pellegrini.

Simeone menjadi perhatian kelab terkemuka dunia selepas berjaya membawa Atletico sebagai sebuah pasukan digeruni dalam saingan La Liga.

Skuad itu turut berjaya memberi tekanan kepada Real Madrid dan Barcelona untuk mengungguli takhta liga pada musim lalu.

Sumber : mstar.com.my

Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol

Penyerang bermasalah, Mario Balotelli akhirnya berjaya mengakhiri kemarau gol ketika membantu Liverpool menewaskan Tottenham Hostspurs 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol, info suka, bola sepka, Liverpool, Mario Balotelli

Balotelli yang tidak disenaraikan lagi dalam kesebelasan utama skuad Brendan Rodgers menjaringkan gol ketiga untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik The Reds.

Penyerang Itali yang dibeli Liverpool dengan nilai £16 juta itu dimasukkan pada minit ke-74 ketika Liverpool terikat 2-2.
Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol, info suka, bola sepka, Liverpool, Mario Balotelli

Bagaimanapun ketika mendapat lorongan dari Adam Lallana, dia berjaya menyudahkan umpanan tersebut untuk memastikan Anfield kembali bergema.

Balotelli yang gagal menghasilkan gol untuk Liverpool sebelum ini disisihkan Rodgers sebaik sahaja Daniel Sturridge pulih daripada kecederaan.

Dengan jaringan yang tidak dirai itu, Balotelli dijangka akan diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama.

Sumber : mstar.com.my

Punca Saiful Apek Enggan Sertai MLM

Pelawak Saiful Apek memberitahu terpaksa menolak tawaran untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) semata-mata untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior di negara ini walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan.


Punca Saiful Apek Enggan Sertai MLM, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Saiful Apek

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 46, berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan jika memasuki pertandingan tersebut.

"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu," ujarnya kepada mStar Online.

Saiful betkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelawak-pelawak senior yang seangkatan dengannya menyertai pertandingan tersebut sebagai salah satu peluang mengembalikan semula nama di arena komedi tanah air.

Malah dikatakan, kumpulannya Senario juga bakal bersaing untuk musim yang akan datang.

Dalam pada itu,  Saiful berkata, dia tidak melihat pentas pertandingan MLM sebagai kayu pengukur kualiti seseorang pelawak.

Katanya, MLM hanya sebuah pentas pertandingan untuk stesen televisyen Astro sahaja dan bukan tontonan seluruh rakyat Malaysia.

"Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia.

"Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang perbezaan artis komedi sekarang dan dahulu, Saiful mengakui pelawak kini lebih dimanjakan dengan kemewahan wang ringgit berbanding dahulu.

Bagaimanapun, keadaan itu juga membuatkan jangka hayat seseorang pelawak yang dicipta di pentas program realiti itu tidak panjang.

"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan  konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya kini, Saiful berkata, dia mengehadkan tawaran yang datang berikutan banyak meluangkan masa bersama keluarga.

Saiful juga memberitahu, dia kini giat melakukan kerja amal dengan memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah.

"Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti saya di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja-kerja di luar seperti jemputan di sekolah-sekolah.

"Mereka jemput saya supaya bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan perkara itu walaupun tidak dibayar," ujarnya.

Tambah Saiful, tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam kehidupannya selain menghabiskan masa bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.


Sumber : mstar.com.my

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram

Memang bikin panas sebuah blog hiburan apabila memuat naik gambar Hanez Suraya bersama sebuah kereta dengan kaspyen ‘bakal berkahwin, Hanez Suraya terima audi‘. Perkara tersebut dianggap bahan jenaka bagi blog hiburan RotiKaya namun bagi Hanez Suraya sendiri perkara tersebut bukannya suatu jenaka dan boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya.


Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Sebelum ini penulis ada terbaca sebuah artikel di sebuah laman hiburan yang Hanez Suraya mendapat kereta Audi sebagai hadiah perkahwinan. Hati terus meronta-ronta untuk membacanya, betul ke dengan gosip tersebut. Bila dah terjah rupanya dapat kereta mainan, boleh pula mereka salah tafsirkan. Kesian pula dengan selebriti yang bernama Hanez Suraya. Humm ‘Hanez Suraya Dan Romie Percepat Tarikh Kahwin‘ bakal bernikah pada 14 Mac nanti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sebelum ini pasangan ‘Hanez Suraya Dan Romie Bertunang‘ telah ‘Undang Pelbagai Komen Negatif’ dari pelbagai pihak.

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

    “Jangan seronok sgt sampai boleh menjadi 1 bahan fitnah ya.. Ini x kelakar!!”

Kalau dahulu ramai yang bengang dan tidak berpuas hati dengan Hanez Suraya kerana mempunyai skandal dengan suami orang, kini giliran Hanez Suraya bengang dengan mereka yang tidak bertangungjawab kerana cuba memfitnah dirinya. Mungkin bagi mereka perkara tersebut hanya gurauan semata-mata namun bagi Hanez Suraya sendiri ianya boleh mencemarkan nama baiknya. Mungkin Hanez Suraya kini tidak mahukan kontroversi sebelum berkahwin dan cuba membersihkan namanya daripada industri hiburan kerana sebelum ini nama Hanez Suraya tercalit pelbagai kontroversi yang kurang enak didengar.

Selepas ini untuk mana-mana blog hiburan harus lah peka dengan setiap maklumat yang bakal disebarkan takut nanti mengguris perasaan mereka yang tidak bersalah. Isskkk, dah la tidak lama lagi Hanez Suraya bakal melangsungkan perkahwinan dan ‘Hanez Suraya Pilih WanPa Untuk Baju Kahwin‘. Semua dah tidak sabar melihat Hanez Suraya menjadi ratu sehari, jangan stress sangat tau nanti hilang pula seri pengantin.
Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Rasanya dengan perkara ini boleh menaikkan nama Hanez Suraya kembali kalau tidak pasti ramai telah melupakan selebriti yang pernah popular suatu ketika dulu . Melonjakkan kembali nama Hanez suraya itu adalah tujuan sebenar blog-blog hiburan, tanpa mereka rasanya nama Hanez Suraya tidak lagi disebut dalam industri hiburan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Wanita 50 Tahun Maut Dikelar Penyamun Di Ipoh

Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dipercayai dikelar di leher oleh penjenayah yang memecah masuk rumah dan menyamunnya di Taman Emas di sini pagi tadi.


Wanita 50 Tahun Maut Dikelar Penyamun Di Ipoh, info, terkini, berita, kes bunuh

Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi.

Difahamkan, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya menangis sekuat hati hingga menyebabkan jiran turut menyedari kejadian itu dan datang ke rumah mereka.

Jiran mangsa mendakwa melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam rumah dan bertekup dengan bantal.

Difahamkan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat. – BH Online

Sumber : mynewshub.cc

Pekerja Kilang Berjalan 32km Sehari Diberi Hadiah Kereta

Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.


Pekerja Kilang Berjalan 32km Sehari Diberi Hadiah Kereta, info, terkini, berita, sensasi, Ford

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson.


Sumber : mynewshub.cc


Penyamun terkulai

Seorang pemilik kedai menjual telefon bimbit nekad mengekori empat lelaki menaiki dua motosikal yang menyamun premisnya sejauh 500 meter sebelum menghimpit mereka sehingga terjatuh, sekali gus menahan keempat-empatnya dengan bantuan orang ramai, kelmarin.


Penyamun terkulai, info, terkini, berita, penyamun,

Sebelum kejadian jam 4 petang, mangsa Yeah Soon Khai, 33, yang sedang melayan seorang pelanggan di premisnya terletak di Batu 17, Guar Chempedak, di sini, sebelum tiga motosikal berhenti secara mengejut di hadapan kedainya.

Difahamkan, empat lelaki yang bertopi keledar menerpa masuk sambil dua daripada mereka memegang parang, manakala dua lagi menunggu di atas motosikal di luar premisnya.

Soon Khai berkata, dia yang terkejut dengan kemunculan mereka, tidak berani melawan lalu mengikut kemahuan lelaki terbabit yang memintanya menyerahkan semua barangan berharga milik iaitu seutas rantai emas, komputer riba dan wang tunai RM2,000 dengan nilai keseluruhan RM14,000.

Menurutnya, penjenayah terbabit bergegas meninggalkan kedainya, tetapi pada masa sama dia turut bergegas menaiki kereta dan memandu seorang diri untuk mengekori dari belakang tanpa mereka sedari.

Sumber : hmetro.com.my

‘Saya tidak lagi pintar’

“Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.
 
 
‘Saya tidak lagi pintar’, info, terkini, berita, Sufiah Yusof
 
Bagaimanapun, Sufiah Yusof tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.



“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Katanya, dia juga tidak rasa dirinya pintar biarpun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada usia sangat muda.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Katanya, dia juga sudah lama tidak keluar di mana-mana media dan mahu laporan yang lebih baik terutama bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya.

“Tidak bermakna kisah yang dikongsi menarik minat masyarakat tapi ada sesetengahnya bersimpati dan mahu tahu kisah saya walaupun ada kalangan mereka tidak mengenali saya,” katanya.

Katanya, dia tidak rasa sesuatu yang luar biasa walaupun sebelum ini menjadi tumpuan media berikutan kemasukannya ke Universiti Oxford.

“Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama.

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” katanya.

Katanya, dia mengakui terbabit dengan industri seks selama beberapa bulan pada 2008 lalu.

“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Katanya, biarpun, kejadian itu membuatkannya tertekan namun ia menyedarkan dia selain mampu menanganinya dengan baik.

“Sebenarnya bukan saya saja yang diperhatikan malah ramai lagi. Laporan perubatan mereka diakses, mencari alamat mereka, mengugut, dan merakam mereka secara rahsia.

“Situasi begini cukup membuatkan saya tertekan, hanya menyembunyikan diri dan takut berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Ketika suaminya menamatkan latihan perundangan, Sufiah kembali belajar dalam jurusan ekonomi.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan sekali lagi pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks.

Sumber : hmetro.com.my

Nyaris diperkosa bos selepas seminggu bertugas

Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu.


Nyaris diperkosa bos selepas seminggu bertugas, info, terkini, berita,
Gambar Hiasan

Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini.

Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.

Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja.

Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang.

“Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian,” katanya.

Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.

“Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu,” katanya.

Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak.

“Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan.

Sumber : hmetro.com.my

Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?

Kecoh hari ini apabila sebuah pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana menghadapi masalah teknikal.


AirAsia X, berita, info, Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?, pesawat AirAsia X D7172, terkini,

Pesawat berkenaan jenis Airbus A330 terpaksa terbang dalam pergerakan pusingan selama lebih 4 jam di ruang udara Selat Melaka untuk membuang minyak atau bahan bakarnya.

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa tindakan tersebut dilakukan. Ada yang mempersoalkan, kenapa juruterbang tidak terus mendaratkan pesawat walaupun lapangan telah dikosongkan. Nak tahu kenapa? Anda perlu baca artikel ini!

Menurut sebuah laman sesawang, Aviation Beta, yang menjadi platform para penggemar dunia penerbangan untuk berkongsi informasi, setiap juruterbang yang mengemudi pesawat perlu mengurangkan berat kapal terbang sebelum membuat pendaratan.

Untuk sesetengah kapal terbang, berat yang dibenarkan untuk mendarat adalah 100,000 kilogram kurang daripada jumlah berat ketika berlepas.


AirAsia X, berita, info, Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?, pesawat AirAsia X D7172, terkini,

Ia kerana, kapal terbang sememangnya dicipta untuk mendarat pada jumlah berat yang kurang daripada ketika ia memulakan penerbangan kerana terdapat banyak risiko andai ia melebihi berat ideal, antaranya tergelincir, tersasar atau terlajak ketika pendaratan dilakukan.

Secara logiknya, andai ia berjaya meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi, maka jumlah bahan bakar yang diperuntukkan akan berkurangan kerana telah digunakan bagi proses menerbangkan pesawat.

Namun, terdapat sesetengah situasi yang akan memaksa juruterbang untuk melakukan pendaratan kecemasan atau berpatah balik, antaranya, kapal terbang menghadapi masalah teknikal seperti kegagalan fungsi enjin, masalah kesihatan penumpang atau kebakaran.

Andai ia berlaku, maka juruterbang hanya mempunyai tiga pilihan sebelum membuat pendaratan iaitu tetap mendarat dengan risiko, membuang minyak atau menghabiskan minyak dengan berlegar-legar diruang udara.

Daripada tiga pilihan yang ada, terdapat sesetengah kapal terbang yang tidak mampu untuk menggunakan pilihan kedua iaitu membuang minyak kerana pesawat kendaliannya tidak memiliki keupayaan mengosongkan tangki.

Lantas itu, ia hanya memiliki dua pilihan sahaja dan sudah tentulah, juruterbang mahupun syarikat penerbangan tidak akan sesekali merisikokan nyawa penumpang dengan memaksa pendaratan walaupun bahan bakar masih penuh di tangki.

Ada sesetengah kes, pesawat terpaksa didaratkan walaupun tangki masih penuh namun dalam kes berkenaan, ia melibatkan masalah kecemasan seperti kesihatan penumpang dan akan diputuskan oleh juruterbang sahaja.

AirAsia X, berita, info, Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?, pesawat AirAsia X D7172, terkini,


Namun, andai pesawat tersebut tidak mempunyai masalah serius, ia perlu terus terbang pada paras rendah tetapi menggunakan tenaga yang besar bagi mempercepatkan proses pembakaran bahan bakar.

Setelah bahan bakar berjaya digunakan pada jumlah tertentu dan pesawat mendapat berat yang ideal, barulah juruterbang memutuskan untuk mendaratkan kapal terbang itu.

Sumber : mynewshub.cc