Luahan Sedih Falcao Setelah Dibeli Chelsea


Radamel Falcao mengakui tidak diberi peluang seperti yang diinginkan sejak bergelar pemain Chelsea musim ini.


Luahan Sedih Falcao Setelah Dibeli Chelsea

Pemain Colombia itu berhijrah ke Stamford Bridge dalam tempoh pinjaman jangka panjang dari Monaco selepas mewakili Man United musim lalu.

Sepanjang berada di Old Trafford, Falcao hanya mampu menjaringkan empat gol manakala di Chelsea dia hanya menghasilkan satu jaringan.

Bekas pemain Atletico Madrid dan Porto itu tidak pernah diturunkan oleh Chelsea sejak Oktober lalu.

"Chelsea merupakan pasukan yang berusaha dapatkan saya dan mengambil peluang yang ada.

"Bagaimanapun saya tidak diberikan peluang seperti yang saya inginkan selama ini," katanya.-mstar

Filled Under: