Bintang Chelsea Lebih Suka Kalah Daripada Menang


Jose Mourinho akan diberi peluang untuk kekal di Chelsea, namun perlu memenangi semula kepercayaan daripada pemain juara Liga Perdana Inggeris berkenaan.


Bintang Chelsea Lebih Suka Kalah Daripada Menang

Pengendali The Blues itu berdepan keputusan buruk sejak awal liga kerana didakwa tidak lagi disukai oleh beberapa pemain yang telah membantunya pada musim lalu.

Pengacara BBC, Garry Richardson mendakwa, hubungan baik jurulatih itu dengan seorang bintang Chelsea kini terjejas teruk.

"Seorang bintang Chelsea baru-baru ini berkata, dia lebih suka kalah daripada menang.

"Selain itu, perhubungan Mourinho dengan beberapa pemain lain juga terjejas ketika ini," dakwanya.

Bagaimanapun Chelsea menafikan wujud perselisihan faham antara Mourinho dengan pemain walaupun sedia memberi peluang kepada jurulatih kelahiran Portugal berkenaan untuk membimbing kelab itu.-mstar

Filled Under: