Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg


Manchester United bangkit menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua untuk menundukkan Wolfsburg 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan B Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi Khamis.


Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg

Wolfsburg terlebih dahulu melakukan kejutan di gelanggang lawan apabila membuka jaringan seawal minit keempat.

Gol Wollfsburg dijaringkan Daniel Caligiuri selepas memanfaatkan hantaran Max Kruse.

Namun, Juan Mata berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Terdahahulu, United tewas kepada PSV Eindhoven pada aksi pembukaan.

United terus melakukan beberapa asakan sebelum Smalling melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-53 yang gagal ditepis penjaga gol Diego Benaglio.

Kemenangan itu bermaksud kesemua empat pasukan dalam Kumpulan B berkongsi tiga mata selepas CSKA menewaskan PSV 3-2.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk memenangi perlawanan itu.

"Ia amat sukar kerana mereka (Wolfsburg) menjaringkan gol terlalu awal tetapi kemudiannya kami memperbaiki rentak permainan dan mencipta banyak peluang.

"Namun kami tidak memanfaatkan peluang itu, kami menanggung penderitaan. Ramai pemain amat letih kerana jadual perlawanan yang padat. Kami masih belum memberikan persembahan terbaik," katanya.

Senarai Pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea; Valencia, Smalling, Blind, Darmian; Schneiderlin, Schweinsteiger; Mata, Rooney, Memphis; Martial.
Pemain simpanan: Romero, Jones, McNair, Pereira, Young, Fellaini, Wilson.

WOLFSBURG: Benaglio; Trasch, Naldo, Dante, Rodriguez; Guilavogui, Arnold; Caligiuri, Kruse, Draxler; Dost.
Pemain simpanan: Grun, Bendtner, Schafer, Klose, Schurrle, Jung, Seguin.-mstar

Filled Under: