"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan


Penyanyi Aizat Amdan menganggap tagline yang diungkapkan oleh pelawak Abam (Bocey) iaitu "Gemuk Is Awesome" semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 April lalu merupakan satu kenyataan bersifat menipu diri sendiri.


"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan, info, terkini, hiburan, sensasi,

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 26, berkata, sebagai seorang yang pernah mempunyai obesiti sebelum ini, tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana ia akan mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

"Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.

"Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.

"Jadi tidak hairanlah Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai ramai orang mengalami masalah obesiti," katanya kepada mStar Online.


"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan, info, terkini, hiburan, sensasi,

Perbezaan bentuk badan Aizat semasa menyertai Akademi Fantasia (kiri) dan gambar terbaharu.

Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Langit Tetap Biru di Paranormal Studio, Bandar Sri Damansara, di sini, Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, kumpulan Tona Warna dan The Venopian Solitude.

Bagaimanapun, Aizat berkata dia mengakui proses untuk menurunkan berat badan bukannya mudah kerana sesorang itu harus berkerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal.

"Dulu saya pernah mempunyai berat badan 113 kilogram dan saya mengakui tidak senang untuk menurunkan berat badan menjadi ideal kerana senaman yang dilakukan bukanlah mudah seperti orang sangka.

"Sejujurnya, tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan ini jadi seseorang itu harus bekerja keras untuk mendapatkannya dan mereka perlu yakin dengan apa yang dilakukan," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Aizat berkata dia bakal menghasilkan klip video mengenai bagaimana cara yang dilakukan untuk menurunkan berat badan sebagai motivasi kepada orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.


Sementara itu bercerita mengenai Langit Tetap Biru Aizat berkata, single tersebut mengisahkan tentang harapan terhadap beberapa tragedi yang berlaku di negara ini pada tahun lalu.

Lagu tersebut diilhamkan Aizat dikala negara sedang berkabung dalam menghadapi tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (Mas), bencana banjir dan musim panas berpanjangan.

"Walaupun apa terjadi pada negara tahun lalu dan awan bersilih ganti antara putih dan gelap tetapi langit tetap biru. Lagu ini merupakan harapan kepada orang ramai untuk meneruskan hidup," katanya.


Sumber : mstar online

Filled Under: