Budak Lima Tahun Maut Tertimbus Baja


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tertimbus dengan baja apabila sebuah lori yang sarat muatan baja merempuh sebuah rumah di Batu 8, Jalan Miri-Bintulu, hari ini.


Budak Lima Tahun Maut Tertimbus Baja, info, terkini, berita,

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari tadi, pemandu lori baja berkenaan dipercayai cuba mengelak daripada merempuh kenderaan di hadapannya.

Hal ini mengakibatkan lori baja berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh rumah didiami mangsa.


Budak Lima Tahun Maut Tertimbus Baja, info, terkini, berita,

Usaha menyelamat dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Abdullah dijumpai tertimbus di bawah timbunan baja kira-kira jam 3.55 petang.

Tiga lelaki dan seorang wanita dilaporkan turut cedera dalam insiden ini.

Sumber : mynewshub

Filled Under: