Terima Padah Ketika Cuba Buli Pelajar Baru


Kita sering disajikan dengan kandungan filem dari luar negara berkaitan kes-kes buli di sekolah.

Dari situ kita dapat gambarkan keadaan pelajar yang memasuki sekolah baru atau bagaimana penuntut universiti tahun pertama dibuli oleh senior.


Terima Padah Ketika Cuba Buli Pelajar Baru, info, terkini, berita, kes buli budak sekolah

Namun, video yang dipaparkan ini pasti mengejutkan anda kerana perkara bertentangan telah berlaku.


Si pembuli yang cuba menakut-nakutkan pelajar yang dipercayai baru masuk telah menerima padah di atas kelakuan samsengnya.

Tanpa ragu-ragu, pelajar ‘baru’ yang saiznya kelihatan lebih kecil berbanding si pembuli bertindak menumbuk dan menjatuhkan lawannya dalam sekelip mata.

Pasti hari itu merupakan hari terakhir si pembuli melakukan perbuatan tersebut terhadap pelajar-pelajar baru kan?

Kesimpulannya, jangan cuba tunjuk hebat sangat sebab satu hari, pasti buku bertemu dengan ruasnya.

Sumber : mynewshub

Filled Under: