Memaparkan catatan dengan label kes buli budak sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes buli budak sekolah. Papar semua catatan

Terima Padah Ketika Cuba Buli Pelajar Baru

Kita sering disajikan dengan kandungan filem dari luar negara berkaitan kes-kes buli di sekolah.

Dari situ kita dapat gambarkan keadaan pelajar yang memasuki sekolah baru atau bagaimana penuntut universiti tahun pertama dibuli oleh senior.


Terima Padah Ketika Cuba Buli Pelajar Baru, info, terkini, berita, kes buli budak sekolah

Namun, video yang dipaparkan ini pasti mengejutkan anda kerana perkara bertentangan telah berlaku.


Si pembuli yang cuba menakut-nakutkan pelajar yang dipercayai baru masuk telah menerima padah di atas kelakuan samsengnya.

Tanpa ragu-ragu, pelajar ‘baru’ yang saiznya kelihatan lebih kecil berbanding si pembuli bertindak menumbuk dan menjatuhkan lawannya dalam sekelip mata.

Pasti hari itu merupakan hari terakhir si pembuli melakukan perbuatan tersebut terhadap pelajar-pelajar baru kan?

Kesimpulannya, jangan cuba tunjuk hebat sangat sebab satu hari, pasti buku bertemu dengan ruasnya.

Sumber : mynewshub

Budak Perempuan Lagak Samseng Di Sekolah

Gejala buli dan samseng di sekolah nampaknya makin menjadi-jadi di mana makin banyk video terbaru yang dimuat naik di laman sosial. Itu baru yang berjaya dirakam, belum lagi kejadian bulu dan samseng di sekolah yang tidak dirakam.


Budak Perempuan Lagak Samseng Di Sekolah, info, terkini, berita, sensasi, kes buli budak sekolah

Terbaru dalam satu video yang dimuatnaik dilaman sosial menunjukkan dua orang budak sekolah perempuan ditampar dan diugut oleh seorang budak perempuan lain seperti seorang samseng.

Tidakkan itu diperhatikan ramai rakan-rakan mereka seolah-olah tidak ada tindakan untuk menghentikan kejadian samseng ini.


Dari pengamatan, kejadian ini berlaku semasa aktiviti ko-kurikulum kerana dilihat mereka berpakaian biasa tanpa seragam sekolah.

Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan dimana kejadian ini terjadi.

Apapun pihak berwajib perlu mengambil tindakan terhadap kejadian ini bagi mengelakkan lebih banyak kejadian-kejadian seperti ini berlaku.

Sumber : Siakapkeli