Rumah kapten Pahang ditembak


Rumah kapten pasukan Pahang, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak oleh individu tidak dikenali menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini, tengah malam tadi.


Rumah kapten Pahang ditembak, info, terkini, berita,

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Razman bersama keluarganya sudah tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan, namun cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.

"Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.

"Setakat ini, menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu," katanya ketika dihubungi,di sini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan menganggu siasatan polis.

Bagaimanapun, Mohd Razman dan keluarganya tiada di rumah ketika kunjungan wartawan pagi ini.


Sumber : hmetro

Filled Under: