Azri AF & Salma Mentor Bakal Jadi Ibu Bapa Tidak Lama Lagi!


Lebih kurang sebulan yang lalu pasangan yang lahir daripada rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor yakni Azri AF9 dan Salma Mentor mengejutkan ramai pihak dengan penyatuan mereka sebagai suami isteri, yang terbaru pula khabarnya mereka juga bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.


Azri AF & Salma Mentor Bakal Jadi Ibu Bapa Tidak Lama Lagi!, info, terkini, hiburan, sensasi, salma Mentor, Azri Af

Menerusi Instagram milik Azri AF9 semalam, penyanyi tersebut telah memuatnaik sekeping foto berupa kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif atau mengandung dan sekaligus ia memberi petunjuk bahawa isterinya Salma kini hamil anak pertama mereka.

Nota yang ditulis dibawah gambar itu juga mengesahkan berita ini kerana menerusi akaun Instagramnya Azri dalam nada berseloroh menulis:-

“Boy ke gurl neee..!!! Ehem ehem @salmaasis.. Alhamdulilah rezeki dari Allah.”

Seperti mana yang diberitakan awal Februari lalu, Azri dan Salma sah bergelar suami isteri setelah  disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 31 Januari lalu.

Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau, Sabah dan berwalikan bapa Salma sendiri, Andi-Asis Cakka. Hanya dengan sekali lafaz sah bergelar isteri dan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM10,000.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan yang masih lagi berdarah manis ini atas kurniaan dari Allah SWT ini. Diharapkan segala berjalan dengan lancar dan anak yang dikandung Salma tu sihat sejahtera.

Sumber : murai

Filled Under: