Raheem Sterling Tidak Sedia Bermain Di Man City


Raheem Sterling tidak akan mendapat faedah daripada perpindahannya ke Manchester City berdasarkan tahap kerjayanya sebagai pemain bola sepak ketika ini, dakwa legenda Liverpool, John Barnes.


Raheem Sterling Tidak Sedia Bermain Di Man City, info sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris, Liverpool. manchester city, raheem sterling

Timbul spekulasi mengenai masa depan pemain muda yang masih mempunyai kontrak dengan Liverpool sehingga 2016 itu apabila terdapat rundingan berhubung tawaran baharu di Anfield.

Bagaimanapun Barnes yang merupakan bekas pemain Liverpool itu percaya pemain berusia 20 tahun itu perlu kekal di pasukannya sekarang sebagai langkah terbaik untuk mempertingkatkan kemahirannya berbanding berpindah ke Manchester City.

"Raheem Sterling sudah tentu perlu menandatangani kontrak dengan Liverpool dan kekal bersama pasukan itu," katanya kepada talkSPORT.

"Saya mahu menasihatkan kepada mana-mana pemain yang baharu sahaja dalam arena bola sepak selama setahun atau lebih kurang supaya kekal dengan pasukannya dan belajar untuk lebih mahir lagi.

"Tunjukkan tahap yang konsisten bagi tempoh selama empat atau lima tahun sebelum membuat keputusan terbaik untuk berpindah.

"Dan pada masa itu baharulah anda akan dikatakan sebagai pemain bernilai £50 juta (RM273.84 juta)."

"Kita sudah melihatnya pada Scott Sinclair dan Jack Rodwell di Manchester City. Di manakan mereka sekarang?

"Sterling tidak bersedia untuk berpindah ke Barcelona, Real Madrid atau Manchester City. Dia perlukan dua atau tiga tahun lagi di Liverpool. Kemudian, jika dia hendak putuskan untuk berpindah, tidak apa. Dia perlu berhati-hati membuat keputusan."


Sumber : mstar online

Filled Under: