Bomba Berjaya Tangkap ‘King Cobra’ Gergasi


Sekali lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan kecekapan dan kepekaan dalam kejayaan menangkap seekor ular tedung gergasi sepanjang lebih dua meter di Ladang St Hellier, Bahau, Negeri Sembilan petang tadi.


Bomba Berjaya Tangkap ‘King Cobra’ Gergasi, info, terkini, berita, sensasi, ular tedung, king cobra

Ular seberat 10 kg itu ditangkap kira-kira pukul 5 petang oleh anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada penduduk kampung.


Bomba Berjaya Tangkap ‘King Cobra’ Gergasi, info, terkini, berita, sensasi, ular tedung, king cobra

Ular tedung yang berwarna perang gelap dan kekuningan ini dipercayai merupakan di antara ular terbesar berjaya ditangkap pihak Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Rupanya yang begitu menakutkan mungkin berpunca daripada usia tua ular berkenaan.

Selepas ditangkap, ular berkenaan telah dibawa pulang ke balai yang berkenaan.


Bomba Berjaya Tangkap ‘King Cobra’ Gergasi, info, terkini, berita, sensasi, ular tedung, king cobra

Sekadar informasi, ular yang terkenal dengan gelaran King Cobra ini sangat berbisa hingga boleh melumpuhkan sekaligus membunuh mangsa yang terkena patukan bisanya.Malah, hingga kini penawar bisa (anti-venom) bagi patukannya sukar didapati.

Jasa dan pengorbanan pihak bomba dan penyelamat yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa insan lain sememangnya patut dihargai.

Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: