Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai


Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan itu akan melakukan lawatan jelajah ke Malaysia pada Julai depan sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool


Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia melaporkan, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali itu dijadual akan menentang skuad kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Julai nanti.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Liverpool ke Malaysia sejak 2011 lalu, apabila kelab The Reds tersebut menewaskan pasukan tuan rumah 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sesak dibanjiri lebih 80,000 peminat.

Pihak pengurusan kelab England itu termasuk kakitangan latihan dari Yayasan Liverpool FC turut datang untuk mendekati masyarakat menerusi acara-acara khas komuniti tempatan bersama penyokong kelab di Malaysia.

Kehadiran mereka pada 2011 lalu pernah mencetuskan fenomena apabila stadium keramat di Kuala Lumpur itu bertukar seumpama lautan merah dibanjiri ramai peminat selain gema lagu rasmi Liverpool, You’ll Never Walk Alone.Pada 12 Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kelab bimbingan Brendan Rodgers itu dijadual menentang skuad Harimau Malaya pada akhir Julai.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool
Gambar Hiasan


The Reds yang masih mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang perlawanan liga kali ini; sekali gus mencipta sejarah rekod sama pada 1972 lalu, tetapi masih di belakang Manchester City di posisi kedua dengan beza 4 mata.

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelab Liverpool itu dirancang berlangsung di Kuala Lumpur dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tidak bertindih dengan Piala Asia Barclays di Singapura.

Kejohanan dwitahunan sejak 2003 itu diadakan pada 15 dan 18 Julai di Stadium Nasional, Kallang melibatkan perlawanan antara pasukan kebangsaan Singapura dengan Arsenal, Everton dan Stoke City. – Agensi

Sumber : mynewshub

Filled Under: