Memaparkan catatan dengan label Liverpool. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liverpool. Papar semua catatan

Liverpool Lancar Kit Terbaharu Kelab Musim 2016-17

Biarpun aksi Liga Perdana Inggeris belum berakhir, Liverpool mengambil langkah awal dengan melancarkan kit terbaharu kelab bagi musim 2016-17.


Liverpool Lancar Kit Terbaharu Kelab Musim 2016-17

Jordan Henderson, Philippe Coutinho, Simon Mignolet dan Jon Flanagan antara bintang kelab yang tampil dengan kit lengkap di hadapan ribuan penyokong The Reds.

Jersi terbaharu itu kekal dengan warna rasmi kelab, merah namun sedikit perubahan dengan adanya jalur keemasan di bahagian kolar yang kelihatan lebih kemas.

Pengeluar sukan, New Balance masih lagi menjadi penaja rasmi jersi lengkap termasuk stoking, manakala Standard Chartered terus menjadi penaja utama.-mstar


Livepool : Naik Gaji Atau Hilang Pemain

Jordan Henderson menuntut gaji sebanyak £100,000 seminggu jika Liverpool ingin mengekalkan khidmatnya pada musim depan.


Livepool : Naik Gaji Atau Hilang Pemain, info sukan, bola sepak, Liverpool, Jordan Henderson

Penolong ketua pasukan Liverpool yang bakal mengakhiri kontraknya pada tahun ini hanya menikmati gaji sebanyak £60,000 seminggu ketika ini.

Bagaimanapun dia telah menolak kontrak baru selama lima tahun dengan gaji sebanyak £80,000 seminggu bagi menuntut jumlah yang lebih tinggi.

Tindakan Henderson itu hadir ketika Liverpool masih gagal mencapai kata sepakat untuk melanjutkan kontrak Raheem Sterling yang turut meminta gajinya dinaikkan.

Kedua-dua pemaIn terbabit dilapor sedia meninggalkan Liverpool sekiranya kelab yang gagal memenangi piala Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu berkeras untuk tidak menaikkan gaji mereka.

Liverpool bakal menghadapi masalah besar dengan kehilangan pemain tengah berkualiti pada musim depan jika enggan menaikkan gaji pemain-pemain terbabit.


Sumber : mstar online

Liverpool Mahukan Theo Walcott

Liverpool dilapor akan melakukan pembelian sensasi dengan mendapatkan Theo Walcott dari Arsenal selepas Raheem Sterling enggan menandatangani kontrak baharu bersama skuad tersebut.


Liverpool Mahukan Theo Walcott, info sukan, bola sepak, theo walcott, arsenal, liverpool

Tindakan membawa masuk Walcott adalah bagi menggantikan Sterling, 20, yang dilapor akan meninggalkan Liverpool.

Walcott dikatakan tidak gembira di Arsenal selepas namanya tidak disenaraikan sebagai kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan.

Namun Liverpool dilapor perlu mengekalkan jumlah gaji sebanyak £100,000 seminggu kepada Walcott jika mahu pemain itu membantu kelab berkenaan pada musim depan.

Walcott kini mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Arsenal dan tempoh singkat itu dijadikan kelebihan untuk Liverpool memancing pemain berkenaan.

Liverpool mula berminat untuk mendapatkan pemain itu sejak 2013 namun terpaksa menangguh hasrat mereka berikutan baki kontrak yang masih panjang.

Bagaimanapun, kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah menjadi pengukur untuk pemain menyertai sesuatu kelab.

Sumber : mstar online

Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai

Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan itu akan melakukan lawatan jelajah ke Malaysia pada Julai depan sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool


Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia melaporkan, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali itu dijadual akan menentang skuad kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Julai nanti.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Liverpool ke Malaysia sejak 2011 lalu, apabila kelab The Reds tersebut menewaskan pasukan tuan rumah 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sesak dibanjiri lebih 80,000 peminat.

Pihak pengurusan kelab England itu termasuk kakitangan latihan dari Yayasan Liverpool FC turut datang untuk mendekati masyarakat menerusi acara-acara khas komuniti tempatan bersama penyokong kelab di Malaysia.

Kehadiran mereka pada 2011 lalu pernah mencetuskan fenomena apabila stadium keramat di Kuala Lumpur itu bertukar seumpama lautan merah dibanjiri ramai peminat selain gema lagu rasmi Liverpool, You’ll Never Walk Alone.Pada 12 Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kelab bimbingan Brendan Rodgers itu dijadual menentang skuad Harimau Malaya pada akhir Julai.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool
Gambar Hiasan


The Reds yang masih mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang perlawanan liga kali ini; sekali gus mencipta sejarah rekod sama pada 1972 lalu, tetapi masih di belakang Manchester City di posisi kedua dengan beza 4 mata.

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelab Liverpool itu dirancang berlangsung di Kuala Lumpur dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tidak bertindih dengan Piala Asia Barclays di Singapura.

Kejohanan dwitahunan sejak 2003 itu diadakan pada 15 dan 18 Julai di Stadium Nasional, Kallang melibatkan perlawanan antara pasukan kebangsaan Singapura dengan Arsenal, Everton dan Stoke City. – Agensi

Sumber : mynewshub

Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol

Penyerang bermasalah, Mario Balotelli akhirnya berjaya mengakhiri kemarau gol ketika membantu Liverpool menewaskan Tottenham Hostspurs 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol, info suka, bola sepka, Liverpool, Mario Balotelli

Balotelli yang tidak disenaraikan lagi dalam kesebelasan utama skuad Brendan Rodgers menjaringkan gol ketiga untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik The Reds.

Penyerang Itali yang dibeli Liverpool dengan nilai £16 juta itu dimasukkan pada minit ke-74 ketika Liverpool terikat 2-2.
Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol, info suka, bola sepka, Liverpool, Mario Balotelli

Bagaimanapun ketika mendapat lorongan dari Adam Lallana, dia berjaya menyudahkan umpanan tersebut untuk memastikan Anfield kembali bergema.

Balotelli yang gagal menghasilkan gol untuk Liverpool sebelum ini disisihkan Rodgers sebaik sahaja Daniel Sturridge pulih daripada kecederaan.

Dengan jaringan yang tidak dirai itu, Balotelli dijangka akan diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama.

Sumber : mstar.com.my

Gerrard Sah Sertai LA Galaxy

Steven Gerrard akan menyertai kelab Los Angeles Galaxy, Julai ini selepas menamatkan kerjaya gemilang bersama Liverpool.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat pengumuman, minggu lalu dia akan meninggalkan Anfield selepas tamat musim Liga Perdana Inggeris untuk berpindah ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.

Gerrard Sah Sertai LA Galaxy, info sukan, terkini, liverpool, steven Gerrard,

Menurut laporan akhbar Los Angeles Times, hari ini, kelab LA Galaxy mengesahkan Gerrard akan beraksi untuk kelab mereka dan ditawarkan kontrak 18 bulan.

Gerrard memberitahu akhbar berkenaan antara sebab dia memilih LA Galaxy adalah kerana kejayaan mereka baru-baru ini.

Galaxy menjuarai Piala MLS buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun, bulan lalu.

Presiden LA Galaxy, Chris Klein memberitahu akhbar berkenaan bahawa "Gerrard adalah pembelian sempurna, baik di dalam gelanggang mahu pun di luar."

Sumber : mynewshub.cc

Gerrard Tinggalkan Liverpool?

Pemain paling setia Liverpool, Steven Gerrard dijangka akan membuat pengumuman untuk meninggalkan pasukan berkenaan selepas 17 tahun berbakti pada Jumaat.


Gerrard Tinggalkan Liverpool?, info sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Steven Gerrard, Liverpool

Pengumuman oleh ketua pasukan Liverpool itu juga bakal menamatkan spekulasi mengenai kontraknya bersama skuad berkenaan.

Jika meninggalkan Liverpool, Gerrard dijangka akan menyertai Major League Soccer untuk mewakili LA Galaxy atau New York Red Bulls. Bagaimanapun pemain terbabit belum memutuskan keputusan berkenaan.

Gerrard Tinggalkan Liverpool?, info sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Steven Gerrard, Liverpool

Media England berpendapat, Gerrard telah membuat keputusan tepat selepas 20 tahun bersama Liverpool iaitu ketika di akademi lagi.

Gerrard mula membuat penampilan bersama Liverpool pada 1998 iaitu ketika berusia 18 tahun.

Selepas melalui satu tempoh yang panjang dengan memenangi beberapa gelaran, akhirnya Gerrard akan meninggalkan pasukan itu sebagai lagenda.

Artikel Terdahulu : Arab Saudi Hukum Pancung Dua Pengedar Dadah

Sumber : mstar.com.my

Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali

Simon Mignolet dilaporkan ‘terhumban’ ke bilik sejuk beku Liverpool untuk tempoh yang tidak ditetapkan selepas gagal mempamerkan prestasi dikehendaki pasukan itu.


Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali, info sukan, bola sepak, liverpool, Simon Mignolet

Ketika mengesahkan perkara itu, pengurus The Reds, Brendan Rodgers berkata, kelab itu akan menggunakan penjaga gol lain dalam perlawanan berikutnya.

Malam Ahad, Rodgers menggunakan khidmat Brad Jones dari Australia itu ketika tewas 0-3 di tangan Manchester United.

Mignolet yang bermain untuk pasukan kebangsaan Belgium juga tidak akan beraksi ketika Liverpool meneruskan cabaran untuk Piala Capital One di Bournemouth, Rabu nanti.


Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali, info sukan, bola sepak, liverpool, Simon Mignolet

Rodgers berkata, dia perlu melakukan perubahan bagi mencapatkan keputusan diingini untuk Liverpool.

“Saya mahukan skuad ini mencapai prestasi lebih baik. Justeru saya perlu nyatakan Mignolet akan diketepikan untuk tempoh yang tidak dihadkan,” katanya.

Walaupun tewas malam tadi, Rodgers mengakui dia berpuas hati dengan kecekapan Jones, 32,  yang pernah beraksi untuk kelab Middlesbrough sebelum ini.

Pada masa sama, Rodgers berkata, dia berharap Mignolet, 26, mampu mengembalikan kecekapannya secepat mungkin bagi mengelakkan dia terus menjadi pemerhati di tepi padang.

“Mignolet pernah menjadi penjaga gol terbaik dan sangat profesional.

“Apabila saya nyatakan keputusan saya, dia menerimanya dan memahami keadaan kami,” katanya.

Liverpool tersingkir daripada persaingan kalah mati Liga Juara-Juara minggu lalu selepas gagal mengumpul mata mencukupi hasil keputusan seri 1-1 dengan Basel.

Sumber : mstar.com.my

Man United Benam Liverpool 3-0

Manchester United mendominasi permainan ketika menewaskan Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad malam.


Man United Benam Liverpool 3-0, info sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Liverpool,

Anak buah Louis van Gaal itu terus mengasak pasukan pelawat sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.

Gol pertama United hadir melalui Wayne Rooney seawal minit ke-12.

Namun pada minit ke-17 kapten Liverpool, Steven Gerrard cuba menyamakan kedudukan, namun tersasar.

Bekas pemain Chelsea, Juan Mata menambah satu lagi gol untuk United pada minit ke-40 menerusi tandukan selepas menerima hantaran silang dari Ashley Young.

Sementara itu, pada separuh masa kedua, pengurus The Reds Brendan Rodgers melakukan percaturan baharu Liverpool selepas melihat barisan serangan sebelum ini tidak menjadi apabila Adam Lallana digantikan dengan penyerang sensasi Mario Balotelli.

Pemain-pemain United terus mengasak kubu lawan dan usaha mereka berhasil dengan jaringan ketiga melalui Robin van Persi pada minit ke-71.

Pada minit ke-78, Rooney dikeluarkan dan digantikan dengan penyerang Colombia, Radamel Falcao.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat permainan biarpun Liverpool cuba menyerang kubu pertahanan United.

Kemenangan tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga liga dengan  31 mata, di belakang Manchester City (36) dan pendahulu, Chelsea dengan 39 mata.

Senarai Pemain :

Manchester United : De Gea; Valencia, Jones, Evans, Young; Carrick, Fellaini, Mata; Rooney, van Persie, Wilson. Subs: Lindegaard, McNair, Blackett, Herrera, Fletcher, Januzaj, Falcao.

Liverpool : Jones; Skrtel, Lovren, Johnson; Moreno, Henderson, Allen, Gerrard; Coutinho, Lallana, Sterling. Subs: Mignolet, Toure, Lambert, Lucas, Can, Balotelli, Markovic.

Sumber : mstar.com.my