Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas


Siapa tidak kenal kartunis Ujang. Lukisannya di majalah Gila-gila dengan karektor Atuk, Ujang dan Aca melalui siri Aku Budak Minang sememangnya amat diminati ramai.


Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Terkini, watak-watak kartun itu tidak hanya dilukis di atas kertas, tetapi turut dilakarkan sebagai koleksi di atas kepingan emas.

Bersama-sama dengan syarikat Nubex.my, sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan emas dan perak... Ujang tampil dengan nafas baru bagi menghasilkan kartun di atas kepingan emas. Malah beliau merupakan kartunis tempatan pertama berbuat begitu.

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

"Saya akui sangat teruja dengan apa yang ditawarkan oleh Nubex untuk melukis di atas kepingan-kepingan emas.

"Setakat ini hanya lima karya yang dikeluarkan tetapi saya dan Nubex mengikat perjanjian untuk menghasilkan sepuluh karya bagi kepingan emas yang dikeluarkan," ujar Ujang dipetik sebagai berkata ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Ujang Gold Bar series di Damansara kelmarin.


Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Mengenai kerjayanya sebagai kartunis, Ujang kini lebih banyak memberi tumpuan terhadap beberapa siri animasi.

"Animasi ada yang telah siap dan ada juga yang masih dalam proses pembikinan, saya cuma akan aktif untuk animasi, untuk majalah tidak lagi," jelasnya yang berharap peminat dapat membeli kepingan emas yang dihasilkannya itu sebagai koleksi kenangan.

Untuk info, koleksi kepingan emas Ujang itu boleh dibeli melalui Nubex iaitu di laman www.nubex.my.

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,

Kartunis Ujang Kini Melukis Di Kepingan Emas, info, terkini, berita, sensasi, kartunis Ujang,


Sumber : myartis


Filled Under: