Cristiano Ronaldo berdepan tindakan akibat gaya raikan gol


Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkemungkinan dikenakan tindakan atas sambutannya ketika menjaringkan gol penyamaan pada pertembungan 'Clasico' La Liga menentang seteru utama Barcelona, awal pagi Isnin lepas.


Cristiano Ronaldo berdepan tindakan akibat gaya raikan gol, info sukan, bola sepak, Cristiano ronaldo,

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas ketika Real tewas dalam perlawanan itu dengan 2-1.

Meskipun bukan kali pertama meledak gol di Nou Camp, Ronaldo yang juga pemain terbaik dunia tampil di depan penyokong Barcelona sejurus menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 dan meminta mereka supaya bertenang.

Kapten Portugal itu yang sering menjadi mangsa cemuhan penyokong lawan sebelum ini pernah mencipta kontroversi apabila mengoyakkan jersinya sejurus menyempurnakan sepakan penalti ketika final Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Atletico Madrid, musim lepas.

"Kami perlu berhati-hati dengan gerak tubuh provokatif yang dilakukan pemain apabila dia menjaringkan gol atau apa juga provokatif atau perbuatan yang mampu membangkitkan keganasan di kalangan penonton," kata Tebas.

"Ia perlu dihukum, bermula daripada denda kepada penggantungan. Kami akan menilai perkara ini."

Berikutan kematian seorang penyokong pasukan Deportivo La Coruna akibat pergaduhan sebelum perlawanan La Liga November lepas, badan induk bola sepak Sepanyol ketika ini sedang mencari untuk melumpuhkan sebarang tindakan oleh pemain atau penyokong yang boleh ditafsirkan sebagai provokatif. - Reuters


Sumber : bharian

Filled Under: