Anggota polis maut diseret 50 meter


Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti maut akibat dilanggar dan diseret kira-kira 50 meter oleh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Kilometer 52.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini awal pagi semalam.


Anggota polis maut diseret 50 meter, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Difahamkan, semasa kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd. Sahkirul Sulaiman, 29, yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut di sini dalam perjalanan pulang dari Perak selepas bercuti selama empat hari bagi mengadakan kenduri akikah anak keduanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, apabila sampai di tempat kejadiaan pada kira-kira pukul 7 pagi, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC terlanggar seorang pejalan kaki di lorong kecemasan.

“Mangsa kemudiannya terpelanting ke tengah jalan dan pada masa yang sama sebuah kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : kosmo

Filled Under: