Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Dua Kenderaan Terbabas Dalam Lubang TNB

Dua kereta yang terlanggar penghadang jalan terbabas ke dalam lubang yang digali Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kerja-kerja pemasangan kabel ketika hujan lebat di Bandar Baru Air Itam kira-kira pukul 6 pagi, Selasa.


Dua Kenderaan Terbabas Dalam Lubang TNB , info, terkini, berita, kemalangan

Jarak penglihatan yang kurang menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang yang diletakkan di laluan itu terperangkap dalam lubang sedalam enam meter itu.

Kenderaan kedua yang turut terbabas bagaikan terbang apabila tayar belakangnya mendarat pada cermin depan kenderaan pertama.

Difahamkan pemandu kedua-dua kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. - mstar

Tangisan Sayu Salah Seorang Anak Mangsa Maut Kemalangan di DUKE

Hari ini kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati yang mana sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan maut dalam sebuah kemalangan di lebuh raya DUKE.


Familia Myvi Club, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan,


Kejadian yang berpunca daripada enam buah kereta jenis Myvi dari ahli Familia Myvi Club sedang berlumba telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mengutuk teruk aktiviti pelumba-pelumba kereta terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.



Lebih menyayatkan hati lagi pasangan berkenaan meninggalkan dua orang anak yang masih kecil. Berikut adalah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Pujangga Berbicara yang menurut maklumat SK terima beliau merupakan sahabat kepada mangsa.

Sumber : Siakapkeli.my

Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang merempuh belakang kereta Nissan Sentra menyebabkannya tercampak di tengah jalan lalu digilis beberapa kenderaan di Kilometer 303 Leburaya PLUS arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini, pagi tadi.


Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, mangsa, Zainal Abidin Omar, 43, bersama anak lelakinya, 16, menunggang Motosikal Benelli TNT 600 dalam perjalanan ke Kamunting, Taiping untuk menziarahi bapanya yang sakit.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Jasni, 43, berkata, dia memandu lori berada di belakang mangsa melihat sendiri mangsa melanggar belakang kereta lalu tercampak di atas jalan.

"Saya sempat mengelak, lalu berhenti di tepi jalan. Kemudian saya menarik anak mangsa ke tepi jalan tetapi tidak sempat menyelamatkan bapanya yang digilis berkali-kali di depan mata kami.

"Saya cuba menahan kenderaan yang lalu di situ tetapi keadaan jalan yang turun bukit membuatkan semua kenderaan terus menggilis mangsa," katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi kelam kabut sehingga membabitkan beberapa kenderaan lain terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang datang dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh merempuh belakang sebelah kiri kereta di lorong kiri jalan.
 

Sumber : hmetro

Dua Mekanik Maut Motosikal Bertembung

Dua mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kampung Telaga Bata di sini Khamis malam.


Dua Mekanik Maut Motosikal Bertembung, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam kejadian pada 10.20 malam itu, Mohd Noor A'fifi Noor Zamri, 21, dari Kampung Alor Melong di sini dan Ismail Othman, 35, dari Kampung Guar Kepayang, Pendang meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang pemboceng yang cedera ringan ialah Mohd Noor A'zizi Noor Zamri, 19, adik kepada Mohd Noor A'fifi kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Menurut Adzaman, motosikal yang dinaiki Mohd Noor A'fifi dan adikanya dari arah Jalan Datuk Kumbar menuju ke HSB dikatakan bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Ismail.

"Akibat pelanggaran itu kedua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Sementara itu, Noor Zamri Ahmad, 49, bapa kepada Noor A'fifi berkata beliau mendapat berita tersebut daripada Nor A'zizi sejurus selepas kemalangan itu.

Katanya, beliau dan isteri Norma Yaakob, 42, bergegas ke tempat kejadian bagi melihat keadaan dua anaknya dan ketika tiba di tempat kejadian isterinya juga hampir pengsan selepas melihat keadaan anak sulung daripada dua beradik itu.

"Nor A'fifi ni dalam perjalanan nak hantar adik dia Noor A'Zizi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Bahiyah sebab adik dia masuk syif malam. Kalau malam, memang dia (Nor A'fifi) akan hantar dan selalu ikut jalan ban sungai ini (tempat kejadian)," katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Padang Hang, Gunung Keriang, di sini, Jumaat.

Sementara itu Abdul Hamid Mat, 56, bapa mertua kepada Ismail berkata Allahyarham yang memiliki bengkel motosikal di Jalan Datuk Kumbar di sini meninggalkan seorang isteri Norzariah Abdul Hamid, 34, dan tiga anak iaitu seorang perempuan dan dua lelaki berusia lima bulan hingga lima tahun.

Katanya, jenazah menantunya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Guar Kepayang, petang ini.


Sumber : mstar online

2 Remaja Maut Terperosok Bawah Treler

Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sisi kiri sebuah treler sebelum kedua-dua mereka terperosok di bawah treler berkenaan di hadapan Taman Seri Utama, Jalan Raya Gurun, di sini, malam tadi.


2 Remaja Maut Terperosok Bawah Treler, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Dalam kejadian 8.15 malam, mangsa, S Nagarajan, 19, yang menunggang motosikal Modenas Kriss

bersama rakannya, A Robin Roy, 17, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Jerai, Gurun ke majlis perasmian gereja di Jalan Kolam air, Sungai Petani.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan itu yang datang dari arah Sungai Petani telah membelok ke simpang kanan untuk meletakkan trelernya di situ.

Pada masa sama, mangsa yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh sisi kiri treler terbabit menyebabkan motosikal mereka terperosok di bawah treler menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di bawah tayar treler berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat. – myMetro Online

Anggota polis maut diseret 50 meter

Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti maut akibat dilanggar dan diseret kira-kira 50 meter oleh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Kilometer 52.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini awal pagi semalam.


Anggota polis maut diseret 50 meter, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Difahamkan, semasa kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd. Sahkirul Sulaiman, 29, yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut di sini dalam perjalanan pulang dari Perak selepas bercuti selama empat hari bagi mengadakan kenduri akikah anak keduanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, apabila sampai di tempat kejadiaan pada kira-kira pukul 7 pagi, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC terlanggar seorang pejalan kaki di lorong kecemasan.

“Mangsa kemudiannya terpelanting ke tengah jalan dan pada masa yang sama sebuah kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : kosmo

Tangisan halus Dalam Kereta Malang

“Sebaik saja menghampiri kenderaan yang terbabit kemalangan itu, saya terdengar tangisan bayi dari ruangan depan kenderaan yang masih melekat pada bahagian belakang sebuah lori itu,” kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 25.


Tangisan halus Dalam Kereta Malang, info, terkini, berita, sensasi, nahas jalan raya, kemalangan

Dia antara saksi terawal yang berada di tempat kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta yang merempuh bahagian belakang sebuah lori menyebabkan ibu bapa bayi berkenaan mengalami kecederaan serius.

Dalam kejadian di Kilometer 186, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Bukit Merah, dekat sini, jam 5.45 pagi semalam, sebuah kereta jenis Toyota Vios dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan bihun.

Menurut Amirul, dia yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum mendapati berlaku kemalangan di lokasi kejadian.

Berikutan itu dia bersama pemandu lori terbabit segera memeriksa keadaan pemandu dan penumpang yang tidak sedarkan diri.


Sumber : hmetro

Pelanggan Tetap Rempuh Gerai Makan

Seorang peniaga kedai makanan kerugian lebih RM20,000 selepas sebuah kereta milik pelanggan tetapnya merempuh premis berkenaan di Taman IKS Bukit Minyak di sini, awal pagi Rabu.


Pelanggan Tetap Rempuh Gerai Makan , info, terkini, berita, kemalangan

Sharifah Ismail, 50, berkata dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, beliau baru sahaja sampai di kedainya yang terletak di belakang rumah keluarganya untuk memulakan perniagaan dengan memanaskan air.

"Saya ketika itu sedang menyalakan dapur gas untuk panaskan air, secara tiba-tiba gerai saya bergegar dan bekelan elektrik terputus, dalam keadaan cemas itu saya bersama dua lagi pembekal kuih berlari keluar melalui pintu belakang gerai.

"Kami sangkakan ia disebabkan gempa bumi dan bunyi dentuman akibat rempuhan berkenaan juga amat menakutkan serta boleh didengar hingga ke kawasan kejiranan tempat saya tinggal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya beliau hanya menyedari kedainya dirempuh kereta yang dipandu pelanggan tetapnya selepas melihat orang ramai membantu mengeluarkan lelaki berusia 60-an itu daripada kenderaannya, bagaimanapun pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sharifah berkata berikutan kejadian itu pintu hadapan kedai dan bumbung rosak teruk manakala peralatan lain seperti peti sejuk, sistem pendawaian elektrik, kamera litar tertutup (CCTV) dan barangan jualan lain juga rosak.

"Kejadian itu telah menyebabkan kerosakan teruk pada pintu dan bumbung kedai dan ia adalah yang pertama kali berlaku sepanjang kami sekeluarga mengusahakan gerai ini...kerugian mungkin lebih RM20,000.

"Pemilik kenderaan itu juga kerap singgah ke gerai kami untuk makan kerana premis ini adalah antara tumpuan kakitangan dan pekerja kilang di kawasan berkenaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata pemandu kereta berkenaan memaklumkan semasa kejadian berkenaan beliau hendak menekan pedal brek bagaimanapun telah tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya merempuh kedai tersebut.

"Pemandu itu hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di klinik berhampiran. Nasib baik ketika kejadian kedai belum dibuka dan tiada pelanggan," katanya.

Sumber : mynewshub

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren

Sekitar Pasar Borong Selayang, Selangor pagi tadi meriah bagai pesta apabila orang ramai berpusu-pusu mengutip lambakan buah oren di bawah flyover.

Ini berikutan terjadinya satu kemalangan kecil di atas flyover membabitkan sebuah lori kontena yang sarat membawa buah oren.

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,

Insiden kira-kira pukul 8.30 pagi ini menyebabkan lori berkenaan ‘memburaikan’ kesemua muatan buah oren yang dibawa.

Bukan hanya penduduk tempatan malah warga asing seperti Nepal, Bangladesh dan Vietnam sanggup bersesak-sesak mengambil buah oren berkenaan.
Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,


Menurut sumber di tempat kejadian, bila terjadinya insiden seumpama ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pihak peniaga tidak akan mengambil buah-buahan tersebut kerana kebanyakannya sudah rosak dan tidak boleh dijual.

Lori tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Sumber : mynewshub.cc

Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit

Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit cair bagi pembinaan terminal LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, insiden malang tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4.30 petang Rabu.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut Twitter pihak Bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata konkrit berkenaan runtuh ketika proses meratakan konkrit cair projek sambungan LRT di Kampung Kuala Sungai Baru.

Difahamkan empat pekerja tertimbus dibawah runtuhan konkrit tersebut sementara empat lagi dilaporkan mengalami kecederaan.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

"Usaha mencari dan menyelamat masih berjalan. Pekerja yang cedera telah diberikan bantuan kecemasan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk pihak polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat juga telah dikerahkan ke tempat kejadian," menurut kenyataan tersebut.

Artikel Terdahulu : Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Sumber : mstar.com.my

Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota

LAHAD DATU : Seorang anggota tentera maut, 2 kritikal dan 11 parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah trak pengankut 3 tan yang terbalik ke dalam sebuah parit di Jalan Tengah Nipah, dekat Kampung Biuang, semalam.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu dilaporkan trak itu membawa 23 anggota daripada 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Cenderawasih dalam wilayah Esscom untuk rondaan.

Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Anggota tentera yang meninggal adalah arwahyarham  Koperal Farouk Bahar, 29, dari Yong Peng, Johor dipercayai meninggal dalam semasa daa perjalanan ke Hospital akibat kecederaan parah di tubuhnya.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Jenazah mangsa telah diterbangkan menggunakan helikopter Nuri ke Hospital Tawau untuk dibadeah siasat dan anggota lain yang terlibat telah di rawat di Hospital Lahad Datu dan dilaporkan stabil. - Siakapkeli.com.my

Berikut adalah ringkasan kejadian kemalangan tersebut.

1) 0855H - Konvoi bergerak dari Kem Cenderawasih untuk ke Sandakan bagi pelaksanaan Ex PASAK 1 di bawah kelolaan MK ESSCOM. Konvoi seramai 2 x Peg dan 71 x LLP yang diketuai oleh Kapt Mohammad Faezi bin Ruslan (3011379) dengan menggunakan 1 x D-Max dan 3 x Trak 3 Ton.

2) 1052H - Kapt Faezi telah menghubungi PS3 Gerak MK Bgd ESSCOM, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan (3009811) memaklumkan 1 x Trak 3 Ton, no daftar ZC 2421 telah terbabas kira-kira 4 KM dari dari Pekan Lahad Datu di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu.

3) 1055H - Kapt Aliff memaklumkan kejadian kepada Komander Op Daratan, Kol Abdul Halim bin Ismail (3003508).

4) 1100H - Kejadian dimaklumkan kepada Peg Mem 5 RRD yg berpengkalan di Kem JPG Lahad Datu untuk tindakan awal. Anggota yang cedera di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan dengan ambulans.

Status meninggal/cedera.
Meninggal - 1 x LLP
Cedera kritikal - 2 x LLP
Cedera parah - 6 x LLP
Cedera ringan - 14 x LLP

Butir-butir anggota yang meninggal adalah seperti berikut.

1. Nama: 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar (Pen Ket Seksyen)

2. Pasukan: 17 RAMD (Para), Terendak.

3. TMT: 14 Jun 2004 (10 tahun 6 bulan).

4. TTP: 17 Jun 2019 (15 thn).

5. T/Lahir: 5 Dis 1985 (29 tahun)

6. Waris 1: Habibah binti Rantau (ibu).

7. Waris 2 : Bahar bin Mustafa (ayah) - 0127524126

8. Ins Kelompok: 15 unit (261983)

9. Alamat: No 4, Jln Utama 10, Taman Utama, 83700 Yong Peng, Johor.

10. Ringkasan kejadian

Pada 201050H Dis 14, di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu, 1x 3 Trak Ton yang dipandu oleh 1171843 Pmd Watson AK Usin dilaporkan hilang kawalan selepas memotong 1x lori.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Sewaktu pemandu cuba menstabilkan kenderaan tersebut, tayar kiri belakang kenderaan tersebut dilaporkan telah terkeluar dari bahu kiri jalan dan terseret menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas di seberang kanan jalan. Anggota yang terlibat kemalangan adalah seperti berikut.

1) Laporan awal kemalangan yang melibatkan anggota ops daratan khas.

Anggota terlibat:
1. 1130869 Sjn Kamaryuslizam bin Yusoff
2. 1143564 Kpl Mohammad Amir bin Zakaria
3. 1175388 Pbt Muhammad Azrul Nazmi bin Muhammad.
4. 1174284 Pbt Mohd Suhaiman Akram bin Mohd Shukri.
5. 1174483 Pbt Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Zakaria.
6. 1174875 Pbt Mohd Nur Firdaus bin Nurdin
7. 1168254 LKpl Mohd Khairul Zamir bin Safri.
8. 1175065 Pbt Shahrul Adib bin Ghazali
9. 1129423 Sjn Mohd Yusoff bin Abd Ghani.
10. 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar - Meninggal di tempat kejadian.
11. 1175342 Pbt Muhammad Hadri Hafis bin Othman.
12. 1174666 Pbt Muhammad Zarin bin Mohd Zabidi.
13. 1174715 Pbt Muhammad Faiz bin Mohd Faizol.
14. 1173384 Pbt Nik Mohd Haikal Syakir bin Nik Subardi.
15. 1128791 LKpl Azlan bin Ahmad.
16. 1174525 Pbt Mohd Romzi bin Jemali.
17. 1124132 SSjn Syamsuddin bin Hashim.
18. 1142190 Kpl Wan Mohd Azraey bin Wan Rosli.
19. 1175075 Pbt Syed Muhamad Nasrul bin Syed Jaafar.
20. 1141413 Kpl Mohd Syafaril bin Mohd Sabri.
21. 1120277 Kpl Mohamad Zaki bin Awang.
22. 1128939 Kpl Kamarudin bin Muhamad.
23. 1171843 Pmd Watson ak Usin.

- Anggota yang terlibat kemalangan telah dihantar ke hospital lahad datu untuk mendapat rawatan susulan.

11. Tindakan Pasukan:

a. Maklumat awal telah dimaklumkan kepada Peg Mem 17 RAMD.

b. Mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status anggota yang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

c. Lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian kemalangan tersebut.

Artikel Terdahulu : Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut


Sumber : Siakapkeli.com.my

Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut

Seorang lelaki warga Britain maut dan seorang guru wanita cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) di sini, semalam.


Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, SMART

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mereka dipercayai dalam perjalanan menghala ke ibu negara.

“Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar dinding terowong itu,” katanya dalam kenyataan dalam satu kenyataan.
MENARIK – Terowong MRT Bawah Tanah Di Bukit Bintang Siap

Beliau berkata warga Britain itu, Thomas George, 22, cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala guru wanita berumur 25 tahun itu, yang memandu kereta berkenaan, cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Markandan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, dua lelaki maut dalam nahas membabitkan sebuah lori tiga tan dan kereta di Kilometer 47 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor pada kira-kira 2.20 pagi Ahad.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor berkata pemandu lori itu dikatakan keluar dari simpang secara mengejut dan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira Aeroback gagal mengawal kenderaannya.

“Pemandu kereta itu, yang turut dinaiki lima penumpang lelaki, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan sebelum kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Pemandu dan seorang penumpang kereta itu yang masing-masing berumur 20 dan 15 tahun maut di tempat kejadian manakala empat penumpang lain cedera dan kini dirawat di Hospital Selayang,” katanya ketika dihubungi Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkepli Bedin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA