10 Fakta Tentang Bekas Anggota One Direction, Zayn Malik


Keluarnya Zayn Malik dari kumpulan boy band terkenal, One Direction telah menjadi topik hangat seluruh dunia sehinggakan media sosial seperti Twitter dan Facebook menjadi medan tempat peminat bertelagah dan memberi pendapat masing-masing.


10 Fakta Tentang Bekas Anggota One Direction, Zayn Malik, info, terkini, hiburan, sensasi

Dek kerana penangan Zayn Malik, hashtag #alwaysinourheartsZaynMalik menjadi trending di Twitter sepanjang dua hari ini.

Zayn dikatakan meninggalkan kumpulan hasil didikan Simon Cowell itu kerana ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain di luar sana.

Apa yang menarik, populariti yang dikecapi Zayn sebaik sahaja dia mengumumkan untuk meninggalkan One Direction melebihi populariti yang dimilikinya semasa dalam kumpulan itu, di mana dia sering dibayangi oleh Harry Styles.

Sebagai memperingati pembabitan Zayn bersama One Direction, kami kongsikan beberapa fakta tentang Zayn yang anda mungkin tak tahu atau pun bagi anda yang baru mengenali Zayn Malik

1- Nama sebenar Zayn Malik ialah Zain Javadd Malik Bin Yaser Malik, dilahirkan pada 12 Januari 1993 dan berbintang Capricorn. Zayn bermaksud cantik manakala Malik bersama raja dalam bahasa Arab

2- Zayn berketurunan Pakistan dan beragama Islam.

3- Merupakan peminat setia Manchester United FC, FC Barcelona serta pasukan kriket kebangsaan Pakistan

4- Antara kereta mewah yang dimiliki oleh Zayn Malik ialah sebuah Bentley Continental GT, jenis kereta yang sama dimiliki oleh David Beckham dan Nicky Minaj

5- Zayn kini bergelar tunangan orang, dimana tunangnya ialah anggota kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Sebelum ini dia pernah menjalani Rebecca Ferguson. Ironinya, kedua-dua wanita ini adalah bekas peserta X-Factor sepertimana Zayn sendiri

6- Zayn mula mencipta populariti selepas dia menyertai X-Factor pada 2010, tapi tahukah anda, Zayn pernah menyertai ujibakat X-Factor pada 2009 tapi tidak terpilih

7- Antara faktor yang menyebabkan Zayn menyerlah berbanding anggota One Direction lain ialah kerana imej budak nakalnya yang sering mencetuskan kontroversi, memenuhkan badan dengan tattoo serta imej rambut ala-ala rockstar

8- Cita-cita Zayn jika tidak menjadi anggota One Direction ialah menjadi guru bahasa Inggeris

9- Zayn pernah dituduh gay apabila sebuah foto dia bercium dengan ahli kumpulannya, Harry tersebar namun dia menafikan khabar itu dan menyatakan gambar itu adalah manipulasi photoshop

10- Tunang Zayn, Perrie Edwards dituduh sebagai punca Zayn menarik diri dari One Direction dan ada peminat yang menyatakan bahawa Perrie adalah seperti Yoko Ono, isteri kepada John Lennon yang dikatakan punca kejatuhan kumpulan The Beatles


Sumber : murai

Filled Under: