Memaparkan catatan dengan label Zayn Malik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zayn Malik. Papar semua catatan

10 Fakta Tentang Bekas Anggota One Direction, Zayn Malik

Keluarnya Zayn Malik dari kumpulan boy band terkenal, One Direction telah menjadi topik hangat seluruh dunia sehinggakan media sosial seperti Twitter dan Facebook menjadi medan tempat peminat bertelagah dan memberi pendapat masing-masing.


10 Fakta Tentang Bekas Anggota One Direction, Zayn Malik, info, terkini, hiburan, sensasi

Dek kerana penangan Zayn Malik, hashtag #alwaysinourheartsZaynMalik menjadi trending di Twitter sepanjang dua hari ini.

Zayn dikatakan meninggalkan kumpulan hasil didikan Simon Cowell itu kerana ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain di luar sana.

Apa yang menarik, populariti yang dikecapi Zayn sebaik sahaja dia mengumumkan untuk meninggalkan One Direction melebihi populariti yang dimilikinya semasa dalam kumpulan itu, di mana dia sering dibayangi oleh Harry Styles.

Sebagai memperingati pembabitan Zayn bersama One Direction, kami kongsikan beberapa fakta tentang Zayn yang anda mungkin tak tahu atau pun bagi anda yang baru mengenali Zayn Malik

1- Nama sebenar Zayn Malik ialah Zain Javadd Malik Bin Yaser Malik, dilahirkan pada 12 Januari 1993 dan berbintang Capricorn. Zayn bermaksud cantik manakala Malik bersama raja dalam bahasa Arab

2- Zayn berketurunan Pakistan dan beragama Islam.

3- Merupakan peminat setia Manchester United FC, FC Barcelona serta pasukan kriket kebangsaan Pakistan

4- Antara kereta mewah yang dimiliki oleh Zayn Malik ialah sebuah Bentley Continental GT, jenis kereta yang sama dimiliki oleh David Beckham dan Nicky Minaj

5- Zayn kini bergelar tunangan orang, dimana tunangnya ialah anggota kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Sebelum ini dia pernah menjalani Rebecca Ferguson. Ironinya, kedua-dua wanita ini adalah bekas peserta X-Factor sepertimana Zayn sendiri

6- Zayn mula mencipta populariti selepas dia menyertai X-Factor pada 2010, tapi tahukah anda, Zayn pernah menyertai ujibakat X-Factor pada 2009 tapi tidak terpilih

7- Antara faktor yang menyebabkan Zayn menyerlah berbanding anggota One Direction lain ialah kerana imej budak nakalnya yang sering mencetuskan kontroversi, memenuhkan badan dengan tattoo serta imej rambut ala-ala rockstar

8- Cita-cita Zayn jika tidak menjadi anggota One Direction ialah menjadi guru bahasa Inggeris

9- Zayn pernah dituduh gay apabila sebuah foto dia bercium dengan ahli kumpulannya, Harry tersebar namun dia menafikan khabar itu dan menyatakan gambar itu adalah manipulasi photoshop

10- Tunang Zayn, Perrie Edwards dituduh sebagai punca Zayn menarik diri dari One Direction dan ada peminat yang menyatakan bahawa Perrie adalah seperti Yoko Ono, isteri kepada John Lennon yang dikatakan punca kejatuhan kumpulan The Beatles


Sumber : murai

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial

Pengumuman mengenai ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik menarik diri daripada menganggotai boyband popular itu menjadi trending di kebanyakan laman media sosial hari ini.


Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zayn Malik, Anggota One Direction

Peminat setia penyanyi berusia 22 tahun itu pastinya berasa terkesan dengan pengunduran Zayn yang merupakan jejaka kacukan British-Pakistan.

Ramai peminatnya dari seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka di atas keputusan Zayn meninggalkan empat lagi rakannya, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson untuk meneruskan perjalanan karier One Direction selepas ini.

Malah ada yang memuat naik video menerusi laman Vine sambil menangis mengenangkan ketiadaan Zayn dalam kumpulan yang menjadi kegilaan remaja dari seluruh dunia itu.



 

Dek kerana penangan Zayn Malik, hashtag #alwaysinourheartsZaynMalik menjadi trending di Twitter sepanjang hari ini.

Zayn dikatakan meninggalkan kumpulan hasil didikan Simon Cowell itu kerana ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain di luar sana.

Sebelum ini, Zayn dikatakan kantoi curang dengan tunangnya, Perrie Edwards di Thailand, baru-baru ini sehingga memaksanya serta-merta pulang ke United Kingdom bagi menjelaskan perkara tersebut kepada Perrie.

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zayn Malik, Anggota One Direction

Malah tak kurang juga ada peminat melabelkan Perrie seakan-akan Yoko Ono masa kini, sama seperti mana peranan yang dimainkan oleh isteri John Lennon, Yoko Ono yang dituduh telah menghasut Lennon untuk meninggalkan kumpulan lagenda The Beatles ketika di zaman kegemilangan mereka pada 1970.


Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zayn Malik, Anggota One Direction

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zayn Malik, Anggota One Direction


Sumber : mynewshub

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?

Memang sesuatu yang amat mengejutkan apabila salah seorang anggota One Direction yang popular, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu selepas lima tahun mereka bersama.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Siapa tak terkejut? Rasanya nama Zayn Malik memang dah cukup signifikan dengan kumpulan tersebut, malah kebanyakan peminat lebih mengenali Zayn berbanding ahli-ahli yang lain.

Tapi apa yang membuatkan Zayn berundur? Tak takut populariti jatuh ke?

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood


    Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini.

    Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.

    Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

    Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia.

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Menurut laporan BBC, Zayn telah meninggalkan kawan-kawannya dan tak jadi membuat persembahan pada konsert jelajah di Thailand kerana tertekan dengan masalah percintaan bersama tunangnya, Perrie Edwards.

Difahamkan, Zayn terpaksa pulang ke UK serta merta selepas dipaksa untuk memulihkan hubungannya dengan Perrie.

Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Terdahulu, dua keping foto telah tersebar menunjukkan Zayn sedang berpeluk dan berpegangan tangan dengan gadis lain di Phuket, Thailand.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Menerusi laporan Hollywood Life pula, Zayn kini dikatakan mahu mempercepatkan perkahwinannya dengan Perrie untuk membuktikan komitmen dan kesetiaan terhadap tunangnya itu.


Tunang Cemburu Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zayn malik, artis hollywood

Agak-agaknya para gadis yang meminati Zayn akan bergembira atau sedih jika Zayn berkahwin dalam usia yang muda?

Zayn Punca Ramai Gadis Meraung




Selepas berita mengenai pengunduran Zayn dari One Direction tersebar, ramai gadis yang tak dapat menahan kesedihan mereka. Wow! 



Bertabahlah adik-adik. Buat peminat Zayn di Malaysia, jangan bersedih, Zain Saidin dan Anuar Zain kan masih ada. Hehe!

Sumber : ohbulan

Zayn Malik Tinggalkan One Direction

Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik mengumumkan mengundurkan diri selepas bersama dengan kumpulan itu selama lima tahun.


Zayn Malik Tinggalkan One Direction, info, terkini, hiburan, sensasi, Zayn Malik, One Direction

Penyanyi berusia 22 tahun itu secara rasmi membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan yang sering menduduki carta teratas, yang turut dianggotai oleh Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.

Zayn dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada MailOnline pada lewat malam Rabu berkata: 

"Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini."

"Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu."

Tambahnya: 
"Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

"Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia."

One Direction dalam kenyataannya yang dikeluarkan kepada MailOnline: "Kami amat sedih untuk melihat Zayn pergi, tetapi kami amat menghormati keputusannya dan akan terus mengingatinya.
"Sepanjang tempoh lima tahun ini amat bermakna buat kami. Kami melalui banyak perkara bersama-sama, maka kami akan sentiasa berkawan.

"Kami berempat sekarang akan meneruskan One Direction. Kami tidak sabar-sabar untuk merakamkan album baharu dan melihat semua peminat pada konsert jelajah kami seterusnya."

Sementara itu, Simon Cowell yang membawakan One Direction daripada lima penyanyi solo dalam program realiti mencari bakat The X Factor pada 2010 mengucapkan terima kasih kepada Zayn di atas komitmennya kepada kumpulan itu.

Tambahnya: 

"Saya mahu berterima kasih kepada Zayn di atas semua yang dia lakukan untuk One Direction.

"Sejak pertama kali saya bertemu dengan Zayn pada 2010, saya amat berbangga terhadap dirinya. Saya melihat dia berkembang dengan yakin dan saya amat sedih untuk melihatnya pergi."

Sumber : mstar online