Man United keluar RM1.167 billion bayar gaji


Manchester United muncul kelab yang mengeluarkan bayaran gaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut angka yang dikeluarkan, hari ini.


Man United keluar RM1.167 billion bayar gaji, info sukan, bola sepak, kelab bola sepak england

United membayar sejumlah STG214.8 juta (RM1.167 billion) bagi pembayaran gaji pada musim 2013-14 manakala kadar bayaran gaji bagi juara Inggeris, Manchester City menurun kepada STG205 juta (RM1.11 billion).

Chelsea yang ketika ini mendahului kedudukan teratas EPL membayar STG190.5 juta (RM1.03 billion), kenaikan lapan peratus berbanding musim sebelum ini, menurut akaun tahunan kelab itu.

Tempat keempat tertinggi pula diisi Arsenal yang mempunyai bil STG166.4 juta (RM904.7 juta) untuk bayaran gaji.

Kelab yang paling mengejutkan dalam EPL, Southampton yang menewaskan United, kelmarin pula membayar STG47.1 juta (RM256.1 juta) sebagai bayaran gaji.

Dalam pada itu, laporan akaun Chelsea mengesahkan kelab itu meraih keuntungan berjumlah STG18.4 juta (RM100 juta) musim lepas.

Penjualan beberapa pemain, termasuk Juan Mata ke United musim lepas membolehkan The Blues menampung kembali kerugian STG49.4 (RM268.6 juta) yang dicatat musim sebelumnya dan membenarkan mereka mematuhi peraturan kewangan yang dikeluarkan UEFA.

Sumber : bharian.com.my

Filled Under: