Orang Sibuk Bantu Mangsa Banjir, Dia Sibuk Pecah Rumah


Sedang sibuk orang ramai bersimpati nasib malang dan membantu mangsa-mangsa banjir, ada pula segelintir individu yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Orang Sibuk Bantu Mangsa Banjir, Dia Sibuk Pecah Rumah, info, terkini, berita, jenayah musim banjir

Dua orang suspek pecah rumah berjaya ditahan oleh pihak polis ketika melakukan rondaan di Lorong Tok Sira, Kuantan pada pukul 4.45 pagi tadi.

Memetik laporan laman sosial, Facebook milik Polis Diraja Malaysia, semasa kejadian tersebut anggota MPV yang sedang melakukan rondaan di kawasan berdekatan menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai sebuah kereta yang mencurigakan di suatu tempat gelap di lokasi kejadian.

Ketika anggota peronda MPV tiba di lokasi berkenaan, suspek yang menyedari kehadiran pihak polis telah menyalakan lampu kereta lalu cuba merempuh kenderaan polis dan melarikan diri.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang merupakan lelaki tempatan berjaya ditahan oleh pihak polis.

Ketika melakukan pemeriksaan kepada kereta suspek, pihak polis menemui sebuah televisyen yang disyaki barangan curi dan beberapa peralatan pecah rumah.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.


Artikel Terdahulu : Video Ibu Lahirkan Bayi Semasa Banjir Di Kelantan

Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: