Memaparkan catatan dengan label kemalangan ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan ngeri. Papar semua catatan

Ibu Bertaruh Nyawa Menyusui Bayinya Sebelum Mati Dalam Kemalangan

Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga manakala penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.


info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan ngeri

Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidupnya.

Sumber : katakcomel.my

Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas Dungun

Ngeri Bila melihat video kemalangan yang telah mengorbankan pekerja dari Petronas Dungun.

Dua kakitangan Petronas GPP tersebut maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Balai Bomba dan Penyelamat Paka di sini, 10.30 pagi tadi.


Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas, info, terkini, nahas jalanraya, kemalangan ngeri, berita

Eksekutif, Rosli Mahmud, 52, dan juruteknik Nasuki Mohamad, 45, maut dalam kemalangan itu manakala seorang lagi juruteknik Mat Zian Mat Zin, 48, hanya cedera ringan.

Kemalangan berlaku ketika kesemua kakitangan Petronas terbabit dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Kertih. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Nasuki hilang kawasan lalu terbabas di situ yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik dan bergolek beberapa kali di situ.

Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas, info, terkini, nahas jalanraya, kemalangan ngeri, berita


Nasuki yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan Rosli yang parah di kepala dan badan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun manakala Mat Zian yang cedera di kaki kanan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun Asisten Superintendan Alias Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Sumber : hmetro.com.my