Tak faham betul dalam zaman yang serba maju ni ada lagi segelintir manusia yang busuk hati melakukan amalan syirik dan khurafat.
Terbaru, pelakon jelita Tasha Shilla dikatakan terkena sihir dan meracau di sebuah set penggambaran hingga menyebabkan penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan.
Siapa lah agaknya dengki dengan Tasha Shilla ni ye?

Menurut laporan Astro Gempak, scene yang dirancang terpaksa dibatalkan dek kerana sikap Tasha Shilla yang ‘pelik’. Perkara ini diceritakan sendiri oleh krew penggambaran terbabit.
Kami terpaksa menangguhkan ‘scene’ Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan.
Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha.

Melihat kepada penampilan terbaru Tasha Shilla yang kelihatan begitu kurus, wujud dakwaan mengatakan ia berpunca daripada terkena buatan orang tersebut.
Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena ‘tuju-tuju’…Tapi wallahualam…hanya tuan punya diri tahu mengenai itu.
Andai benar seperti yang didakwa, kami di OHBULAN! mendoakan agar Tasha Shilla cepat sembuh dan bahagia disamping ‘sahabat’ nya. - ohbulan