Memaparkan catatan dengan label Hanez Suraya Kini Bertudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanez Suraya Kini Bertudung. Papar semua catatan

Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat

Hari ini Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambarnya berhijab di laman Instagram miliknya dengan caption Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin sekaligus memberi gambaran bahawa pelakon ini sudah menetapkan niatnya untuk berhijrah.

hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

Hanez sebelum ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah (sejak 14 April lalu) bersama suaminya, Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Memetik daripada laporan Berita Harian, Hanez mengakui memang berniat untuk berhijab sejak ketika mengerjakan umrah lagi.

“Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini”


hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

“Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. Semuanya berbalik kepada soal hati,” jelasnya

Selain itu, ketika disoal mengenai adakah Hanez sudah bersedia bertudung, Hanez mengharapkan doa daripada peminat dan dalam masa yang sama mengakui akan perlahan-lahan mengikut rentak baru di dalam kehidupannya itu.

“Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung”

“Cuma saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu…nampaklah,” katanya sambil berharap jodoh perkahwinannya kekal hingga ke jannah. Tahniah diucapkan kepada Hanez di atas keputusan ingin berhijab dan kami pasti ramai peminat yang sentiasa doakan anda.













Sumber : rotikaya